Bukan semua wanita suka tampil dengan gaya solekan wajah yang tebal bagaikan primadona. Ana percaya ramai wanita di luar sana memilih untuk nampak lebih wajah natural apabila keluar urusan seharian mahupun aktiviti santai di hujung minggu. Lainlah kalau ada majlis-majlis tertentu yang bakal di hadiri, itu lain cerita lah kan. Cuma untuk rutin harian pastilah kita memilih untuk cepat siap dan tampil sederhana tetapi tetap cantik di pandang.

Begitu juga dengan Kak Long, walaupun keluar belajar mahupun sekarang dah mula bekerja sambilan dia memilih untuk bersolek secara ringkas dan nampak berseri di pandang mata. Personalitidan imej pun kena juga jaga supaya cantik dan elegan dalam kesederhanaan. Rupanya sekarang ni Kak Long menggunakan CC Cream sahaja sebagai asas solekannya kerana cepat siap dan wajah pun lebih berseri dan glowing mengikut tona warna kulitnya. 


hansaegee nature cc cream


HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM



Jadi ana nak berkongsi dengan wanita jelita di luar sana, apakah kelebihan pada HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM yang Kak Long gunakan ini. Mesti ramai di luar sana yang sedang tercari-cari CC cream yang menghasilkan solekan yang natural mengikut tona warna kulit masing-masing kerana wajah kita tidak sama, namun ia tetap memberikan hasil solekan wajah yang glowing tetapi tidak langsung berminyak dan bercapuk bila berada di luar .


Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream adalah krim kecantikan semua dalam satu untuk kegunaan setiap hari. Ia boleh mengawal tona warna kulit agar nampak asli dan juga bertindak mencerahkan wajah dalam masa yang sama. ( Color Control + Brightening ). Kalau korang lihat pada calitan warna dari tiub Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream, ia adalah berwarna putih tetapi magic nya apabila di ratakan pada wajah ia akan bertukar kepada tona warna kulit kita. 




Bagaimana Hansaegee Nature CC Cream ini berubah mengikut tona warna kulit seseorang adalah kerana formulasi kapsul kecil mampu menyelaraskan menyerap ke dalam kulit wajah dan mengikut tona warna wajah seseorang. Macam Kak Long sendiri, walau pun berkulit agak cerah tetapi selepas memakai Hansaegee Nature CC Cream ini, tidak menjadikan wajahnya putih melepak namun berubah kepada tona warna yang lebih natural agar solekan wajah menjadi semulajadi. 


hansaegee nature cc cream


Kalau korang perhatikan pemakaian Hansaegee Nature CC Cream ini adalah menutup penuh sebarang celaan pada wajah. Dalam erti kata lain full coverage . Bagi yang jenis kulit berminyak atau cepat berpeluh pun ia masih mampu bertahan dan tidak akan kelihatan bercapuk. Walau bagaimana ia mudah di bersihkan dengan mencuci wajah sekiranya kita ingin solat dan bolehlah memakainya semula dengan cepat selepas solat. Mudah dan selesa pastinya.

Jangan risau kerana wajah korang tidak akan nampak putih melepak sebaliknya ia mengikut  tona warna kulit wajah korang dalam masa yang sama akan nampak lebih cerah dan glowing. Dan untuk wanita yang selalu berada di luar untuk urusan seharian, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mempunyai perlindungan dari cahaya matahari SPF 50PA +++ . Malahan ia di formulasi juga sebagai anti kedutan, haa hat ni ana suka, nanti nak try sendiri suruh Kak Long belanja ibunya. Lebih menarik lagi ia mengekalkan kelembapan wajah sepanjang hari.


Apakah kandungan formulasi di dalam HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM ?



Hansaegee Nature CC Cream


Di formulasi kan dari 3 bahan utama yang baik untuk kecantikan wajah iaitu : 

Mineral Water – Untuk mengekalkan keseimbangan PH kulit wajah dan juga formulasi bersama vitamin yang aktif untuk menganjalkan wajah . 

Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract -  Bertindak untuk melegakan kerengsaan kulit, kerana memberikan kesan sebagai Anti bacteria yang mampu melindungi wajah.  

Nano Gold – Mencegah kesan penuaan pada wajah seperti kedutan dan garis halus. Ia juga menghalang kesan radiasi pada wajah dengan kandungan  antimicrobial dan antioxidative. 


Dapatlah di rumuskan kelebihan  HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM adalah : 

Mengandungi perlindungan UV matahari SPF50 PA+++

Mengimbangi tona kulit secara semulajadi

Meminimumkan penampilan pori

Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer

Mencerahkan kulit

Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit

Glowing skin dan melicinkan kulit

Mengekalkan kelembapan

Melegakan masalah kulit


Cara memakai HANSAEGEE NATURAL GOLD NANO CC CREAM

Ana lihat Kak Long senang sangat memakai CC cream ni di waktu pagi sebelum keluar rumah. Picitkan dari tiup nya pada jari sahaja tanpa perlu menggunakan berus. Calitkan pada wajah dan ia bertukar dari warna putih krim mengikut tona wajah nya. Di situlah nampak hasil solekan wajahnya yang natural semulajadi. Ratakan pada wajah supaya seimbang dan sempurna. Mudahkan dan sangat sesuai untuk wanita yang malas nak bersolek lama-lama dan nak cepat siap. 

Hansaegee Nature CC Cream


Inilah hasil solekan wajah Kak Long nampak natural sangat kan senada dengan tona warna kulitnya yang agak cerah. Cukup sebagai asas solekan dan memberikan impak pada warna-warna solekan yang lebih jelas terutama bila Kak Long memakai gincu dan pembayang mata yang simple. Dah siap cepat tapi glowing kan..

Hansaegee Natural CC Cream

Kak Long suka kerana walaupun kadang-kadang bila keluar makan wajah memakai facemask dan berpeluh namun ia tidak menjejaskan solekan tetap maintain, gituew. Tak lah bercapuk dan bertompok bila dan kena peluh. Masih kekal solekan. Lepas solat pun mudah nak touch-up semula wajah, kejap je dah selesai. Jadi apa tunggu lagi ?




Dah berkenan lah tu yer... Korang boleh sahaja dapatkan info-info terkini, pembelian dan promosi produk Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream dan pelbagai lagi rangkaian produk penjagaan wajah Hansaegee di pautan yang ana berikan di bawah. 


Hansaegee Natural


6 Comments

  1. Menarik! Tentu rasa lebih yakin bila make-up tak bercapuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak nak lagi bila berada di luar kan Amie

      Delete
  2. Makeup pon pigmented tak perlu nak oles tebal. Ena suka hansaegee cc cream ni sebab senang nak cuci

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak long pun cakap macam tu Ena bila guna Hansaegee CC cream ni :)

      Delete
  3. ramai jugak tengok guna ni. kena grab satu ni!

    ReplyDelete