Kisah bil di kedai mamak
Kisah ni lama dah kejadiannya.. Sebelum masuk Ramadan lagi masa tu, sebab banyak entri lain yang perlu di dahulu kan, baru sekarang ana nak kongsi dengan korang kisah kami disuatu malam di restoran mamak. Hampir setahun juga rasanya tak lepak mamak ni, sejak pkp, pkpb dan pkpk kekdah semua ni lah, macam tawar hati jer nak keluar makan malam-malam.
Tapi malam tu saja-saja ajak suami dan anak-anak nak lepak mamak. Tak jauh di sekitar kediaman kami ni sahaja. Orang pun tak ramai jadi mudahlah nak penjarakkan sosial di situ. Datang lah encik mamak ni ambil order.
Memandang kan kami dah siap makan nasi sebelumnya, lepas Isyak sesaja nak pekena teh tarik mamak, Adik dan Kak Long serta ayahnya sahaja yang order makanan ringan. Tak lama kemudian meggi goreng dan meggi sup pun sampai. Ayahnya sekadar nak makan tosei rawa. Hat ni memang puji lah restoran mamak memang cepat makanan sampai kan. Adik pi ambik ayam goreng untuk makan dengan meggi gorengnya tu.

Ber 'maki-maki ' pula jadinya... Adoiyai.. Suka hati ko la encik mamak. Asalkan cashier tu faham sudah. Korang faham ke idak apa yang di tulisnya tu. ' Maki Koring ' tu meggi goreng, dan ' Maki Sup ' tu meggi sup lah. Bukan main dia punya awan larat berputar-putar hehe.
Itulah kisah nya, bukan nak cerita benda tak elok pun, sekadar berkongsi kisah kelakar sebagai gurauan bersama. Nama restoran pun ana dah cut off dari foto. Gitu lah kan. Mereka ni bukan rakyat tempatan, namun boleh di katakan cepat juga faham bahasa Melayu ni. Cuma ejaan tu jelah ikut kefahaman mereka maklum lah sekolah depa lain.
Untuk makan di luar tak kira lah kedai orang tempatan atau lepak mamak waktu-waktu sekarang ni memang banyak yang perlu kita ambil berat. Pertamanya kalau kedai tu ramai sangat dan sesak, kita carilah lokasi yang lain. Pastuhilah SOP yang di jadikan ikhtiar untuk mencegah. Selebihnya berdoalah semoga kita semua di lindungi Allah swt. Aamiin...
18 Comments
Mengekek baca nie Ana😆😆
ReplyDeletehehe sekadar hiburan kan :)
Deletesabar je la haha
ReplyDeleteterhibur juga lah Anum kan :)
Deletehahahahahha.... nasib baik x kena maki hehe
ReplyDeletekannn.. ejaan ikut dan je depa ni janji cashier tu paham dah hehe :)
Delete:D haaa, maki goreng,, ala nanti dia belajar tulis betol2 tu
ReplyDeleteasal ada bunyi udah lah kan wani :)
Deletehahhaha. harga bole tahan mahal kalau makan kedai mamak. haha
ReplyDeleteharga depa ni memang mahal sikit kan :)
Deleteasal dia paham dan sampai seperti kita minta no hal kak hehehhe...
ReplyDeletekalau kat mamak dekat umah dana, dia pakai macam tab tu
haah setengah mamak pakai tab dah kan dana , ni mesti ali maju kan hehe :)
DeleteAsalkan tak kena maki kak ana haha...tapi cantiklah tulisan dia kan? Kemas!
ReplyDeletetuu lah PH tulisan berawan larat gituew
Deletekalau dapat elak maka elak untuk makan luar begini..
ReplyDeletejangan dedahkan diri kepada masalah
in shaa allah, entri ni sebelum PKP dan ini kali pertama kami lepak mamak selepas hampir setahun tak masuk kedai mamak ni. Inipun sebab tak ada kat sini.
Deleteheh..heh..dia tls n fhm apa yg ditulis
ReplyDeletekan kak PI janji dia faham dan cashier pun faham sudah hehe :)
Delete