Bulan puasa ni, bila time buka air lah yang akan di cari terlebih dahulu. Rasa dahaga mengatasi rasa lapar sepanjang hari. Alhamdulillah dalam seminggu pertama Ramadan 1442H ni, cuaca agak teduh dan hampir setiap petang hujan turun atau ribut petir di kawasan kediaman ana ni. Tidaklah panas terik dan haus sangat. Esok lusa Waallahu a'lam..

Walau apapun jua , puasa wajib kita laksanakan sebaiknya. Dan hari ini ana nak berkongsi cara buat air jagung 3 layer sebagai pencuci mulut di bulan puasa. Ianya tidak lah sesuai sebagai minuman kerana ia agak pekat lemak manis, jadi ana lebih suka jadikannya pencuci mulut atau desserts kata omputih.


Resepi air jagung 3 layer

Resepi air jagung 3 layer

Senang sahaja nak sediakan air jagung 3 layer ni cuma kena pastikan teknik dan bahan yang betul. Bahan-bahannya pun tak banyak. 

Bahan-bahan air jagung 3 layer

1 tin susu cair
Kordial jagung KHH Double Lion 
Sirap gula melaka
Jagung krim 
Ais batu 

Cara buat air jagung 3 layer

- Sediakan terlebih dahulu sirap gula melaka dengan mendidihkan 1 buku gula melaka bersama secawan air dan seikat daun pandan. Bila dah didih tapis dan pastikan ia betul-betul sejuk. Boleh simpan dalam petisejuk terlebih dahulu kerana layer bergantung kepada kepekatan sirap gula melaka, tak pekat tak berlapislah air jagung kita nanti.

- Tuang kan dalam gelas atau jug , sirap gula melaka.

- Masukkan ketukan ais batu .

- Tuangkan susu cair , ikutlah kuantiti yang korang nak sebab susu cair ni tak manis cuma lemak sahaja.

- Tuang kan di lapisan atas kordial jagung KHH Double Lion . Ana gunakan kordial ini kerana ia pekat dan satu-satunya kordial jagung yang ana pernah jumpa. Mungkin ada jenama lain tak pasti kerana tak pernah guna.

- Akhir sekali letakkan jagung krim di atasnya. Siap. Korang boleh tonton di dalamYTC dibawah teknik cara buat air jagung 3 layer dari ana.



Bila nak minum tu korang kacau lah sebati. Ada rasa lemak manis jagung dan kemanisannya pada sirap gula melaka itu sahaja. Jadi kalau nak kurang manis, kurangkanlah sirap gula melakanya. Tuang adunan pun kena ikut susunan kalau terbalik tak berlapis lah air jagung korang nanti. Selamat mencuba naa... 




14 Comments

  1. wahhh comfirm sedap ni kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Dana, ajak Ayyan buat sesama hehe :)

      Delete
  2. Allah , cubaan pagi hari melihat air ini haha

    ReplyDelete
  3. Cobaan haha ..
    Menarik ni Kak Ana utk dijadikan juadah berbuka atau Raya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try naa PH sedap buat dessert pun sesuai buh aiskrim atas tu

      Delete
  4. ok ni pestime tau air jagung 3 layer ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa.. nasib la pantang kalau tak dh boleh cuba hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis pantang nanti boleh lah nina try hehe : )

      Delete
  6. Nasib baikkkk tengok lepas berbuka dah hahaha, tapi nak kena try gak ni sebab simple je hehehe

    ReplyDelete