Kalau mak ana ni ,memang banyak petua - petua ketika masak di dapur yang ana pelajari darinya. Ada yang dengan asbab berkesan dan menjadi sangat dan ada yang tak jadi juga lah.. Apapun tak salah untuk kita mencuba kerana selalunya petua-petua dapur ni menggunakan bahan-bahan yang ada di sekitar kita sahaja dan tidaklah sampai memudaratkan sesiapa. 




Mungkin bagi sesetengah orang moden sekarang ni ada yang berpendapat ianya tidak lojik atau relevan lagi, namun bila kita cuba tu menjadi kira masih power lah kan. Pada ana, mungkin ada sedikit sebanyak berkaitan dengan sains kimia juga lah dalam tindak balas keberkesanannya namun orang dulu-dulu ia menjadi petua dari mulut ke mulut dan sekadar ikutan bila ianya menjadi dan serasi. Jom ana kongsikan 10 petua dapur orang dulu-dulu sebagai panduan kita bersama. Yang baik semuanya dari Allah swt dan khilaf itu adalah dari kekerdilan kita sebagai hambaNya..

Petua dapur orang dulu-dulu 


Petua hilangkan pijar tangan kena cili 


Haa ini antara masalah bila nak masak sambal guna cili kering. Kalau ana di rumah ni siap pakai sarung tangan plastik bila nak gunting cili, bukan apa takut pijar tangan panas berbahang kan. Kalau petua mak ana, jika tangan pijar kena cili, mak suruh masukkan tangan dalam bekas beras pastu sapu-sapu kan dengan habuk beras tu. Mujarap weii..walaupun akan ambil masa juga lah hehe.


petua hilang pijar tangan kena cili



Ada petua lain yang pernah ana terbaca pula, kalau tangan pijar cili ni, lumur tangan dengan minyak masak dan kemudian cuci dengan sabun. Ana belum pernah cuba tapi kalau korang nak try boleh lah kay..

Petua hilangkan bau hanyir ikan, ayam dan daging 


petua hilang hanyir ikan ayam daging
kredit foto cookpad 



Kalau ikut petua mak ajar ana, basuh ikan khasnya ikan air tawar ni dengan asam jawa, asam limau atau pun air bilasan beras yang pertama. Kemudian baru lah bilas bersih. Ada juga petua yang ana jumpa basuh dengan tepung gandum, perap sekejap kemudian bilas bersih. Korang guna cara macam mana pula ye ? 

Petua kurangkan kuah terlebih masin 


Ini memang selalu terjadi, ada juga petua yang mak ajar dan ana pelajari dari saudara dan rakan-rakan. Agak berkesan juga sekali sekala. Jangan tambah air sudah naa.. Kalau ikut petua yang pernah ana guna pakai adalah kalau masak kari atau masak lemak, kita boleh tambah kan kentang. Masak lagi hingga kentang empuk dan In Shaa Allah kurang lah rasa terlebih garam tadi.


petua kuah terlebih masin



Kalau tumis sayur atau ikan goreng tu tak dapek lah nak nolong ye. Ada juga petua yang kata tambah kan hirisan timun dalam masakan. Ikutlah jenis masakan yang korang masak tu sesuai nak tambah apa kan. 


Petua elak ikan goreng melekat di kuali 


petua goreng ikan tak melekat di kuali



Kalau ikan air tawar misalnya mak ajar masukkan asam jawa sekali pada ikan yang di lumur dengan garam dan kunyit. Ada juga yang beri petua masukkan asam keping dalam minyak sebelum menggoreng. Ermm.. key point dia ialah asam lah kan. Tapi zaman sekarang ni ramai yang guna non stick pan jadi tak ada masalah dah dengan ikan melekat di kuali ni. 

Petua hilang kan bau kari atau belacan pada tangan 



petua hilang kan bau kari atau belacan pada tangan



Ini bab paling malas nak hadap. Makan sambal belacan tak pun kari kat mamak yang padu tu,last-last tangan bau melekat. Adoi jenuh nak hilang. Satu petua yang ana baca dan belum pernah ana cuba sendiri ialah gosok tangan dan jari dengan garam yang banyak sebelum basuh dengan sabun dan bilas dengan air bersih. Nanti boleh lah kita cuba tengok jadi ke idak .

Petua menghalau tikus dan lipas di dapur 


Petua ini pernah ana guna pakai waktu balik kampung dan dapat daun durian belanda. Masalah juga kita di bandar ni tak jumpa sangat daun durian belanda. Ada petua yang mengatakan letakkan daun durian belanda ni di tempat yang ada lipas atau tikus dan haiwan perosak ini akan pergi. 




Waktu ana cuba dulu tu menjadi lah untuk seketika lipas tak datang dah dalam kabinet, tapi lepas kering daun durian belanda tu dan di buang tak lama kemudian lipas muncul semula. Adoi. Pada tikus tidak pernah ana cuba lagi kerana tak dapat dah daun durian belanda ni. 

Petua elak kutu beras dalam bekas beras


Ana ni jenis beli beras 5 kilo sebab bekas beras kecil sahaja di rumah ni, muat-muat untuk 5 kilo dan kami pun jenis makan nasi sekali sehari malam tak makan nasi, jadi tak lah menyimpan beras dalam tempoh masa yang lama. Bagi mereka yang simpan beras dalam tong beras dalam kuantiti yang lama tu boleh cuba petua ini supaya tak ada kutu beras dalam bekas beras tu.


petua elak kutu beras dalam bekas beras


Petua yang ana jumpa adalah masukkan beberapa tangkai cili kering yang dipotong di dalam bekas beras, In Shaa Allah beras tak akan berkutu jika di simpan lama dalam satu tempoh masa.  Selamat mencuba. 

Petua elakkan semut masuk dalam bekas gula 


petua elak semut masuk bekas gula


Menurut petua yang ana baca ni, katanya letakkan dua tiga kuntum bunga cengkih dalam bekas gula. Mungkin berkesan juga kerana bau bunga cengkih yang agak kuat menghalau semut masuk. Tapi ana tak pernah guna pakai lagi petua ni kerana ana simpan gula dalam bekas kedap udara. Alhamdulillah tak masuk semut dalam balang gula . 


Petua menghilangkan bau dalam peti sejuk 





Petua ni selalu ana guna pakai dan ia berkesan. Kalau peti sejuk kita ada bau yang tidak menyenangkan, masukkan seikat daun pandan di dalam ruang sejuk bukan sejuk beku atau freezer naa. In Shaa Allah akan harum bau aroma daun pandan dalam peti sejuk. Tapi seeloknya simpan baki makanan dalam bekas bertutup jika nak menyimpan dalam peti sejuk ni supaya tak lah berbau. Dan keraplah bersihkan peti sejuk supaya sentiasa wangi dan bersih. Tak gituew. 

Petua untuk menyimpan taugeh sentiasa segar 


Ana suka beli barang basah ni dua tiga hari sekali baru ke kedai. Selalunya beli untuk kuantiti yang di perlukan dan simpan dalam peti sejuk. Ada yang kadang tu terlebih beli, contohnya kalau beli taugeh boleh sampai jadikan dua menu masakan. 


petua cara simpan taugeh supaya segar


Petua yang ana baca dan belum pernah ana cuba lagi dan akan cuba lepas ni ialah untuk mempastikan taugeh tahan lama dan kekal segar ialah dengan menyimpannya dalam bekas bertutup di dalam air yang di campurkan garam. Katanya ia akan menjadikan taugeh kekal segar dan tidak masam. Tapi kena simpan dalam peti sejuk juga lah. 

Inilah 10 petua dapur orang dulu-dulu. Ada yang ana pernah guna pakai sendiri dan ada yang dari carian di internet. Apapun tak salah mencuba kan, mana tahu menjadi. Semoga bermanfaat..

8 Comments

  1. kita cuba yg mana berkesan
    tak salah pun kan
    petua2 org lama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama.. tak salah mencuba asalkan tidak memudaratkan ye dak :)

      Delete
  2. Terima kasih kak perkongsian petua

    ReplyDelete
  3. Oky terbaiklah, ada petua ni pernah sy try, mmg berkesan

    ReplyDelete