Ana dan suami menghadiri jemputan iftar di luar, tinggal lah dua beradik ni di rumah. Sebelum pergi dah siap belikan juadah untuk mereka kesian pula ibu ayah nak buka di luar anak-anak tinggal di rumah. Gitulah naluri ibu ni walau anak dah besar panjang tapi bila bab makan mesti teringat anak-anak. 

Balik tu Kak Long bagi tau jiran kami Man ada beri buah ni, tapi along pelik tak pernah tengok, buah apa ni bu ? Macam bom katanya lagi, macam mana nak makan ? Rupanya itu buah nona yang dah masak ranum. Allahu anak.. membesar di bandar tak kenal buah exotic atau buah orang kampung dulu-dulu. 


buah nona

Buah nona


Rasanya bukan Kak Long sahaja yang tak kenal ramai lagi anak-anak sekarang yang tak pernah dengar atau lihat sendiri mana rupa buah nona ni, kan. Buah nona ni nak kata sedap tu tidak lah. Pada ana rasanya sama seakan buah durian belanda. Makan pun isi keliling biji nya sahaja. Tak mengenyangkan pun. 

Seperti yang selalu ana kata kanlah, anak-anak kampung dahulu tak banyak pilihan. Apa yang ada di sekeliling rumah itulah kudapan kami. Sebut sahaja buah jambu, buah leletop, buah durian belanda, pisang yang beraneka itulah santapan kami waktu itu. Nak membeli buah-buahan import macam sekarang ni memang jarang sangat. Kalau ada pun time gaji dapat lah merasa buah epal atau limau.


buah nona



Jadi bagi yang tak kenal dan tak pernah melihat , inilah dia buah nona atau sugar apple , custad apple atau pun sweet sop dalam bahasa Inggeris. Memetik terbitan Wikipedia di nyatakan : 

Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani. Buahnya kilit yang berbonggol dan mempunyai banyak biji.

Terdapat berbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Pokoknya merupakan pokok renak 6-8 meter tinggi. Daunnya berselang, ringkas, oblong-lanceolate, panjang 5-17 cm dan lebar 2-5 cm. Bunganya dihasilkan dalam kelompok 3-4, setiap bunga 1.5-3 cm, dengan enam kelopak, hijau-kuning dengan keungguan dipangkal.

Buah biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol, 6-10 cm keratan rentas dan seberat 100-230 g. Isi buah boleh dimakan, putih sehingga kuning cair, menyerupai dan rasa seperti kastad. Bijinya tersebar dalam isi buah; perang hingga hitam, sepanjang 12-18 mm, dan keras berkilat. Secara tradisi, buah nona sering diperam di dalam kepuk beras sehingga masak.

6 Comments

  1. Wak ada tanam sepokok nona kapri.
    Bila berbuah tak termakan.
    wak tak berapa minat sebab buahnya banyak biji

    ReplyDelete
  2. yelah kak, budak sekarang mana kenal sgt buah dulu-dulu...
    yang komersial yang biasa dan terkenal jelah mereka tahu kan...
    nona ni macam durian belanda tp banyak sangat biji, besar-besar lak tu... tapi sesekali layan jugak bila lama tak makaan

    ReplyDelete
  3. buah ni dh masuk kartegori buah langka sbb jarang dah ditemui

    ReplyDelete
  4. Favourite nie masa kecik kecik🌹🌹... Susah nak jumpa laaa nie

    ReplyDelete
  5. rasanya seumur hidup, makan buah ni skali saja

    ReplyDelete