Menikmati minuman di rumah dengan campuran bahan unik yang pasti mempersonakan selera minum petang atau sarapan pagi kita semua. Hai korang!! Hari ini ana nak berkongsi dengan korang beberapa minuman sedia di minum yang paling unik yang pernah ana cuba. Kenapa ana kata unik sebab ianya datang dalam pelbagai adunan bahan minuman yang korang cuma adunkannya di dalam segelas air panas atau pun dalam "cup ready to drink yang boleh korang beli di pasaran . 

Inilah dia rangkaian minuman segera pelbagai pilihan dan gabungan citarasa dari Aik Cheong. Ana akan perkenalkan korang satu persatu keunikan rasa minuman seperti gabungan Teh Tarik , Choco Latte, White Coffee, Cappuccino, Matcha Latte dan sebagainya. Jom teruskan membaca enti ini hingga ke hujungnya dan korang pasti akan segera mendapatkannya di pasaran untuk mencuba sendiri gabungan rasa minuman yang sedap dan tersendiri. 


It's Six Pack Aik Cheong

Aik Cheong merupakan  jenama minuman kopi sejak 50 tahun yang lalu yang mula bertapak di bandar bersejarah Melaka. Mula di kenali sebagai Aik Cheong Coffee Roaster Sdn. Bhd. dua tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan lagi. Memulakan perniagaan kedai kopi di  Jalan Temple di bandar lama Melaka dengan kesegaran aroma biji kopi yang di panggang menggunakan biji kopi yang di import dari Indonesia, Filipina dan juga Amerika Selatan. 

Masih mengekalkan minuman kopi sebagai produk keunggulan Aik Cheong kini tampil dengan pelbagai pilihan minuman yang menepati citarasa moden rakyat Malaysia khasnya dalam penyediaan minuman gabungan citarasa yang lain dari yang lain. Jom ana perkenalkan 3 variasi pilihan minuman terkini dari Aik Cheong.

 IT’S Series Aik Cheong Coffee



Gaya hidup moden komuniti hari ini sukakan minuman yang segera di beli dan terus di nikmati. Namun pasti bosan bila tak banyak pilihan yang ada di pasaran. Asyik minum yang sama sahaja mestilah tak syok kan. Apa kata korang yang suka minuman segera ni cuba 6 pilihan gabungan rasa unik dalam secawan kopi segera IT’S Series Aik Cheong Coffee .





Minuman 'pick me up' dengan 6 pilihan rumusan terbaharu Aik Cheong Coffee. IT'S siri dari Aik Cheong di bungkus dalam cawan mudah di bawa ke mana-mana yang mampu menceriakan dan memberi kelainan rasa dalam pilihan minuman. Tampil dengan 6 pilihan perisa  minuman yang di bezakan oleh 6 warna berbeza. 

Cawan merah adalah IT'S Long Black Extra Short, kuning IT'S Flat White Extra Short, Oren IT'S Teh Tarik Gula Melaka, hijau IT'S Matcha Latte Nata De Choco, biru pula IT'S Cappuccino Choco Topping dan pink untuk IT'S Chocolate Marshmallow


It's Aik Cheong


Di dalam setiap cawan telah di sedia kan pek pek rumusan minuman yang korang hanya perlu masukkan air panas dan campurkan mengikut urutan nombor pada pek kecil dan nikmatinya di setiap waktu di mana sahaja. Contohnya ana nikmati secawan IT'S Flat White Extra Short di mana ana cuma campurkan air panas adunkan pek pertama no 1 - rumusan IT'S Flat White ,kenudian ana masukkan pek kecil no 2 - Freeze Dried Coffee dan pek ke no 3 Brown Sugar. Dan tersedialah satu minuman segar dengan rasa yang amat unik dan memukau. 

IT’S Granola Aik Cheong Coffee


IT'S Granola Aik Cheong Coffee


Dengan konsep minuman beroat "easy oat easy go ", kini kita boleh menikmati kebaikan khasiat oat sebagai menu sampingan atau topping makanan yang menyihatkan. Dalam setiap pek Granola Aik Cheong Coffee mengandungi khasiat 1. rolled oat panggang, madu dan minyak canola yang kaya dengan sumber serat yang tinggi dan 2. buah-buah kering & kekacang yang membekalkan mineral dan bahan anti oksidan  bersama 3. yogurt bites yang baik untuk pencernaan.


granola aik cheong coffee

Granola Aik Cheong Coffee hadir dalam dua pilihan variasi iaitu Mixed Berries & Mixed Fruits and Nuts. Cadangan makanan bersama yogurt segar, sebagai topping yang ranggup untuk sebarang menu , juga sesuai untuk makanan ringan ( snack ) dan minum bersama susu. Memang sedap. 


granola aik cheong coffee


Cara penyediaannya cukup mudah untuk sajian sebagai snack, korang cuma masukkan air panas dan nikmatinya. Untuk dijadikan topping pula tuangkan sahaja ke atas yogurt atau aiskrim atau pun susu, pasti sedap kan... 




IT'S SixPack series terbaharu dari Aik Cheong Coffee


IT'S Six Pack Aik Cheong Coffee


Dan... inilah yang paling best untuk ana kongsikan bersama korang semua. Siri terbaharu dari Aik Cheong Coffee... IT'S SIXPACK !! Memang awesome sangat di mana kini kita boleh menikmati 4 pilihan minuman dengan pelbagai topping dan kombinasi adunan yang sedia mudah untuk di minum. 



Di dalam setiap pilihan perisa minuman, di sertakan pek-pek bahan dengan citarasa terkini dan moden bersama topping pilihan yang unik. Korang cuma perlu campurkan air panas, adun sendiri dari setiap pek dan taburan topping dan sedia untuk di nikmati di mana-mana pada bila-bila masa.




Tadaa!! Di dalam setiap kotak IT'S SIXPACK Aik Cheong Coffee menampilkan 4 pilihan minuman yang korang boleh 'mix & match' kannya mencipta citarasa minuman yang sangat unik dan baharu. Dengan konsep minuman gaya moden IT'S SIXPACK tampil dengan kelebihan berbanding jenama minuman biasa yang ada di pasaran dengan konsep Formula Unik - ianya istimewa dan limited dimana proses pengeluaran eksklusif dari bahan mentah hingga ke rekabentuk, ianya lebih dari sekadar minuman malahan memberi kegembiraan kejutan dan harapan dan rasa dan topping unik yang boleh ditambah dan disesuaikan dengan bebas. 





Lebih Senang - dimana minuman segera ini semudah 1,2,3 langkah , Berpatutan membawa maksud semua orang boleh minum tak  kira di rumah atau di tempat kerja,  Reka bentuk bermakna ia datang dalam kapasiti yang besar dengan reka bentuk yang disesuaikan mengikut keperluan. Jom ana perkenalkan satu persatu daripada 4 pilihan IT'S SIXPACK Aik Cheong Coffee.


IT'S White Coffee Salted Gula Melaka 


IT'S SIX PACK


Hadir dalam kotak putih di dalamnya terdapat 2 sachet No1 adalah White Coffee Salted Gula Melaka Premix dan Sachet No2 adalah Freezed Dried Coffee. Adunan yang memberikan citarasa klasik kopi putih berkrim, asli dan beraroma di padukan dengan rasa enak gula melaka pasti memberikan citarasa klasik yang mempersonakan. 


IT'S Cappuccino Choco Topping


IT'S Cappuccino Choco Topping

Bagi yang tertanya-tanya apakah pula kandungan kotak biru siri IT'S SIXPACK ni pula, ianya adalah IT'S Cappuccino Choco Topping. Cuba korang bayang kan keenakan minuman Cappuccino di gabung dengan topping chocolate, nyaman dan segar bukan.. Mengandungi 3 sachet No1 Cappuccino Premix , No2 Choco Topping dan No3 Brown Sugar


IT'S Chocolate Marshmallow


IT'S SIX PACK CHOCOLATE MARSHMALLOW


Ana yakin kotak pink IT'S SIXPACK ni pasti kesukaan anak-anak kerana ialah adalah IT'S Chocolate Marshmallow. Patut lah Adik Ika menyukainya sangat , dia minum sebagai minuman sejuk bila di campur dengan ketulan ais. Di dalamnya terdapat 3 sachet No1 Chocolate Premix,  No2 Marshmallow dan No3 Brown Sugar


IT'S Teh Tarik Gula Melaka


IT'S SIX PACK Teh Tarik Gula Melaka


Dan yang ini kesukaan ana pastinya IT'S Teh Tarik Gula Melaka . Sesuai sebagai minuman petang sambil lepak-lepak di rumah bersama keluarga. Datang dalam kotak jingga dengan 2 sachet No1 Teh Tarik Gula Melaka Premix dan No2 Nata De Choco sebagai topping yang unik dan sedap. Serius memang sedap dan korang kena cuba sendiri. 

Amacam unik dan teruja tak nak menikmati pilihan minuman dari IT'S SIXPACK Aik Cheong Coffee ni ? Mestilah kan... sebab ianya sangat tersendiri dan dalam setiap kotak ada 6 sachet setiap seleksi minuman sebab tu namanya SIXPACK. Jom dapatkannya di pasaraya terpilih seluruh Malaysia iaitu di AEON BIG, GIANT dan MYDIN atau mudah sangat dapatkannya di SHOPEE & LAZADA di pautan yang ana berikan di bawah.





#aikcheongcoffee益昌咖啡 #做_自己 

#BeYourSelfAlways #itsbyacc #itsmorethanjust #ITS #ItsCup #itstimetobelieve 

#Hoot9eeeee #InilahMasanya #VITAMEDIA #ASKPERT


4 Comments

  1. eh! menariknya..siap topping lagi

    ReplyDelete
  2. berkenan betul tengok sebab kotak2 dia colorful kak ana dan rasa mesti sedap banyak jenis kopi plak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa wani packaging dia sangat urban kan :)

      Delete