Sana sini orang menikmati keenakan telur masin dalam pelbagai juadah dan juga kudapan kan. Telur masin memanglah pembuka selera, contoh nya dalam bulan puasa. Kalau dulu-dulu masa di kampung, macam wajib je ada telur masin rebus untuk tambah selera waktu sahur. Pas tu kalau makan bubur nasi pun , bila ada telur masin menambahkan lagi selera makan.
Ada orang suka telur masin bahagian putih dan ada pula yang suka bahagian merah. Ana suka telur masin merah, sebab ianya tak lah masin sangat dan ada rasa lemak-lemak sikit. Kalau dulu nak dapatkan rasa telur masin dalam menu masakan, kita perlu korek isi telur masin dan hancur kan sendiri.
Resepi Udang buttermilk salted egg dengan serbuk Bestari Telur Masin
Tapi sekarang ni tak lagi.. mudah dan cepat sahaja bila nak masak menu masakan dengan citarasa telur masin kerana adanya serbuk segera telur masin. Dan yang paling laris di pasaran dan pilihan ramai pastilah jenama BESTARI. Tepung Bestari menjadi pilihan ramai sama ada tepung rangup salutan dan kini serbuk campuran Telur Masin Bestari pula .
Bahan-bahan Udang buttermilk salted egg dengan serbuk Bestari Telur Masin
Udang - kalau korang nak gantikan dengan ayam atau sotong, ketam pun boleh jer..
Tepung goreng rangup serbaguna Bestari
Serbuk Telur Masin Bestari
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
1 cawan susu cair
Mentega
Cili merah & cili api jika suka pedas
Minyak untuk menggoreng
Cara masak udang buttermilk salted egg
1. Bancuh tepung goreng rangup Bestari dengan air sejuk untuk mendapatkan adunan batter celupan udang.
2. Tuangkan sedikit Tepung Rangup Bestari kering di dalam piring untuk salutan udang.
3. Celupkan udang dalam batter bancuhan dan kemudian sadur dengan tepung kering. Goreng dalam minyak yang panas. Toskan.
4. Untuk buttermilk nya, dadu bawang besar dan bawang putih serta cili. Tumiskan dalam minyak secukupnya tak perlu banyak minyak naa.
5. Masukkan daun kari.
6. Taburkan serbuk Telur Masin Bestari secukup nya. Ana tak letak garam dalam menu ini sebab ia dah cukup masin dari rasa tepung goreng rangup dan serbuk telur masin Bestari ini.
7. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang di inginkan.
8. Boleh lah matikan api dan masukkan udang goreng, sambil gaul sebati bersama butter milk salted egg.
Sedia untuk hidangan bersama keluarga di rumah. Memang sedap rangup rasa udang pada salutannya dan lemak masin dari sos buttermilk yang memikat selera anak-anak. Selamat mencuba naa... Tepung Bestari ni mudah nak beli di mana-mana kedai runcit atau pasaraya. Susah-susah beli online pun ada kan..
12 Comments
Sedapnya.
ReplyDeleteyummy :)
DeleteWah kak Ana...bestnya semu product Bestari...nampak senang resepi tu..SA nak cari la bahan2 di bawah Bestari ni..harap- harap ada la kat pasarya berdekatan dengan rumah SA
ReplyDeleteada SA kat Speedmart pun ada jual hehe :)
DeleteSedapnyaaaaaa selalu nampak tepung ni tapi tu la x pernah pula nak cuba..boleh try ni
ReplyDeletetry naa AD sedap dan senang je nak masak :)
DeleteSave dulu resepi Kak Ana ni. Semua bahan takde lagi haha... Udang pun kemain jual mahal sekarang, sekilo tiga puluh lebih!
ReplyDeletehaah nanti ada bahan PH masak naa :)
Deleteadudu sedapnya.. baru ingat semalam nak masak menu ni. tapi tak jadi pula. tepung bestari salted egg pun ada.. boleh try nanti
ReplyDeletetry jangan tak try mama :)
Deletesedapnya kak. terus rasa nak buat juga.
ReplyDeletejom Ana :)
Delete