Brownies untuk birthday
Bulan September ni ada 2 hari kelahiran yang bermakna buat ana. 22hb September birthday anak bongsu, Adik Ika dan 30hb September pula birthday sahabat baik ana dari darjah satu hingga ke saat ini Ida Megat. Kedua-duanya kesayangan ana dunia akhirat..
Alhamdulillah.. Adik dah mencapai usia 22 tahun, satu pinjaman usia yang In Shaa Allah akan mematangkannya. Adik ni anak bongsu dari dua beradik dan dia ni terlebih manja dan rapat sangat dengan ayahnya. Mungkin ini menjadikan dia kadang-kadang tak nampak lagi kematangannya. Atau mungkin kami yang tak nak dia jadi dewasa pun boleh jadi juga hehe :)
Buat masa ini, Adik masih meneruskan latihan praktikalnya berbaki seminggu lagi. Dan kemudian akan menyambung semula pengajian tahun akhir peringkat ijazah. Masih belum ada keputusan dari universiti sama ada akan kembali ke kampus atau kekal pengajian dalam talian di rumah.
Brownies birthday untuk Adik
Sebagai ibu , pasti ana mendoakan semoga Adik diberikanNya kebaikan , dipermudahkanNya segala urusan dan di kurniakanNya kesihatan dan perlindungan Allah swt sepanjang perjalanan kehidupan nya. Aamiin Ya Rabbal A'lamiin.
Syukur Alhamdulillah dalam peperiksaan sem yang lepas, Adik berjaya dengan Dean List walaupun sewaktu pengajian ODL kami sekeluarga di uji dengan wabak. Syukur atas segala yang di permudahkanNya dan tahniah buat puteri ibu dan ayah.
Seperti selalu tiada lah sebarang sambutan dan cuma kami berempat meraikan hari lahir Adik di rumah. Ana tahu, Adik sangat suka dengan brownies jadi ana tempah lah sebiji brownies dengan deko birthday dari jiran kami, Ida IG @MamaRizqiBakery sebiji brownies.
Ayahnya belikan sebuah beg dan Kak Long hadiahkan costume jewelerry unruk Adik. Ibu belum lagi belikan apa-apa hadiah . Happy birthday Adik Ika...
Brownies birthday buat Ida
Memang surprised sungguh best friend ana ni pepagi dapat brownies yang Nurul hantar. Alhamdulillah lama terjalin persahabatan kami berdua. Ida antara kawan yang amat baik dan sentiasa ada waktu suka dan duka. Ida banyak bersedekah dengan mak dan abah di kampung dari waktu dia tinggal sekampung hinggalah kini dah berhijrah ke Selangor.
Ida, teman waktu suka duka, banyak yang kami kongsikan bersama. Sepanjang mak tak sihat dahulu siap belikan katil bujang untuk mak, dan baru-baru ni belikan sebuah microwave untuk mak dan abah. Allahu.. Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas setiap kebaikan mu sahabat.
Begitulah kehidupan ini, bila kita selalu ingin kan yang baik-baik, Allah swt akan berikan yang baik buat kita semua. Jagai lah silaturahim yang berbaki ini kerana tidak akan masuk syurga buat mereka yang memutuskannya. Kadang-kadang kita banyak mempertahan kan pendapat yang belum tentu benar dari menjaga ukhuwah sesama saudara. Renung-renungkanlah....
Selamat hari lahir Ida... semoga dimurahkanNya rezeki, sentiasa di dalam kasih sayang dan perlindunganNya jua.. Semoga ukhuwah dan persahabatan kita akan kekal hingga ke syurgaNya.. Aamiin..
7 Comments
Cantiknya brownies ni, siap ada kinder buenos atasnya..bertambah sedap lah nampaknya tuu :)
ReplyDeleteCantiknya brownies tu.
ReplyDeletealhamdulillah cantik dan sedap JR :)
DeleteSemoga keduanya berada dalam rahmat Allah sentiasa aamin
ReplyDeleteCantiklah brownies utk Adik tu. Yg second tu pulak special dgn word BFF tu.
aamiin.. tq PH :)
Deletesanah helwah adik sihat sjhtra murah rezki sukses dunia akhirat
ReplyDeleteaamin terima kasih kak PI :)
Delete