Roti jala jelita Teluk Intan
Tengah trend sekarang ni orang berniaga roti jala jelita. Sesuai di jadikan hadiah atau menu di meja utama majlis. Sebagai hantaran pun cantik kan. Macam-macam kreativiti si penjual mendekorasi roti jala aneka corak, warna dan susunatur. Ana suka tengok , cuma ana lebih tertarik pada warna-warna yang soft dan senada serta tidak banyak warna warni dalam satu pek.
Kalau sebelum ni , ana ada kongsikan kreativti kawan baik ana yang juga mengambil tempahan roti jala jelita di sekitar Kajang, Putrajaya di SINI , kali ini ana berkongsi cerita pula roti jala jelita khas buat orang-orang kampung halaman ana di Teluk Intan.
Roti jala jelita Teluk Intan
Sepanjang PKP ni , ana memang jarang dapat balik kampung jenguk mak abah dan saudara mara serta kawan-kawan di sana. Memang rindu sangat. Tapi ana tak pernah lupa untuk kirimkan juadah untuk mak abah . Ada sahaja ternampak posting di FB group Teluk Intan, ana whatsapp dan minta COD ke rumah.
Waktu birthday abah pun, adik ipar ana order roti jala jelita ni dari kawannya minta COD pada abah. Sedih sangat sebab kami tak dapat balik.. ada ana terbitkan kisahnya di SINI . Cantik sangat hasil tangan Dayang ni. Kuah pun sedap dan banyak ayamnya, kata abah. Maklumlah kami tak dapat lagi merasai.
Dan baru-baru ni sekali lagi ana hubungi Dayang dan minta COD kan buat bonda kawan baik ana sempena hari lahir bondanya. Hat yang kat bawah ni lah, Dayang hantar kan gambar yang dah siap untuk COD. Cantik kan. Ana pilih warna pink dan kuning lembut ni dan bunga yang sedikit. Set ni berharga RM50 bersama kari ayam.
Selang sebulan birthday salah seorang BFF ana juga di Teluk Intan, ana tempah dan minta COD dengan Dayang. Kali ni design bentuk bulat dengan bunga di tengah. Ana pilih warna pink soft juga sebab nampak cool je kan. Ana ni memang tak suka warna yang banyak dalam apa juga seni dekor termasuklah kek, ataupun hiasan rumah. Kecuali pokok bunga ana suka yang warna warni hehe..
Set ini pula berharga RM45 sahaja bersama kari ayam. Dua lapisan roi jala dalam bekas ni. Kenyang lah untuk di nikmati sekeluarga. Mudah kan walau jauh di mata namun dekat di hati bila ada kemudahan internet untuk membuat tempahan dan penghantaran di Teluk Intan.
Jadi memandangkan feedback dari mereka yang dah rasa roti jala dan kari ayam Dayang ni sedap semuanya, ana recomended lah pada sesiapa yang sedang mencari roti jala jelita di sekitar Teluk Intan. Korang boleh lah hubungi Dayang di whatsapp 016 829 8755 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah ...
12 Comments
cantiknya air tangan die..kite buat roti jala kuning je..sejenis yang suka warna sal hahaha..padahal sama je
ReplyDeletememang sangat cantik dan jelita
ReplyDeletememang jelita. kreatif orang yang membuatnya
ReplyDeletegigih ksn Sal :)
DeleteCantikkk... Memang kreatif 🌹🌹
ReplyDeletesangat kan CB :)
Deletewah..memang jelita sangat. so creative!
ReplyDeletekan mummy :)
DeleteCantik jelita hasilnya :)
ReplyDeleteBetul Kak Ana, sekarang ni semuanya di hujung jari. Senang nak order apa2.
alhamdulillah PH dekat walaupun jauh kan :)
Deletenext level dah roti jala weii...lawa btui
ReplyDeletekan kolin kreatif orang sekarang ni :)
Delete