Siapa sangka kan roti jala yang dahulunya gulungan jala kuning sahaja kini telah di inovasi kan menjadi satu persembahan yang sangat cantik, berwarna warni bagaikan kuntuman bunga di taman. Ya.. Korang, inilah yang sedang viral sekarang di sana sini, menjadi pilihan ramai sebagai hadiah hari lahir, majlis keraian ataupun anniversary. 

Unik dan mengekalkan citarasa menu tradisional namun tampil moden dalam dekorasinya. Ana suka sangat. Mengekalkan menu-menu tradisional ini dan masih mengekalkan rasa cuma di moden kan dalam bentuk persembahan makanan atau food presentation. 


tempahan roti jala jelita Kajang Putrajaya


Tempahan roti jala jelita 


Jika sebelum ini kita meraikan hari-hari istimewa dengan kek, apa kata kita pilih pula roti jala jelita sebagai penyeri meja atau hadiahkannya buat insan-insan tersayang. Khas buat mereka di  sekitar Kajang,  Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam dan korang yang sedang mencari tempahan roti jala jelita bolehlah usya-usya foto- foto di bawah ni hasil kreativiti sahabat ana , Ida Megat. 



Setiap set roti jala jelita ni datang dengan kari ayam atau pun sekaya . Ikutlah pilihan masing-masing dan korang boleh request design mana yang korang nak, berapa keping . Kalau sekitar lokasi Kajang, mereka boleh COD dan kalau agak jauh boleh gunakan khidmat penghantaran Lala Move dan sebagainya. 



roti jala jelita Kajang














roti jala jelita coklat




Bukan roti jala orignal sahaja, SHA💚Z Homemade ni juga ada menerima tempahan roti jalan coklat yang pasti di sukai oleh anak-anak, kalau roti jala coklat pastilah dipping nya pun sos coklat yang sedap. Wahh!! Moden sungguh naa roti jala laa nii... 










Ana pasti bukan lah satu proses yang mudah untuk menyiapkan set roti jala jelita ni. Perlu kegigihan dan semangat juga menjala sekeping demi sekeping dengan mengadunkan warna sebegitu indah, kemudian di gubah pula membentuk kuntuman bunga dan sebagainya.  Kalau ana sendiri pun rasanya berbaloi tempah sebab pernah buat sendiri di rumah roti jala tradisional kuning tu, hasilnya tebal huhu... 


roti jala jelita kajang



roti jala jelita


roti jala jelita

Rambang mata laa tuu... semua lawa-lawa kan.. Nak makan pun sayang ye dak. Tapi kalau dah terhidang depan mata, ada pula sekali kari ayam ermm.... Selesai sebekas punya. Ana dah sertakan harga sekali namun harga tersebut adalah pada tarikh entri ini di terbitkan, perubahan harga pada masa akan datang adalah mengikut tuan punya roti jala jelita ni kay..

Jadi memang berbaloi dengan harga yang di tawarkan. Jadi kalau korang bercadang untuk menempah roti jala jelita ni untuk sebarang majlis.. klik sahaja pautan whatsapp nombor yang ana berikan ini -->>  01121520384 .


9 Comments

  1. Memang sungguh jelita!
    Dan memang hasil tangan ajaib!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan perlu ada bakat juga dalam menjala secantik ini amie :)

      Delete
  2. Kannn, dulu kuning je, sekarang variasi! Kreatiffff sungguh, nak makan punnn sayang hahaha

    ReplyDelete
  3. creativenyaa!!!! cantikkk boleh ganti birthday kek jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Zieya, lagi kenyang makan ramai2 hehe :)

      Delete