Dah bertahun juga ana tak jejak ke Cameron Highlands, dari sebelum pendamik lagi. Selepas ujian pkp demi pkp akhir-akhir ini Cameron Highlands kembali menjadi tumpuan pengunjung semula. Alhamdulillah dan semoga semuanya baik-baik belaka, aamiin...


Flora park Cameron Highlands


Dari perkongsian page-page di Facebook ana terbaca posting lokasi tarikan terkini yang baharu dibuka di Cameron Highlands. Cameron Highlands Flora Park nama tempat ni. Terus ana cari di Instagram dan terjumpalah akaun rasmi mereka. 


Cameron Highlands Flora Park


Dari info yang di kongsikan di IG rasmi CH Flora Park, lokasi nya terletak di Kea Farm. Namun ianya bukanlah di buka terus kepada umum sebaliknya perlu membuat tempahan secara online terlebih dahulu. 


Flora Park Cameron Highlands


Dari salah sebuah video di IG mereka juga di tunjukkan pengunjung yang telah membuat tempahan perlu ke lokasi pick up point di Kea Farm dan kemudian akan ada juru pandu yang akan membawa ke lokasi Flora Park ni.. ana pun tak pasti boleh bawa kenderaan sendiri atau pun di sediakan kenderaan mereka untuk ke sana. Kita tunggu lah kalau dah ada yang review pengalaman mereka sendiri ke sana nanti, maklum lah tempat baharu kan.. ana sendiri pun tak sampai lagi, sekadar berkongsi info yang ana perolehi dari akaun IG ch_flora_park sahaja. 

Bila tengok foto-foto di IG mereka, Masyaa Allah cantik sungguh lanskap di penuhi ribuan kuntuman bunga berwarna-warni. Tak pasti bunga apa sekali pandang macam ada petunia kat sana, aduhai mesti cantik sangat kan.. Mudah-mudahan ada rezeki untuk ana ke sana suatu hari nanti.. Aamiin.

Harga tiket Flora Park Cameron Highlands




Bila tempat-tempat secantik ini ana dah agak dah pasti akan di kenakan tiket bayaran untuk masuk. Memang betul , ada bayaran masuk untuk ke Flora Park, Cameron Highlands dan ianya bukan tiket per entri tetapi dalam bentuk pakej . 


Flora Park Cameron Highlands



Di status story Instagram mereka telah pun di update dan highlight harga pakej untuk masuk ke Flora Park ini. Ianya merupakan pakej piknik set. Kiranya tak lah sesak dengan pengunjung di sini , hanya yang membeli pakej sahaja akan masuk dan pasti selesa dan privasi untuk bergambar atau video. Sangat menarik kan.. 

Harga tiket flora Park Cameron Highlands



Ana telah pun screencap status dan kongsikan disini 3 pakej bayaran untuk ke Flora Park, Cameron Highlands seperti di bawah.


Harga tiket masuk Cameron Highlands Flora Park

Update terkini harga tiket masuk dari IG CH Flora Park.. 


Harga tiket pakej Flora Park Cameron Highlands



Untuk keterangan lanjut dan tempahan korang layari lah di pautan --> https://cameronfloragarden.rezio.shop/ yang ana perolehi dari bio IG @ch_flora_park .. semoga bermanfaat.. 



20 Comments

  1. Wah menarik..kalau nak sambut birthday kat sini pun ok ni kan...x pun bachelor party ke...

    ReplyDelete
  2. ramai up cerita pasal tempat ni hari ni hihi

    ReplyDelete
  3. subhanallah..cantik. harganya pun cantiks jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok harga package piknik tu seram gak, kemudian depa update entrance fee rm50 mungkin ada yang mampu masuk kan :)

      Delete
  4. Mujur bukan penggemar bunga.. Kalau tak dah tersengih2 tunjuk kat husband kot

    ReplyDelete
  5. Kalau ke CH bolehlah singgah sini

    ReplyDelete
  6. tu dia fefeeling kat oversea, harga pun tahap oversea gak hihi

    ReplyDelete
  7. wowwwww cantiknya kak, penuh bebungaan. Bila la dapat sampai ke sana

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah....pkp yang lama telah selesai dan muncul idea pelancongan baru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan Fida semoga semuanya baik-baik sahaja :)

      Delete
  9. wah! baru tahu ni..tapi agak mahal juga pakej tu heheh..tapi klo teringin sangat berbaloi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada entrance fee ADtak perlu ambil pakej dah:)

      Delete
  10. thanks info.. nk bawa anak g sini

    ReplyDelete