Misteri mencari nama sebenar pokok ubi di belakang rumah mak ni.. Mak kata pokok ubi brazil, tapi bila kak ana cari di internet tak ada pula yang sepadan, yang muncul hanya bayam brazil 😊😊 Kak ana ni biasa lah dengan mak, akan yer kan sahaja apa juga katanya, mak kak ana dah berusia hampir 80 tahun.. Alhamdulillah masih di kurniakan kesihatan yang baik dan mampu mengurus diri sendiri.

Balik Teluk Intan pertengahan Disember lepas, nampak pokok ni di belakang rumah tepi tingkap mak. Bukan main subur daun muda di cabang yang merimbun. Mak suruh petik bawa balik, masak lemak sedap kata mak, tak perlu celur terus masak sebab ia tak pahit. Kak ana dan suami pun petik bawa balik banyak juga hasilnya dari sebatang pokok dalam pasu sahaja mak tanam. Jiran mak, kak Saniah yang bagi benih pokok ni..




Pokok chaya atau pokok ajinomoto ?


Bila kak ana search di internet dengan keywords ' pokok ubi seperti daun betik ' muncul lah pokok chaya atau pun pokok ajinomoto . Dari foto yang di lampirkan, ianya sama menyerupai pokok ubi mak kak ana ni. Jadi mungkinlah nama pokok ini pokok chaya atau pokok ajinomoto. 

Kak ana bawa juga sepokok balik ke rumah sebab mak suruh tanam. Kami tanam dah di ruang belakang rumah. Kalau tengok dari pokok macam tak ada pun ubi di dasarnya. Ia di tanam dengan keratan batang. Mungkin juga bukan spesis pokok ubi kan.. Aih! Misteri sungguh pokok ni pada kak ana..




Ini daun dia secara closed up, sama macam daun betik tapi batangnya lembut dan bercabang sama macam pokok ubi kayu. Pucuk ubi kayu yang biasa kak ana jumpa dan makan sama ada yang cabang 6-7 ataupun jenis pucuk ubi yang halus panjang-panjang tu. Hat ni lain sangat .

Ia seperti daun betik, berurat timbul dan berdahan cabang pada pokok yang agak renek. Mudah-mudahan satu hari nanti kak ana akan dapat jawapan sebenar untuk nama pokok ni.. Kalau korang tahu boleh lah komen naa..



Seperti yang mak kak ana bagitau, suruh masak lemak, kak ana masakkan lah gulai lemak pucuk ubi misteri ni. Sedap lembut, lemak sangat rasa daun nya. Tak sama rasa pucuk ubi, ia tak pahit. Masak pun tak perlu celur dahulu dan tidak mengeluarkan warna hijau klorofil nya seperti pucuk ubi kayu. 

Batang nya pun lembut boleh di makan. Mak kak ana kata lagi kalau makan celur cicah sambal belacan pun sedap ni. Kak ana dah tanam dan in shaa Allah.. jika hidup nanti boleh lah try jadikan ulam cicah sambal belacan.