Misteri mencari nama sebenar pokok ubi di belakang rumah mak ni.. Mak kata pokok ubi brazil, tapi bila kak ana cari di internet tak ada pula yang sepadan, yang muncul hanya bayam brazil 😊😊 Kak ana ni biasa lah dengan mak, akan yer kan sahaja apa juga katanya, mak kak ana dah berusia hampir 80 tahun.. Alhamdulillah masih di kurniakan kesihatan yang baik dan mampu mengurus diri sendiri.

Balik Teluk Intan pertengahan Disember lepas, nampak pokok ni di belakang rumah tepi tingkap mak. Bukan main subur daun muda di cabang yang merimbun. Mak suruh petik bawa balik, masak lemak sedap kata mak, tak perlu celur terus masak sebab ia tak pahit. Kak ana dan suami pun petik bawa balik banyak juga hasilnya dari sebatang pokok dalam pasu sahaja mak tanam. Jiran mak, kak Saniah yang bagi benih pokok ni..




Pokok chaya atau pokok ajinomoto ?


Bila kak ana search di internet dengan keywords ' pokok ubi seperti daun betik ' muncul lah pokok chaya atau pun pokok ajinomoto . Dari foto yang di lampirkan, ianya sama menyerupai pokok ubi mak kak ana ni. Jadi mungkinlah nama pokok ini pokok chaya atau pokok ajinomoto. 

Kak ana bawa juga sepokok balik ke rumah sebab mak suruh tanam. Kami tanam dah di ruang belakang rumah. Kalau tengok dari pokok macam tak ada pun ubi di dasarnya. Ia di tanam dengan keratan batang. Mungkin juga bukan spesis pokok ubi kan.. Aih! Misteri sungguh pokok ni pada kak ana..




Ini daun dia secara closed up, sama macam daun betik tapi batangnya lembut dan bercabang sama macam pokok ubi kayu. Pucuk ubi kayu yang biasa kak ana jumpa dan makan sama ada yang cabang 6-7 ataupun jenis pucuk ubi yang halus panjang-panjang tu. Hat ni lain sangat .

Ia seperti daun betik, berurat timbul dan berdahan cabang pada pokok yang agak renek. Mudah-mudahan satu hari nanti kak ana akan dapat jawapan sebenar untuk nama pokok ni.. Kalau korang tahu boleh lah komen naa..



Seperti yang mak kak ana bagitau, suruh masak lemak, kak ana masakkan lah gulai lemak pucuk ubi misteri ni. Sedap lembut, lemak sangat rasa daun nya. Tak sama rasa pucuk ubi, ia tak pahit. Masak pun tak perlu celur dahulu dan tidak mengeluarkan warna hijau klorofil nya seperti pucuk ubi kayu. 

Batang nya pun lembut boleh di makan. Mak kak ana kata lagi kalau makan celur cicah sambal belacan pun sedap ni. Kak ana dah tanam dan in shaa Allah.. jika hidup nanti boleh lah try jadikan ulam cicah sambal belacan. 


20 Comments

  1. wahh sedap masak gulai lemak daun ubi nih., ;p

    ReplyDelete
  2. Bila sebut ubi ajinomoto teringat waktu kecil di kampung, kalau pucuk ubi warna ungu orang kampung panggil ubi ajinomoto.

    ReplyDelete
  3. pernah dengar juga psl pokok ubi ajinomoto, memang daunnya mcm daun betik kat opis ni ada jumpa sepokok tapi tak pernah rsa atau masak daunnya tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap dana lemak lembut je kalau pokok yang sama lah try dana petik pucuknya masak lemak hehe :)

      Delete
  4. Daun dia macam daun betik, ingatkan pokok betik. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya DP macam daun betik tapi batang macam pucuk ubi hehe :)

      Delete
  5. Tak kenallah Kak Ana tapi kalau sekali imbas tu memang sebijik daun betik hehe...

    ReplyDelete
  6. Kalau lihat ubi kayu, waktu hujan mcm ni mmg sedap buat mkn cicah

    ReplyDelete
  7. biasa saya nampak daun pokok betik

    daun yang belum jumpa lagi hehehe

    ReplyDelete
  8. x kenal jugak, xpernah nampak pun.. he he

    ReplyDelete
  9. Alamak saya pun tak mahir tapi selalunya kalau orang tua-tua kata boleh makan dan sedap biasanya betul

    ReplyDelete
  10. serius la daun dia sebijik daun betik, tapi pook ubi rupanya

    ReplyDelete
  11. This is chaya or tree spinach (Cnidoscolus aconitifolius), related to ubi kayu. It is poisonous raw. Need to boil it for 20 minutes to remove the poison. To find out more, search internet for: "Do all parts of a chaya plant contain hydrocyanic acid?" and "For How Long Should Chaya Leaves be Boiled?"

    ReplyDelete
  12. Ada juga tanam pokok ubi ajinamoto ni, tapi belum pernah rasa. Beli kat shopee baru 3 bulan

    ReplyDelete