Kebelakangan ni ramai yang update posting di Facebook kerana telah di tagged tanpa pengetahuan kita post yang tidak bermoral dan kelucahan. Dan yang lebih mengaibkan lagi bila friend list kita pula mendapat tagging seolah-olah kita yang tag 100 lebih akaun dalam friend list kita pula. 

Perkara ini pernah dah terjadi beberapa kali dalam setahun ia bagaikan bermusim. Pernah kak ana terbaca ianya merupakan sejenis spam yang mana sekiranya ada di kalangan friend list kita klik pada pautan itu, maka sebahagian friend list akan tertagged dengan sendiri. Kak ana tak pasti akan kesahihannya. 



Apapun, hari ini kak ana nak share dengan korang , yang kita boleh setting kan akaun Facebook supaya orang lain atau akaun lain tidak boleh tag sesuka hati dan muncul di profile kita. Maksudnya, sekiranya ada orang tagged akaun FB kita, kita akan mendapat notifikasi terlebih dahulu dan memerlukan approval dari kita sebelum ia naik atau post di wall . 

Selalunya di kalangan rakan FB yang berniaga dan giveaway atau contest dan macam kak ana sendiri tidak suka juga kalau orang tagged sesuka hati dan naik di wall kerana wall kita lebih kepada posting kerja kak ana dan posting sendiri sahaja. Nak jaga feed la lebih kurang , kan. 
 

Cara elak orang tagged post di Facebook 


Jadi hari ini meh laa kak ana share dengan korang cara setting dengan ini kita akan review dahulu sama ada nak benar kan ia terbit di wall kita atau pun tidak. Mudah sahaja.. boleh ikut step by step dari foto-foto yang kak ana serta kan di bawah.. 

1. Langkah pertama , kita pergi ke Profile , kalau dari feed news tu klik pada profile picture kita tu, dan kemudian klik pula pada simbol setting 🔅atau boleh juga skrol hingga bawah dan jumpa ' Setting & Privacy ' button. 


Cara elak orang tagged post di Facebook

2. Langkah kedua , klik pada Profile settings

Cara elak orang tagged post di Facebook


3. Seterusnya kita akan di bawa kepada Privacy Settings dan pilih tab Profile & Tagging


Cara elak orang tagged post di Facebook


4. Step terakhir ialah pada tab Tagging korang set kan siapa yang boleh melihat post tagged akaun korang pada pilihan yang di berikan dan sebagainya.

5. Pada tab Reviewing , On kan button sekiranya ada orang yang tagged kita serta On kan juga button di bahagian option bawah sekali yang kak ana tandakan pada 2 arrow tu untuk kita dapatkan notifikasi sekiranya ada orang tag dan perlu dapatkan kebenaran kita sebelum ia muncul di profile akaun FB kita. 

Cara elak orang tagged post di Facebook


Selesai , dan kak ana dah lama aktifkan setting tagging and reviewing ni dan sehingga ke hari ini sekiranya ada rakan FB yang tagged post, kak ana akan menerima notifikasi serta kak ana akan review dahulu sama ada untuk benarkan ia muncul di wall profile atau tidak. Mudahkan. 

Cuma kak ana tak pasti sama ada ia boleh di gunakan pakai pada auto tag secara spam yang sedang berlaku sekarang ni. Tak salah kita mencuba dan ianya bagus untuk kita set kan profile kita supaya lebih selamat. Sebenarnya banyak fungsi privacy yang ada di sediakan di Facebook dan kita sendiri sebagai pemegang akaun perlu lah setting kannya. 

Apapun sama-sama kita jaga profile kita serta content-content kita di media sosial ini kerana ianya sangat mudah dan laju mengalir sama ada dosa atau pahala jariah yang berpanjangan. 

Kita tulis yang baik-baik, yang bermanfaat, tinggalkan yang mudarat yang tidak berfaedah dan merugikan kita sendiri nanti di alam kekal abadi. Jangan lupa setiap huruf yang kita taip akan di audit dan di timbang di sana nanti... Semoga bermanfaat, In Shaa Allah.. 


2 Comments

  1. kak pun dah terkana nk marah betul terus cari tukang tag n block. la ni dh mls nak app permintaan jadi rakan.

    ReplyDelete