Majlis perkahwinan dulu-dulu sekitar 1990-an
Dalam sibuk membuat persiapan majlis pertunangan anak sulung kak ana, Kak Long, sempat lah mengimbau kembali kenangan majlis pertunangan dan perkahwinan sendiri. Kak ana bertemu jodoh dengan suami sekitar pertengahan tahun 1990-an. Alhamdulillah hingga ke saat entri ini diterbitkan kami masih bersama dan di kurniakan 2 orang puteri.
Bila mengimbau kembali memori indah, helaian demi helaian album gambar lama kami selak satu persatu. Terasa sangat zaman telah berubah dan nampak kelakar pun ada bila mengenangkan kisah majlis pertunangan dan perkahwinan kami dahulu waktu itu.
Pelamin dulu-dulu sekitar 1990-an
Boleh di kata kan segalanya adalah hasil tengan sendiri, dari pelamin, hantaran, menu kenduri, bunga telur dan sebagainya, semua kena buat sendiri kecuali baju bersanding kak ana sewa. Sepanjang majlis, mak saudara masing-masing ada kepakaran tersendiri.
Pelamin dalam gambar di atas adalah majlis perkahwinan sepupu kak ana. Gambr pelamin kak ana tak ada dalam simpanan pula tapi lebih kurang sahaja dengan pelamin sepupu ni, menggunakan kain satin ungu dan kain lace putih di bahagian tengah tu wajib ada jambangan bunga sama ada bunga segar atau bunga yang di buat dari kertas crepe.
Kiri kanan pelamin biasanya ada pahar berisi bunga telur bergantung dan kerusi pengantin macam dalam gambar tu memang normal lah dengan hiasan kusyen sulam tekad benang emas. Satu penyandar belakang dan satu kusyen kecil untuk alas tangan pengantin waktu istiadat merenjis.
Untuk kak ana, mak uda Aini, mak saudara sebelah abahlah yang paling kreatif dalam menggubah hantaran, menghias pelamin dan kamar tidur. Untuk solekan pula, mak saudara kak ana, Ncik Nita pandai menyolek wajah pengantin dan sewa baju sanding. Bab masakan pula ada sahaja yang arif dalam menu-menu termasuklah nasi minyak dan sebagainya.
Hantaran dulu-dulu tahun 1990-an
Ini pula sebahagian hantaran pertunangan kak ana dahulu, memang banyak berpuluh pinggan juga tetapi bukan lah barang hantaran yang banyak, barang hantaran antaranya seperti kain ela, kasut, set mandian, songkok, kain pelekat, kasut, tuala dan sebagainya peralatan diri. Yang menjadikan banyak adalah makanan yang di sumbang oleh jiran dan saudara mara.
Masing-masing akan dengan gembiranya membawa juadah makanan yang siap di gubah dalam pinggan seperti halwa, kek, kuih muih tradisional dan pelbagai kemudian kami tuan rumah akan bungkus sahaja dengan plastik transparent atau dulu panggil plastik minyak dan hias dengan riben di puncaknya. Orang dulu panggil punjut je hantaran ni.. :)
Waktu itu , bila ada sahaja majlis perkahwinan, maka berkampung lah dari hari Khamis tu saudara mara bergotong royong menjaya kan majlis hingga lah ke hari langsung selalunya pada hari Sabtu atau Ahad.
Kak ana akad nikah di masjid Teluk Intan dan suami pula datang bertandang dari Kuala Lipis , Pahang sehari sebelum majlis akad nikah. Masa tu tak ada homestay untuk di sewa , salah seorang saudara menumpangkan rumahnya untuk keluarga lelaki bertandang. Begitulah indahnya ukhuwah berkeluarga.
Hari Khamis sebelum majlis kenduri besar tu di panggil hari menggantung kalau di sebelah Perak ni. Ingat kan apa yang nak di gantung, rupanya pagi tu ada majlis doa selamat dan menandakan permulaan majlis persiapan seperti menggantung tirai untuk pelamin, kamar tidur , buat khemah dan sebagainya.
Kain lace organza kuning ini adalah kain hantaran masa tunang dan kak ana tempah untuk di pakai waktu akad nikah. Tak ada gambar nak kongsi dengan korang kerana waktu itu banyak aurat yang tidak terjaga dengan baik, maklumlah gambar-gambar bukan boleh edit atau di preview , tahu-tahu pi bawa filem ke kedai gambar dan cetak atau dulu kami panggil cuci gambar . Apa yang di cetak itulah hasil gambarnya, hadap je laa yer... hehe :)
Kalau di kampung kak ana dahulu, keluarga , kawan-kawan dan jiran sekampung mak abah akan datang membawa pelbagai barang kering untuk majlis seperti beras, gula, minyak masak, telur dan sebagainya. Nanti berbalas lah pula bila majlis anak depa di masa akan datang.
Sehari sebelum kenduri majlis persandingan tu, adalah hari merewang. Waktu ni sampai ke pagi lah kaum keluarga berkumpul masak memasak untuk majlis. Tidak ada katering pun, semua masak sendiri hingga lah ke hidangan pengantin. Masyaa Allah..
6 Comments
nostalgia kan kak, dana pernah rasa dulu-dulu masa kecik bila makcik-makcik kawin memang gini la gayanya... kita bebudak la paling seronok bila rewang ramai sedara mara datang.... dana paling suka tolong rewang boleh makan memacam kepek, kalau bantu buat bunga telur, masa isi telur tu mana yg retak sikit mmg jadi habuan la hehehhe...
ReplyDeletezaman sy kecik pun ada lagi kat kg macam ni, tapi dh dimodern kan sikit. tapi sekarang memang xde langsung dah.
ReplyDeletebetul2... ayu sempat jugak merasa makcik & pakcik2 kawin dulu... memang meriah..sehari sebelum kenduri tu, dah rewang dah..
ReplyDeletenostalgia tuuh.. 😅
ReplyDeletesaya dulu selalu ikut makcik, dia mak andam yang ada butik pengantin. memang nostalgia bila baca entry kak Ana ni. zaman dulu orang tak kisah pun isi dulang hantaran. sekarang je tak nak kalah. huhu
ReplyDeleteBEGITU PANTAS MASA BERLALU KAN N TINGGALKAN KENANGANNYA
ReplyDelete