Limpahkan kegembiraan dan keseronokan kepada orang tersayang dengan hidangan 

" Egg-stra Ong, Lagi Power

pada Tahun Baru Cina ini.


Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar kita telah pun melangkah masuk ke tahun baharu 2022. Semoga ada sinar yang lebih baik untuk kita semua berada di sepanjang tahun 2022 mendatang ini. Dan pastinya setiap kali bakal tibanya bulan Februari , kaum Cina bakal menyambut kedatangan Tahun Baru Cina , tahun ini tahun apa agaknya, kan ?

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, kita hidup dalam harmoni dan pastinya setiap perayaan pelbagai kaum ada keistimewaan juadah mereka tersendiri. Raikan perbezaan budaya dan saling menghormati pasti kita semua akan hidup dalam suasana aman dan damai, itu yang terbaik. 


Marrybrown egg-stra ong ayam goreng dan burger salted egg


Egg-Stra Ong MarryBrown 


Pada mereka dan kak ana sendiri yang rindu dengan rasa keenakan sajian telur masin dari Marrybrown, usah risau, Marrybrown mendengar keinginan kita semua. Untuk perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba,' Egg-stra Ong, Lagi Power' kini kembali lagi, dengan limpahan sos telur masin yang menyelerakan lagi ‘power’ bermula dari 18 January  hingga 28 Februari 2022.


egg-stra ong Marrybrown


Sebagai rangkaian makanan segera tempatan yang Halal terbesar di tanahair, MarryBrown sinonim dengan slogan ' something different ' bermula dari hidangan makanan malah penyediaan perkhidmatan yang sememangnya best, kini Marrybrown kembali lagi dengan menu telur masin mereka yang terkenal! 

Kali ini lagi power, dengan taburan kepingan cili kering pada roti burger dan egg-stra limpahan sos telur masin. Kombinasi ini sememangnya cukup sempurna dengan rasa pedas dan masin yang pasti akan memberikan ‘kejutan’ tambahan kepada para penggemarnya!

Review burger ayam MarryBrown egg-stra ong


burger salted egg Marrybrown


Kak ana dah cuba sendiri burger ayam egg-stra ong ni dan kak ana suka pada roti bun yang lembut serta pedas ala-ala sahaja pada taburan cili flakes di atas bunnya. Di bahagian dalam adalah kepingan patti daging ayam yang lembut dan tebal serta keunikan pada sos salted egg yang memberi kelainan rasa. Korang kena cuba sedap weii layan dengan fries dan coke. 

Prihatin kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini mengalami detik suka dan duka akibat daripada keadaan yang tidak menentu sejak pandemik, malah kita juga tidak dapat meraikan perayaan bersama keluarga dan rakan. Dengan keadaan yang dijangka beransur pulih, kita semua akhirnya dapat bertemu semula dengan orang tersayang. Oleh itu, kami kembalikan hidangan Egg-stra Ong yang kali ini lagi power, khas untuk musim perayaan yang bakal tiba. Kami berharap dengan sajian Egg-stra Ong ini, dapat memberikan egg-stra kegembiraan dan semangat yang lagi power untuk persiapan musim perayaan,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Review Marrybrown’s Crispy Chicken Egg-Stra Ong 



ayam goreng salted egg MarryBrown


Kak ana juga dah mencuba Marrybrown’s Crispy Chicken Egg-Stra Ong ini. Okay secara jujur ayam goreng rangup MarryBrown ni memang sangat sedap dan kak ana suka bahagian kulitnya lah, yang sangat crispy di makan waktu panas-panas. Kali ini bila adanye Egg-Stra Ong ni iaitu di gabung dengan sos salted egg yang melimpah dengan kenikmatan rasa telur masin. 

Korang boleh jadikannya dipping sos atau pun tuang sahaja terus ke atas ayam goreng Marrybrown’s Crispy Chicken. Cukup pekat, cukup rasa tidak terlalu pedas dan yang penting kesegaran rasa masakan sos nya. Ala-ala korang makan butter chicken gituew tapi dengan keenakan salted egg pastinya. 


Egg-Stra Ong Marrybrown salted egg


Harga menu Egg-Stra Ong MarryBrown


Sajian Egg-stra Ong ini dilengkapi dengan rasa manis, masin dan pedas yang menghasilkan kelazatan ‘umami’ pada setiap suapan. Penggemar boleh memilih sama ada dua atau tiga ketul ayam untuk Kombo Ayam Egg-stra Ong, dari harga RM17.90 dan RM22.90. Semua kombo ayam disertakan dengan kentang lenyek, salad sayuran dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange.


menu marrybrown salted egg Tahun Baru CIna

Sementara itu, Kombo Burger Ayam Egg-stra Ong, dihidangkan bersama dengan Burger Ayam Egg-stra Ong, kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM14.90. Untuk menambah kelazatan, penggemar boleh menambah sos telur masin tambahan pada hidangan mereka dari harga RM2.50.

harga menu egg-stra ong marrybrown

Bagi korang yang ingin menikmati kombinasi rasa burger dan ayam, bolehlah memilih Egg-stra Ong Big Box yang merangkumi Burger Ayam Egg-stra Ong dan dua ketul Ayam Egg-stra Ong. Hidangan ini dilengkapi dengan kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM25.80.



Satu lagi tawaran hebat untuk set besar ialah Egg-stra Ong Family Meal yang dilengkapi dua burger ayam, lapan ketul ayam goreng, satu mangkuk besar kentang lenyek dan 1.5 liter Coca-Cola® Rasa Asli dari harga RM80.00. Menariknya, set ini cukup berbaloi untuk dijadikan hidangan perkongsian di musim perayaan.




Pelanggan kami sememangnya best kerana mereka sentiasa memberikan sokongan dan inilah yang menjadi visi dan misi kepada kami dalam membangkitkan semangat agar terus menawarkan ‘something different’ terutamanya untuk hidangan Egg-stra Ong ini. Kami yakin dengan idea gabungan egg-stra limpahan sos telur masin dan taburan kepingan cili kering yang terdapat pada roti burger ini pasti akan memberikan kelazatan dan kenikmatan unik yang tidak dapat anda lupakan,” kata Dato' Joshua Liew.




Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan, dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.




Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi mereka dan perkhidmatan penghantaran, sila layari :

Instagram : Marrybrownmy
Youtube : MarrybrownTV
Twitter : @MarrybrownMY
Marrybrown website: www.marrybrown.com


#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBEggstraOng #EggstraOngLagiPower




5 Comments

  1. kena siapkan duit xtra sbb sedap xtra kan

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing kak Ana. nampak sedap. saya memang suka telur asin. ok nanti nak cari

    ReplyDelete
  3. Memang nampak sedap menu baru Marrybrown ni.

    ReplyDelete
  4. Wah kali ni eggstra ong lah. Yg biasa hari tu pun dah sedap, apa lagi extra mcm ni.

    ReplyDelete
  5. aduyai apesal nampak sedap sgt tu kak.. bergendang perut tgk

    ReplyDelete