Sebelum ini kak ana tidak pernah ada akaun Tik Tok . kerana selama ni yang kak ana tahu banyak sangat unsur-unsur negatif yang di ceritakan yang ada di media sosial ini. Tetapi itu lah dia, selagi kita tidak tercebur di dalam nya dengan hanya mendengar pendapat, kadang kala ia adalah tidak benar sangat pun. 

Apa sahaja aplikasi sosial media ini terpulang pada kita sendiri untuk handle atau mengawalnya. Kalau baik yang kita pilih baik lah ia pada kita dan sebaliknya. Dari perkongsian status whatsapp adik blogger kak ana, Anie Mohamad, selalu di kongsikan video-video pendek dari Tik Tok yang amat menarik. Alunan zikir dan selawat, kata-kata muhasabah diri, tutorial-tutorial yang rare dan yang paling kak ana suka adalah ceramah atau tazkirah pendek dari ustaz dan ustazah.


biodata ustaz wadi annuar


Selalu sangat kak ana akan pmed Anie dan minta video-video tersebut untuk kak ana share pula di status whatsapp dan koleksi sendiri. Terfikir pula sampai bila nak minta Anie dan kak ana buka sendiri akaun Tik Tok untuk mendengar dan menonton video-video tersebut. Rupanya mudah nak save dan share pula video-video tersebut. Dan dari situlah kak ana mengenali klip-klip ceramah Ustaz Wadi Annuar .

Hampir setiap hari akan lalu di paparan home video-video ceramah Ustaz Wadi Annuar atau singkatannya UWA. Cukup kagum dengan personaliti beliau ketika menyampaikan ceramah , doa, zikir, selawat dan sebagainya. 

Benarlah tak kenal maka tak cinta, bukan lah cinta manusia tetapi cinta akan ilmu yang di sampaikannya dan ustaz-ustazah lain secara pendek dan padat di Tik Tok. Jadi tidak semua content Tik Tok ini berdosa dan melalaikan, terpulang pada kita sendiri untuk memilih, apa yang sering kita lihat itu lah yang akan muncul di layar skrin. 


biodata ustaz wadi annuar


Kak ana percaya, ramai di luar sana yang juga suka pada ceramah-ceramah Ustaz Wadi Annuar dan disini kak ana kongsikan biodata Ustaz Wadi Annuar serta pautan channel sosial media beliau untuk kita sama-sama mendengar majlis-majlis ilmu yang di sampaikan. Kisah-kisah akhir zaman, kisah alam akhirat, kisah-kisah dan cinta Rasulullah saw semuanya menarik dan menyentuh hati untuk di dengar dan di pelajari bersama, In Shaa Allah.. 


Biodata Ustaz Wadi Annuar


biodata ustaz wadi anuar
kredit foto MediaUWA


Nama penuh : Mohamad Wadi Annuar bin Ayub
Nama gelaran popular : Ustaz Wadi Annuar , UWA 
Tarikh lahir : 20 September 1983 
Negeri asal : Kedah Darul Aman 
Pendidikan : Kelulusan Jurusan Syariah & Bahasa Arab, Institut Fatah Islami,Damsyik, Syria
Kerjaya : Penceramah Agama, Pengerusi & Pengetua Akademi Darul Iftak.


biodata Ustaz Wadi Annuar


Untuk update terkini kuliah Ustaz Wadi Annuar boleh lah follow dan subscribe pautan yang kak ana berikan di bawah :

Linktr https://linktr.ee/UstazWadiAnnuar


YOUTUBE USTAZ WADI ANNUAR OFFICIAL : www.youtube.com/c/UstazWadiAnnuarOfficial


Facebook Group : Ceramah Ustaz Wadi Annuar [Group Rasmi]


Facebook Page : Ustaz Wadi Annuar


Instagram : https://www.instagram.com/ustazwadiannuar/


Spotify : https://open.spotify.com/show/7BDz1LPmTij4w27iDe5kBc


Telegram Channel https://t.me/ustazwadiannuar_official


Memetik kata-kata Ustaz Wadi Annuar di Tik Tok , dunia internet dan sosial media ini kita mudah untuk memperolehi dosa jariah jika tidak berhati-hati dan mengawalnya dengan baik dan mudah juga mendapat pahala yang berbilion jika kita mengemudinya dengan iman dan kebaikan yang di sampaikan, selalu ustaz akan sebut.. hati-hati..... 

Untuk kak ana sendiri sebagai salah seorang pemain media , mencari rezeki juga di media sosial ini selalu kak ana akan cuba sebaik mungkin untuk berkongsi hanya yang bermanfaat sahaja dan semoga ada keberkatan di dalam setiap huruf yang kak ana taip di dunia maya, aamiin.. In Shaa Allah.. 

kredit sumber dan foto FB Ustaz Wadi Annuar Official 

7 Comments

  1. muda lagi orangnya tapi dah menjalankan tanggungjawab dakwah. Alhamdulillah. Semoga Allah lindungi para ulama dan kita sendiri. media sosial ada baik dan buruknya. terserah pada kita nak pilih yang mana

    ReplyDelete
  2. subhanallah, muda lagi dia..
    sama ayu pun suka dgr klip2 syarahan dia..teguran pun secara halus & lembut je..

    ReplyDelete
  3. PC suka dengan ceramah beliau kak. Salah seorang ustaz yang selalu PC ikuti ceramahnya di youtube.

    ReplyDelete
  4. suka dengar ceramah ustaz ni..manfaatkan kemajuan teknologi media baru sebaiknya dgn bijak

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..terima kasih di atas info mengenai Ustaz Wadi Annuar yang disegani, dihormati.

    Cuma, ada tersalah info sikit..Negeri asal : Kedah Darul Makmur
    Kedah Darul Aman ;)

    terima kasih sekali lagi di atas info bermanfaat ;)

    ReplyDelete
  7. Assalaamualaikum ustaz wadi. Saya sunhgguh kagum dgn jewiwabaan ustz penceramah paling hebat dan popular d malaysia ini. Namun tugas belum selesai sbgai pndakwah yg d sanjong yg d segani.. sy percaya ustz ada pengaruh besar . Tlg ustz.
    Tlg beri kenyataan support kpd issue tiga org ank muallaf yg d ancam supaya mereka ini tidak kmbali kafir olih angkara segolongn oelmpau. . Ustz pasti maklum apa issue ini merlukn suara pndakwah d seluruh malaysia demi maruah islam. Mohon ustz dan pendakwah popular lain bersuara

    ReplyDelete