Suami kak ana memang suka sangat jalan-jalan ke Kuala Selangor, Sekinchan hingga lah ke Sungai Besar ni. Bukan apa, seronok makan angin tengok sawah, pemandangan kampung dan paling best macam-macam gerai jualan dan makanan ada sepanjang perjalanan dan sedap-sedap. 

Seronok juga sebab tak menempuh kesesakan lalu lintas, cuma sejak kebelakangan ni, kawasan sini dah mula di kunjungi ramai bila adanya pelbagai port viral di media sosial. Antara yang pernah kak ana singgah dah kongsi kan dengan pembaca ialah Laman Tebu Aidil & Pasar Jerami Sungai Besar . 


gerai kari sembilang tanjung karang


Dan setiap kali lalu lalang selalu juga nampak papan tanda Gulai Senangin, Kari Sembilang Kampung Pinang, Tanjung Karang ni. Cumanya kalau petang ia dah tutup dan kalau hujung minggu memang agak ramai orang makan kat sini, selalunya geng rider motor. Sudahnya tak sempat juga nak singgah.

Semalam suami kak ana cuti pada hari Rabu, hari bekerja. Terus suami ajak kak ana makan tengahari ke sini. Teringin nak makan kari sembilang, katanya. Memang pun kak ana sendiri pun suka ikan sembilang ni. Awal kami dah gerak dalam jam 11 pagi dan waze lebih kurang jam 12 lebih akan sampai. 


Gerai kari sembilang tanjung karang 

Alhamdulillah selamat sampai dan kami pun order lah kari sembilang . Orang pun tak ramai waktu itu. Satu mangkuk claypot di isi kari ikan sembilang saiz agak besar , seekor ikan sembilang kerana dalam claypot cukup ada kepala, isi dua keping sampai ke ekornya. Memang cukup untuk makan berdua. 


gerai kari sembilang tanjung karang


Nasi putih dan terdapat lauk nasi campur untuk kami makan bersama semangkuk lauk kari sembilang. Kak ana cuma ambil nasi dan sayur kobis campur dan suami nasi bersama sambal tempe. Se mangkuk claypot kari sembilang tu berharga RM24 sahaja dan berbaloi pada kak ana kerana ikan dia besar dan masakan kari nya secukup rasa. Cukup pekat dan lemaknya , sama seperti masakan di rumah. 

Nasi putih dan lauk lain di kira harga lain namun masih murah berbanding harga nasi campur di bandar ni. Suami kak ana siap tambah nasi , selera sangat padanya. Kak ana ni kalau makan kari memang wajib kena ada kicap, mujur lah ada kicap kipas udang di sediakan , buh kuah kari sembilang, sayur tabur kicap kipas udang... Nikmat manakah yang kita dustakan... 


gerai kari sembilang tanjung karang


Kak ana recomended sangat kepada penggemar ikan sembilang untuk pii cuba sendiri kari atau pun asam pedas sembilang kat sini atau dari info di page FB depa ada juga cawangan restoran di Kuala Selangor. Pada selera kak ana dan suami kami boleh bagi 5/5 untuk menu masakan kari ikan sembilang ni, In Shaa Allah ada rezeki kami nak try asam pedas sembilang pula kat restoran di Kuala Selangor, tak lah jauh sangat berbanding Tanjung Karang. 

Untuk korang yang dari Kuala Selangor, gerai ni terletak di sebelah kanan jadinya perlu u-turn jalan yang di sediakan untuk u-turn beberapa meter selepas waze mengakhiri destinasinya. Waze hantar kami tengah-tengah jalan jaaa.. adoi. Kalau dari Sungai Besar tu memang belah kiri tepi jalan nampak dah papan tanda warna merah tulis Gulai Senangin, bawah tu tulis kari sembilang Kampung Pinang, Tanjung Karang. Gerai ni buka dari jam 11 hingga 1 tengahari selagi lauk masih ada laa kan.. Belah petang tutup dah selalunya. Semoga bermanfaat.. 


5 Comments

  1. memang sedap kari ikan sembilang kat sini. ain pernah singgah dan makan di sini. lekat bau kari kat tangan sampai ke petang.. hehehe.. sebab karinya pekat lemak dan ikan sembilang pun segar.. lembut isinya.. cair di mulut.. hahaha.. :)

    ...

    ReplyDelete
  2. Wah...sedapnyaaa...dah la fav SA plak tu....

    ReplyDelete
  3. wow..nampak menariks sgt tu.. yummy

    ReplyDelete
  4. 2 jam je bukaknya. cepat betul habis. boleh cuba nanti kalau ke sana. sekinchan jadi viral masa warga selangor dan KL tak boleh rentas negeri

    ReplyDelete