Selalunya dah beberapa kali kami jalan-jalan sampai Sekinchan, sahaja. Ada beberapa lokasi menarik untuk di kunjungi di Sekinchan ni yang pernah ana terbit kan di  SINI . Kali ni suami ajak jauh sikit nak makan angin, kami ke Sungai Besar. Selepas Kuala Selangor, Sekinchan, Tanjung Karang dan sampai lah ke Sungai Besar. 

                                       

tempat tempat menarik sekinchan


Tempat-tempat menarik di Sungai Besar, Selangor 


Kalau dari Kuala Lumpur atau kediaman ana ni paling mudah ikut lebuhraya Latar tu lah, sampai ke simpang Kuala Selangor. Alahh.. waze je sekarang ni kan. 

Gerai Mee Udang Banjir, Tanjung Karang


Mee udang banjir tanjung karang


Dari Kuala Selangor tu kami sampai Tanjung Karang dan singgah makan di Gerai Mee Udang Banjir Tanjung Karang. Ia terletak di sebelah kiri dari laluan Kuala Selangor. Serius memang lapar nasi sangat waktu tu, jadi semua pakat pekena nasi goreng udang banjir. Tak makan pun mee udang . Jadi tak adalah gambar mee udang nak share dengan korang. 

Nasi goreng udang banjir ni sedap sangat nasi gorengnya. Ada 4 ekor udang besar-besar di serta kan dalam hidangan. Besar dan segar udang goreng yang rangup . Ana tahu kalau udang segar yang di goreng crispy ni , ianya mudah nak tanggalkan dari kulit bila kita makan. Isi udang pun segar putih bersih selepas di kupas. 


nasi goreng udang banjir


Di sertakan juga kuah sup dan sos cicah. Sepinggan nasi goreng udang ni berharga RM13 sahaja. Mee udang pula RM12 kalau tak silap, sebab kat sini tak ada menu, jadi ana tanya lah dulu harga sebelum order. Haa.. nak selamat ye dak..

Dah kenyang, Alhamdulillah kami teruskan perjalanan ke Sungai Besar, berpandukan waze menuju ke Laman Tebu Aidil. Tak lah jauh sangat dari sini cuma korang kena u-turn kerana ia terletak di sebalah kanan. Nanti waze bagitau lah ..

Laman tebu Aidil , Sungai Besar



laman tebu aidil ,sungai besar


Laman tebu Aidil antara lokasi viral kalau ke Sungai Besar ni. Terletak di Parit 3 1/2 Sungai Haji Dorani. Sepanjang perjalanan di kelilingi sawah bendang dan banyak homestay ada untuk korang yang cadang nak staycation dengan suasana kampung dan sawah. 


Laman tebu Aidil , Sungai Besar


Lupa nak cerita, kami jenjalan ni pada hari Isnin, hari bekerja, jadi tidaklah sesak dan ramai orang berbanding hujung minggu atau cuti umum. Sepupu ana bagitau dia pernah nak singgah sini hari Ahad, memang ramai dan parkir pun sehingga jauh deretan kereta yang banyak. Risau juga bila keadaan sesak macam ni nak bergambar pun payah kan. Jadi rancang lah perjalanan korang naa.. 


laman tebu aidil sungai besar

Laman tebu Aidil ni berada di tengah sawah di tepian parit air dengan tarikan utamanya deretan pokok-pokok tebu yang menjadi port viral instaworthy untuk bergambar. Kalau tak ramai orang cun lah dapat angel yang sesuai kan. Kalau ramai tu pandai-pandai lah cari spot yang tak nampak kelibat orang yer...  Menarik lah pada ana, sesuatu yang berlainan dari biasa. 

laman tebu aidil sungai besar

Laman tebu Aidil ni masuk percuma sahaja, dan di buka setiap hari kecuali hari Rabu tutup, cuti rehat lah kan. Korang boleh dapat kan info dari Facebook page depa naa untuk update terkini. Baik dapatkan info terlebih dahulu takut pii sana tutup kan kecewa jiwa raga.



Di sini, korang bukan sahaja boleh ber ootd dengan pokok tebu dan sawah , tapi ada di jual menu-menu makanan seperti laksa, air minuman, kepak ayam bakar dan sebagainya. Harga murah-murah sangat antara RM2 ke RM5 sahaja.


Laman tebu aidil sungai besar


Jangan lupa beli air tebu depa, sedap pekat memikat sungguh cuma RM2 segelas. Beli dari gerai sini, bawa lah ke meja-meja yang disediakan di tepi tali air tu. Menarik kan lepak petang kat sini dengan hembusan angin di tengah sawah. Korang boleh view visual nya dalam video kat bawah ni.



Pasar jerami Ban Kenal , Sungai Besar


pasar jerami ban kenal , sungai besar

Macam selalu lah nak ke satu-satu lokasi menarik ni kita kena mencari infonya di internet. Selepas lepak kejap di Laman Tebu, ana waze pula ke Pasar Jerami Ban Kenal, satu lagi port viral di sosial media untuk ber ootd. Tak jauh dari Laman Tebu dalam 3-4 minit perjalanan berkereta. 

Bila sampai di lokasi yang di hantar, rasa macam pelik sebab dalam youtube orang sebelum ni ada sungai dan sign besar tertulis Sungai Besar latar belakangnya, tapi kat sini tak ada dan di tengah sawah. Tak pe kami singgah dan posing-posing dulu nanti ana cerita kisahnya .. 


pasar jerami ban kenal sungai besar

Tarikan utama port viral ini adalah pada longgokkan jerami ini lah. Rare kan untuk background bergambar. Dan di sebelah jerami tu di tulis d'rasa Jerami, Ban Kenal. Rupanya lokasi pasar jerami telah berpindah ke sini. Ada isu di lokasi sebelum ini bila ana cari info di internet. Mungkin atas faktor keselamatan agaknya. 


pasar jerami ban kenal


Ada disediakan beberapa props untuk korang bergambar di tengah sawah ni, Cantik.. ana suka sangat. Cuma macam ana cerita awal tadi lah, kunjungan ana ke sini pada hari bekerja jadi tak ramai orang dan pasar gerai jualan pun tak ada waktu ini. Cuma ana dapat lah ketenangan melihat sawah padi dan bergambar di props yang di sediakan. Kalau hujung minggu ana tonton dalam youtube, akan ada gerai-gerai menjual pelbagai menu di kawasan sekitar.


Pasar jerami ban kenal sungai besar


pasar jerami ban kenal sungai besar


pasar jerami ban kenal sungai besar


Sambil bergambar tu boleh bawa anak-anak melihat dan menyentuh buah padi di sawah. Tapi tu lah, kalau nak ke Sekinchan, Tanjung Karang atau Sungai Besar ni, kita kena search dahulu sama ada musim padi menguning, menghijau baru lah cantik. Ini kalau silap haribulan maii waktu padi dah di tuai, memang satu pemandangan yang lapang sahaja bekas sawah yang di tuai tak cun sangat kan. 


pasar jerami ban kenal sungai besar


Dah lama ana tak nampak pokok kiambang dan samei dalam air di sawah ni. Sempat ambil gambar dan kenalkan pada anak-anak. Depa mana lah kenal pokok-pokok air macam ni. 


pokok kiambang


pokok kiambang, pokok samei


Jadi kalau korang tak tahu nak pii mana jenjalan nak bercuti-cuti Selangor ni carilah info-info homestay di Tanjung Karang, banyak homestay ada dan tarikan utama adalah panorama sawah padinya. Baru-baru ini ana dapat tahu juga ada ladang kelapa port untuk minum air kelapa juga dah viral di sekitar sini. Lupa pula nak waze singgah. In Shaa Allah lain kali ada rezeki ana share kalau pii naa... 


pasar jerami ban kenal sungai besar

Dalam waktu kita masih di ujiNya dengan pendamik ini, penting untuk kita merancang percutian dan perjalanan, cuba elakkan tempat-tempat sesak dan kalau dah padat sangat tu, ubahlah plan. Kita perlu menjaga keselamatan dan kesihatan diri dan keluarga kita sendiri sebagai ikhtiar dan selebihnya banyak-banyak memohon perlindungan dari Allah swt.. Semoga bermanfaat... 








14 Comments

  1. wahh kampung mertua leyla sini. tapi balik kg pun tak pernah singgah sini. menarik juga ya. boleh brenti lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak dah tarikan menarik kat sini leyla.. seronok dapat balik kg kan :)

      Delete
  2. bestnya kak... udang tu aduhai menggoda, nak ke sana kene hari kerja kalau hujung minggu dengan cuti sekolah memang sesak la kat sana tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dana sekarang ramai kalau hari cuti2 ni :)

      Delete
  3. subhanallah. cantik nya tempat tu. kalau dekat, boleh pi dah. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah ada rezeki nanti sampai tu UN :)

      Delete
  4. Taklah mahal sangat harga nasi goreng udang tu ye Kak Ana, dgn udang besar 4 ekor tu.

    Nak kena plan ni utk teroka Sg Besar ni. Pernah lalu dan singgah sekadarnya saja sebelum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah berbaloi harganya PH, betul plan jalan-jalan dari Kuala Selangor, Sekinchan dan terus ke Sg Besar, banyak tarikan menarik sekarang ni :)

      Delete
  5. D'rasa Jerami tu nampak lagi cantik dari tempat lama. Saya tak singgah ladang tebu ni kali terakhir ke Sekinchan. Rasanya masa tu belum viral.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasar jerami lama tu tepi tali air kan SAL :)

      Delete
  6. cantiknya..kuala selangor tak la jauh mana dengan rumah ni..tapi tu la tak pi lagi skrg sbb rmai nau yg pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena jenjalan hari bekerja AD baru tenang huhu :)

      Delete
  7. Replies
    1. cantik Suhana untuk ber ootd kan :) banyak props di sediakan :)

      Delete