Resepi & cara buat kuih titisan hujan viral
Sejak dua menjak ni viral lah menu kuih titisan hujan di sosial media yang di jual di street food bazar di Ipoh, Perak. Beratur orang ramai untuk membeli dan mencubanya, harga sebekas bukan murah juga sekitar RM8 kalau tak silap kak ana.
Mula-mula ingatkan sempena musim banjir ni, kuih ni jadi viral dan di namakan titisan hujan, rupanya sejanis menu kuih dari negara Jepun yang bernama rain drop jelly atau rain drops cake. Ermm.. gitu kisahnya.
Budak berdua ni bab resepi-resepi viral laju lah nak mencuba sendiri di rumah. Tengok juga cara masak kuih titisan hujan ni di TT tak lah susah mana, bahan pun senang sahaja nak di dapati. Cuma kak ana cari juga kalau ada jual kacang soya tumbuk tu di bakery, tapi tak ada. Nak buat kena pula beli kacang soya, di rendam kemudian sangai dan tumbuk kasar.
Agak remeh dan tak berbaloi untuk mencuba resepi yang sedikit sahaja ni malahan untuk taburan sahaja. Jadi kak ana gantikan dengan kacang goreng yang dah siap goreng kat Speedmart dan tumbuk kasar kering , kan mudah.
Resepi & cara buat kuih titisan hujan viral
Kalau ada yang sedang tercari-cari resepi dan cara buat kuih titisan hujan atau pun rain drops cake ni, meh kak ana kongsikan . Paling mudah korang tonton sahaja video di bawah ni jelas kak ana sharekan secara visual.
Bahan-bahan kuih titisan hujan viral
1/2 paket serbuk agar-agar jernih ( cari yang tulis 'clear' pada bungkusan )
3 sudu gula kastor nak manis buh laa lebih sebab jelly ni tak ada apa-apa perisa
1 liter air ( untuk mendapatkan tekstur lembik gedik-gedik )
1/2 buku gula melaka ( untuk sos )
kacang goreng tumbuk ( untuk taburan )
Cara buat kuih titisan hujan viral
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air dalam periuk dan masak hingga jernih mendidih di atas api perlahan. Ada petua yang mengatakan lagi lama masak lagi jernih jelly korang nanti. Kuantiti air pun kena lebih supaya jelly korang akan lembut tergedik-gedik bila di hidangkan, seolah macam air titisan hujan, gituew..
Angkat tapis dan tuang ke dalam acuan bulat. Kak ana gunakan cawan tu aje yang nampak separuh bulat cantik sikit kan.. Sejukkan seketika dan masukkan dalam peti ais bahagian bawah naa.. Dalam 1 jam In Shaa Allah keras dah nanti..
Untuk sos gula melaka, cairkan sahaja atas api perlahan hingga didih, tapis dan sejukkan juga.
Hidang kan dengan sos gula melaka, taburkan kacang tumbuk dan nikmatinya.
Sedap ke kuih titisan hujan yang viral sangat ni ? Sejujurnya tak rasa apa yang unik pun. Gabungan rasa agar-agar jelly kosong di makan dengan kemanisan gula melaka dan kerangupan kacang, itu sahaja. Agar-agar tradisional seperti agar-agar santan lagi sedap laa pada kak ana yang old school ni.
Tapi tak salah nak mencuba kan menu-menu baharu ni. Selera kita kan tak sama, tak berapa enak pada kak ana mungkin sedap pula pada korang, kita raikan perbezaan dan pasti hidup dalam kedamaian dan ketenangan sentiasa..
13 Comments
Tengah viral sekarang nie kan Ana.. Sue pun teringin nak cuba, tak tau lah nak beli atau nak buat sendiri ja nanti..
ReplyDeleteouhh inilah yg tgh viral ni kan.. 1 bekas rm8
ReplyDeletesana sini ramai yang mencuba resepi ni kan. viral sungguh. saya belum pernah rasa lagi.
ReplyDeleteTertunggu-tunggu juga ada blogger yg buat, sbb nak baca dulu testimoninya hehe... Tq tau Kak Ana.
ReplyDeleteKalau rajin bolehlah buat hihi
sedaplah tu bagi yg minat indah khabar indah rupa
ReplyDeleteMasa di Jepun takut nak makan takut tak halal. Bolehla ajak adik buat. Dia suka benda-benda gini
ReplyDeletedekat tiktok nampak banyak cerita pasal kuih ni... itu jadi viral tapi mahei bebeno rm8 untuk 1 set
ReplyDeletemacam tak rasa nak cuba.
ReplyDeleteKalau dah viral semua orang nak cari
ReplyDeletetu la..tetiba muncul nama baru..atau memang dah ada lama kuih ni?
ReplyDeleteComel je rupa kuihnya
ReplyDeleteDah rasa. Boleh la. Manis sgt pd tekak sy sbb mkn ngn gula melaka tu kan. Jiran adik ipar bg. Dia buat ikut resepi sama mcm resepi kak ana ni.
ReplyDeleteohh.. ni yang rain drop viral tu.. senang rupanya nak buat sendiri.. :) Thanks kak ana share ni.. nanti boleh ain cuba buat.. memang suka jelly ke dadih ke.. makan sejuk2.. aduhhh.. tak cukup satu..! hehehee..
ReplyDelete...