Masa kak ana bersekolah menengah dahulu sekitar tahun 1990-an , kami panggil kedai ni kedai mee celah. Sebabnya, kedai ni kecil sempit sahaja dan duk celah tepi deretan kedai berhadapan menara condong Teluk Intan. Memang legend sebab kedai kecil ni masih bertahan hingga ke hari ini.
Baru-baru ni, adik kak ana pii makan kat kedai ni saja-saja jer bawa adik ipar kak ana. Nak mengimbas kenangan silam katanya. Kedai kecil ni masih beroperasi dan yang membuat kan kedai ni dikenali sangat di kalangan murid-murid sekolah menengah waktu dahulu.
Kedai mee rebus Pak Din Teluk Intan
Apa tidaknya, harga mee rebus kat kedai ni adalah yang paling murah sampai ke hari ini, harga nya masih yang murah cuma RM4.50 sahaja. Pada era kak ana dan rakan sebaya dahulu harga mee rebus di Kedai Pak Din ni cuma RM1.30 untuk mee telur. Maknanya waktu itu bawa RM2 dah cukup dah nak makan mee rebus dan segelas ais sirap. 😊😊
Waktu itu juga tambang bas untuk ke pekan Teluk Intan dari rumah kak ana cuma 50sen sehala, jadi dapat RM3 kami dah boleh pi pekan dan makan huhu. Cuma kak ana jarang lah makan kat sini kerana selalunya pelajar lelaki yang suka lepak makan.
Tempat yang terhad dan kalau depa dah pulun satu group tak boleh dah geng budak perempuan nak masuk. Kami lebih suka lepak makan tepi sungai dapat ais kacang atau pun ABC pun dah cukup dah janji lepas dahaga.
Kedai mee rebus Pak Din ni, kalau makan kena menghadap dinding sebab ia sempit sesangat. Ada sederet meja panjang dan kerusi kayu di sediakan jadi korang hadaplah dinding sambil makan. Nak borak dengan member pun payah.
Tapi itu lah kenangan nya. Kak ana pasti anak jati Teluk Intan yang membesar pada eranya mesti kenal dan tahu kewujudan kedai ini. Ia sederet dengan kedai mee rebus paling popular di Teluk Intan iaitu Mastan Ghani. Kedai Mastan Ghani ni besar lah dia ambil dua lot kedai sekali.
Adik kak ana bagitau mee rebus Pak Din sekarang dah beza dah dari segi rasanya. Mungkin atas faktor peredaran masa dan orang yang masak pun dah bertukar. Boleh lah sekadar nak makan mee rebus sambil mengimbas memori silamnya.
Cuma yang kak ana pasti mee rebus kalau di Teluk Intan ni memang mee rebus yang ada cucur udang dalamnya bukan cucur tepung. Tak kiralah mee rebus kedai Pak Din, mee rebus Bachaa atau pun mee rebus Mastan Ghani . Pasti ada cucur udang garing , tauhu dan bawang goreng serta kuahnya pun pekat sedap.
Payah kak ana dapat rasa mee rebus macam di Teluk Intan ni di sekitar Selangor atau KL. Pernah kak ana makan mee rebus kedai mamak, lain sangat rasa kuahnya, mungkin sebab kak ana di besar kan dengan selera mee rebus yang sedemikan.
Apapun selere kita berbeza, mungkin citarasa dan selera korang tak sama dengan kak ana dan ada mee rebus pilihan korang yang tersendiri. Kita raikan perbezaan naa.. tak perlulah pertahan kan pendapat dan berdebat yang akhirnya membuah kan dosa pergaduhan di dunia maya seperti banyak kejadian di media sosial . Semoga kita semua akan di kumpul kan di kalangan mereka yang beruntung di akhirat nanti.. aamiin....
7 Comments
SEDAP MIREBUS ADA CEKODOK UDANG KAN
ReplyDeleteTerus rasa teringin nak makan Mee Rebus laa pulak.. agak lama tak makannya..
ReplyDeleteSy pun tercari-cari nak makan mee rebus dulu-dulu yg cucur udang tu... mungkin nak kena ke Teluk Intan ni :D
ReplyDeleteLama tak makan mee rebus. Yang kerapnya makan mee bandung.. terus rindu mee rebus di Batu Phat.. alah lama lagi pulak nak balik kampung.
ReplyDeletemee rebus kalau makan sedap bila kuahnya yang sedap,pekat dan likat
ReplyDeleteMemori manis tu untuk dikenang. Yelah kan, rasa dah tak sama.nak buat cmane. Yang memasak orang lain. Teringin pulak nak melihat keunikan kedai sempit ni
ReplyDeletekiteorg panggil 'mee koboi' sbb pintu masuk die mcm bar koboi
ReplyDelete