Resepi & cara lipat Crab Rangoon viral
Sekali lagi anak-anak nak mencuba resepi viral dari Tiktok. Kalau sebelum ini kami try buat Resepi Rain Drop Titisan Hujan , kali ini Crab Rangoon pula. Sedap resepi ni, lemak isi dalam nya dan rangup di luar dengan balutan wantan yang di goreng.
Buat pun senang sangat dan bahan tak banyak. Meh kak ana kongsikan di sini resepi Crab Rangoon yang kak long dan adik buat baru-baru ini. Dan yang agak payah cuma cara nak lipat crab rangoon ni lah, kalau salah teknik tak menjadi dan terbuka bila di goreng. Jadi kak ana akan kongsikan sekali cara melipat atau membungkus crab rangoon ni step by step supaya korang boleh hasilkannya sendiri di rumah.
Resepi crab rangoon viral
Bahan-bahan crab rangoon
- 1 paket Cream Cheese saiz kecil
-1 pek Crabstick
- setangkai daun bawang
- 2 ulas bawang putih
- minyak bijan , kalau tak ada guna minyak masak pun boleh
- garam
- 1 pek kulit wantan
Cara buat crab rangoon
1. Potong bawang putih, daun bawang dan carik-carikkan isi ketam sehingga halus dan potong dadu.
2. Gaulkan bersama cream cheese hingga sebati dan buh secubit garam untuk perasa kannya.
3. Dah siap boleh lah mula melipat atau membungkuskannya ke dalam kulit wantan. Cara melipat kak ana tunjukkan di bawah ni..
7. Dah siap lipat boleh goreng dalam minyak yang panas hingga garing. Pastikan api perlahan dan masak sekejap sahaja kerana ia cepat garing dan hangus nanti.
5 Comments
rangup n sedap mkn panas2 kan
ReplyDeletedana dah cuba kak memang tak mengecewakan
ReplyDeleterangup kerab kerub kerap kerup.. nyum2
ReplyDeleteWaduh sini pun ada gakkk rangoon ni, tadi uma Dana hahahaha.. nak kena cuba gak laa ni.. anak duk sebut jerr bila nak buat huhuhuh..
ReplyDeleteterliur tengok ni. comel-comel kak Ana buat
ReplyDelete