Siapa sini suka makan sambal daging dendeng ? Kak ana antara peminat daging dendeng.. Ngaku betul serius ni! Ada dua jenis dendeng yang kak ana suka sama ada rendang dendeng dan sambal daging dendeng. Kalau bercerita tentang rendang dendeng air tangan sorang bff kak ana nii, cukup sedap . 

Tapi sambal daging dendeng ni jarang dapat yang kena dengan selera kak ana, maklum lah dah meningkat usia ni, pedas sangat tak boleh, berminyak sangat pun dah kena elakkan. Namun apapun kak ana bersyukur sangat masih boleh menikmati makanan dan tak nak banyak merungut. 


Sambal Daging Dendeng Sumatraa


Tapi kan, baru-baru ni, kak ana try lah Sambal Daging Dendeng Sumatraa Food. Mula-mula rasa sikit je ambil sekeping, takut pedas la katakan. Bila dah makan macam tu jer.. Masyaa Allah sedap korang. Tidaklah  pedas berbahang , secukup rasa jer pedasnya. 


Sambal daging dendeng Sumatraa 


Habis tu apa lagi naik selesai sepiring kak ana ratah macam tu jer. Ianya secukup rasa, cukup ngam-ngam jer rasa pedas, ia lah dah nama sambal tak kan tak pedas langsung pulakkan, tapi ia pedas yang tak menyeksalah pada selera kak ana. Yang penting tak ada biji cili bertabur dalam sambal, hat tu paling kak ana berkenan dengan produk Sambal Daging Dendeng Sumatraa nii.. Alhamdulillah.. korang zoom sendiri foto bawah ni.. 


sambal daging dendeng Sumatraa


Orang sekarang ni memang suka pedas-pedas , dah trending kan menu pedas-pedas tapi pada kak ana pedas Sambal Daging Dendeng Sumatraa  ni secukup rasa, just nice kata mat salleh, gituew!!

Itu satu bab, satu lagi kenapa kak ana nak share dengan korang Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni, ialah rasa daging segarnya tu. Lembut boleh tarik macam tu jerr dan kunyah makan dengan nasi atau pun roti. Ni kalau dapat lemang pun heaven juga ni. 

Adoi mana nak cari lemang time gini, ada kak ana simpan satu pek lagi huhu..Tunggu nak cari lemang pasar tani 😃😃. Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni juga cukup perapan resepinya pada setiap keping daging yang kita makan. Haa! Itu review seikhlas hati dari kak ana mengenai citarasa Sambal Daging Dendeng Sumatraa nii. 


Kenapa korang harus membeli Sambal Daging Dendeng Sumatraa ?


sambal daging dendeng Sumatraa


Ada beberapa sebab kenapa kak ana dan korang akan menyukai Sambal Daging Dendeng Sumatraa nii, dan kak ana pasti korang pun akan setuju dengan idea-idea nii .

Pertama nya mestilah sebab kak ana suka dan berkenan pada rasa enak Sambal Daging Dendeng Sumatraa , kalau korang tak percaya try sendiri nanti kak ana berikan pautan untuk pembelian naa..

Pada selera kak ana cukup rasa resepi  Sambal Daging Dendeng Sumatraa tak terlalu pedas dan tidak terlampau berminyak sampai boleh buat kuah. Sambalnya kering dan daging yang lembut masih terasa ramuan perapan pada isi sambal daging. Dan memang ada kepingan daging dalam pek ni sekeping-sekeping.  Alhamdulillah.. 


sambal daging dendeng Sumatraa


Yang kedua, ianya datang dalam pek ready-to-eat. Ini paling favourite kak ana lah dan korang semua pun mesti sama laa kan. Kita semua tahu nak sediakan juadah sambal daging dendeng ni bukan lah proses yang mudah. 

Bayang kan nak masak sambak daging dendeng ni, mula-mula rebus sekian lama nak bagi empuk, pastu potong nipis-nipis, lepas tu tumbuk pula adoi ni paling seksa, tak habis lagi goreng pula dan kemudian sambal kan pula. Kak ana surrender laa dan sejujurnya tak pernah pun nak try buat. 

Bila adanya produk yang sedap dan ready-to-eat  Sambal Daging Dendeng Sumatraa , syukur sangat, beli siap-siap simpan di rumah. Bila teringin keluarkan sahaja dari pek dan hidang kan bersama nasi putih sebagai juadah yang membuka selera sekeluarga. 


sambal daging dendeng Sumatraa


Pek  Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni boleh di simpan pada suhu bilik sahaja tanpa perlu masukkan dalam peti sejuk. Kak ana buh  dalam kabinet pantri dapur, senang , bila nak teringin nak makan keluarkan dari pek dan nikmatinya. 

Sambal Daging Dendeng Sumatraa boleh tahan simpan untuk tempoh satu tahun, jadi ia sesuailah untuk yang nak travel ke luar negara, bercuti atau pun stok anak-anak di asrama. Bila teringin nak makan sambal daging dendeng, boleh sahaja nikmatinya bila-bila masa dan di mana jua. Tak perlu nak panaskan bagai, keluar pek dan Bismilah..Bawa piknik dan camping pun sesuai kan.. 

Dan yang lebih menjadi pilihan kak ana ianya Halalan Toyibban , Alhamdulillah produk muslim. Bagi korang yang bercadang nak buat sumbangan makanan untuk food bank amatlah sesuai di jadikan salah satu produk untuk di sedekah pada mereka yang memerlukan. Kita kalau nak beramal wajib memberikan produk yang sedap dan baik, semoga ia diberkatiNya , Aamiin. 


sambal daging dendeng Sumatraa


Jadi apa tunggu lagi, berminat nak dapatkannya untuk menu makan sendiri bersama keluarga, lagipun dah nak menjelang Ramadan Kareem ni sangat lah sesuai untuk juadah sahur sebab macam kak ana cerita awal tadi, ia tak terlalu pedas dan berminyak sesuai untuk makan sahur di awal pagi. Nak-nak lagi geng bujang yang malas nak keluar sahur tu, beli siap-siap buat stok sebab ia kan ready-to-eat. 

Pada korang yang ingin menjana pendapatan sebagai agen pun amatlah di galakkan untuk menyertai team Sumatraa Food ini. Klik sahaja ke pautan yang kak ana berikan di bawah dan korang buatlah pilihan untuk pembelian, pertanyaan mahupun sebagai agen mereka.. 


Untuk pembelian di SHOPEE 🠊🠊https://shopee.com.my/makanbestt

Penghantaran menggunakan kurier J&T, Ninjavan atau Poslaju, Tempoh penghantaran antara 1 ke 3 hari bekerja mengikut lokasi penghantaran.

Sambal Daging Dendeng Sumatraa

Untuk pembelian online secara terus dan tawaran harga promosi serta sebarang pertanyaan 

korang boleh sahaja 

ke laman web di 🠊🠊 www.sumatraafood.com.my/




Atau hubungi Customer Servis setiap hari bekerja 10 pagi - 5 petang di nombor: 

Call / WhatApps :

 +603 6243 9202 (Office) / +6012 912 5825 (Syaifullah )

Jangan lupa ikuti Sambal Daging Dendeng Sumatraa di 

FB :sumatraa food hq

Instagram : @sumatraafoodhq

Linktree : linktr.ee/fareastsambal



5 Comments

  1. Nampak sedap tu Kak Ana...SA memang suka daging dendeng...boleh la cuba ni

    ReplyDelete
  2. TENGOK PIC PUN TERLIUR SUDAH MESTI SEDAP TU

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak daging dendeng. Saya tak pasti sama ada pernah rasa ke tak daging dendeng nih. Macam tak pernah, teringin pula nak try. TQ for sharing kak..

    ReplyDelete