Selangor Fruits Valley - Makan angin di ladang buah-buahan dan petting zoo
Tak planned langsung nak ke sini sebenarnya. Cuti hari raya Cina hari kedua, Adik Ika ajak ayahnya sarapan pagi Roti Leleh Batu Arang . Lepas sarapan pusing-pusing pekan kecil Batu Arang konon nak cari lah monumen atau bangunan bersejarah sana, tak jumpa pun 😃
Kak ana cadang nak ke pantai Jeram kejap, kut kut laa pagi tak ramai orang kan.. Cadangan di tolak sebab suami kata malas nak ke sana. Suami terus je drive dan sampai kat simpang Bandar Tasik Puteri tu kak ana ajak tengok dekat ke jauh Selangor Fruits Valley dari situ.
Kami pun ambil belok kiri menuju ke Bestari Jaya yang dahulunya di kenali dengan nama Batang Berjuntai. Jarang kami lalu jalan ni sebab ianya berbukit dan berselekoh banyak. Ala-ala naik Cameron Highlands gitu, monyet pun banyak melepak tepi-tepi jalan.
Selangor Fruits Valley
Dalam 10 km lebih juga lah dari kediaman kami untuk ke Selangor Fruits Valley ni. Dah berpuluh tahun tinggal di Rawang ni laa baru diizinkanNya sampai ke sini walaupun tak lah begitu jauh. Kami sampai dalam pukul 11 pagi , dah ada orang ramai juga menunggu giliran untuk menaiki tram.
Harga tiket masuk Selangor Fruits Valley
Suami kata dah alang-alang sampai , jom lah kita masuk. Kak ana dan Kak Long beli tiket di kaunter. RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk harga tiket kanak-kanak. Pada resit tu , cashier akan tulis nombor , macam kami berempat resit no 50. Nanti bila sampai tram, pekerjanya akan panggil naik tram ikut giliran nombor pada resit, jangan buang resit naa.
Maknanya tak yah lah nak beratur tunggu tram, kita akan naik ikut giliran nombor tu, lepak-lepak je. Dan jangan lupa , di sebelah luar kaunter tu ada gerai yang meletakkan buah potong dan air secara PERCUMA untuk pemegang tiket. Ambil lah satu pek buah potong dan satu gelas air secara percuma ikut bilangan tiket yang kita beli, 1 pek untuk 1 tiket, jangan ambil lebih naa.. dosa tu 😊😊
Tak lama pun menunggu, dalam 15 minit, lepas 2 tram sampailah giliran kami. Naik tram dan di bawa masuk ke kawasan Selangor Fruits Valley yang luas ni. Seronok pengalaman naik tram , kami pula dapat seat segerabak berempat beranak di bahagian paling belakang, luas mata memandang..
Sepanjang perjalanan kita di Selangor Fruits Valley ni, kita akan berhenti di beberapa pit stop atau stesen. Kita di berikan beberapa minit masa untuk explore dan akan naik semula tram untuk ke stesen seterusnya. Tapi depa tukar tram naa, pastikan korang tak tertinggal barang-barang dalam tram jenuh laa nak cari nanti. Hati-hati kay.. nii kak ana pesan nii..
Sedikit tips dari kak ana yang dah sampai ke Selangor Fruits Valley ni, kalau nak datang sebaiknya pada awal pagi dah sampai sini sebab nanti orang ramai dan kat sini memang panas di tengahari. Bawalah air minuman spare siap-siap kalau haus tapi korang boleh juga beli air di stesen pertama hentian tadi sebab lepas stesen pertama tu tak ada jual air dah hinggalah ke hentian terakhir di rumah kampung ada air kelapa muda.
Untuk warga emas kalau tak mampu nak naik tram tu agak sukar jugalah apatah lagi yang menggunakan kerusi roda. Mulanya kak ana cadang nak bawa mak ke sini tapi fikirkan trip dan tram tu macam tak sesuai pula rasanya. Tapi kita tak perlu berjalan kaki jauh, semua disekitar hentian sahaja selebihnya kita akan di bawa dengan tram.
Semoga perkongsian ini ada manfaatnnya bagi yang tercari-cari info untuk ke Selangor Fruits Valley ini. Lupa lak, faktor cuaca pun penting juga kalau dah petang atau musim hujan risau juga akan kebasahan dan tidak dapat melakukan aktiviti. Waktu lawatan sehingga pukul 4 petang sahaja. Rancang perjalanan naa dan semoga dipermudahkanNya juga.. aamiin
4 Comments
Menarik betul tempatnya ni AJ. Teringin nak datang ke sini kalau ada rezeki cuti balik kampung.
ReplyDeleteLuasnya kawasan fruits valley patutlah disediakan tram
ReplyDeletewah bagus ni... bole ajak budak2 gi sini weekend nanti... tq kak ana!!
ReplyDeletewah..menarik. thanks for sharing. sayangnya tak sesuai untuk warga emas ye. nampaknya diri sendiri kena pergi sebelum jadi warga emas. hehe
ReplyDelete