Sedar tak sedar begitu hampir dengan bulan yang penuh keberkatanNya, Ramadan Kareem. Dua tahun Ramadan yang lalu pengisiannya berbeza sekali bila dunia di uji pendamik. Cumanya waktu itu kita dapat fokus pada amal ibadah di rumah bersama keluarga, Alhamdulillah.. Dari sahur hingga lah terawih , kita lakukan bersama di rumah dalam suasana yang berbeza dari sebelumnya.

In Shaa Allah tahun ini, Ramadan 1443H bersamaan 2022, bagaikan ada sinar menanti. Ramadan kali ini sedikit sebanyak kembali kepada fitrahnya. Semoga kali ini, kita sama-sama akan memenuhi surau dan masjid tanpa penjarakan saf, sama-sama menikmati kemeriahan iftar bersama keluarga dan rakan-rakan. 


bufet ramadan 2022 Seri Pacific Hotel KL


Bila bercerita bab iftar ni, pastilah yang di rindui selain dari bebuka bersama keluarga di kampung halaman, adalah suasana iftar di bufet Ramadan. Ini yang kak ana nak kongsikan dengan pembaca, baru-baru ini, kak ana menerima jemputan untuk prebiu bufet di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Apa yang best yang di janjikan oleh Seri Pacific Hotel, KL ni.. Jom kita tengok :) 


Bufet Ramadan 2022 Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2022 Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur


Bulan Ramadan yang mulia bakal menjelang dan ia amat sesuai untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan lebih dekat lagi selepas 2 tahun kita menyambut ramadan di kala berhadapan dengan pendamik covid-19.  Tahun ini Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur kembali menyajikan hidangan bufet Ramadan 2022 dengan tema " Citarasa Zaman Berzaman " di Zende Restaurant. 


Bufet Ramadan Citarasa Zaman Berzaman dri Seri Pacific Hotel, KL


Bufet Citarasa Zaman Berzaman menawarkan pelbagai jenis menu dengan menampilkan lebih 300 jenis makanan yang berbeza setiap hari yang di sediakan oleh Chef Hj Mohd Saad bin Othman dan pasukannya. Masakan kampung seperti Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas, Ikan Merah Panggang ala Portugis, Rendang Udang Harimau Daun Kunyit, Perut Lembu masak Lemak Rebung adalah beberapa hidangan Melayu Tradisional " mesti cuba " dari Seru Pacific Hotel Kuala Lumpur. 




Hidangan lain yang turut menjadi kegemaran adalah Kambing Panggang yang turut menjadi salah satu tarikan ramai zaman berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur termasuk " Sup Gear Box Power, Sup Ekor Bakar, Kari Kepala Ikan dan Satay. 


Bufet Ramadan Citarasa Zaman Berzaman dri Seri Pacific Hotel, KL



Bagi mereka yang menitik beratkan soal pemakanan dan diet seimbang, bolehlah memilih Ulam-ulaman Kampung sebagai hidangan sampingan. 




Pelbagai pencuci mulut untuk di pilih seperti bubur Pengat Pisang, Pulut dan Serawa Durian, Ais Batu Campur ( ABC ) , Kuih-muih Melayu dan juga pelbagai jenis minuman. 





Persembahan secara langsung oleh kumpulan " Orkes Sri Johor ' akan menghiburkan korang sekeluarga dengan alunan ghazal dan tradisional pada setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan puasa di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. 




Surau juga di sediakan bagi membolehkan pengunjung untuk beribadah tanpa meninggalkan hotel juga kaunter pembayaran zakat di sediakan bagi memudahkan pengunjung untuk melangsaikan tanggungjawab membayar zakaat sepanjang bulan Ramadan.




Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur juga mengalu-alukan sektor awam dan swasta untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa mereka samada untuk kakitangan , pelanggan atau media mahupun majlis tanggungjawab sosial korporat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur kerana terdapat pelbagai pakej yang di tawarkan. 

Harga Bufet Citarasa Zaman Berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur





Bufet Citarasa Zaman Berzaman bermula dari 4 April hingga 1 Mei 2022, dari jam 6:30 petang hingga 10:30 malam. Harga pembelian awal adalah RM120 bersih seorang, RM60 untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas manakala harga biasa adalah RM150 bersih seorang. Setiap pembelian awal sebanyak 10 baucer akan mendapat percuma 1 baucer, Bufet Ramadan akan berlangsung di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur





Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur 

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur terletak di pusat perniagaan utama di ibu kota bertentangan dengan pusat membeli belah terkenal Sunway Putra Mall. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur adalah hotel bertaraf 5-bintang yang mengetengahkan kehebatan budaya hospitaliti Malaysia. Di samping itu, hotel ini memaparkan kemewahan dan keselesaan cara hidup moden. 




Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur di kelilingi infrastruktur yang moden dan canggih. Ia berdekatan dengan kemudahan LRT di Stesyen WTC dan KTM Komuter di Stesyen Putra. 




Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi +603-4042 5555 atau layari www.seripacifichotel.com ...




Kesemua menu yang kak ana cuba sendiri di atas ni, sedap-sedap dan sangat kena dengan selera kak ana dan suami. Paling win oyster bakar ni laa sampai 5 keping kak ana sorang sahaja yang makan. Berselera juga makan nasi dengan gulai rebung, kerabu mangga, sambal petai dan rendang udang harimau. 

Sambung pula dengan sup gear box cicah roti dan penutup dengan kuih muih dan dessert pilihan dan teh tarik. 





Untuk lebih info dan promosi jangan lupa singgah ke mana-mana platform media sosial di : 

Facebook : Seripacificofficial
Instagram : Seripacifichotelkl
Tiktok : Seripacificofficial
Youtube : Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. 


4 Comments

  1. Banyak juga pilihan makanan kat sini ya Ana. Sue suka tiram dengan kambing bakar.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Kecur tengok sup ekor tu Kak Ana...
    Alhamdulillah sambutan Ramadhan nampaknya kembali meriah, peluang utk meraih pahala & pendapatan juga selepas 2 tahun penuh ujian.

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa...pasti tahun ni meriah orang ramai dpt makan bufet Ramadan kan

    ReplyDelete