Sebenarnya tak banyak yang pernah kak ana jumpa bunga-bungaan ciptaan Allah swt yang berwarna biru. Agak ekzotik pada pandangan bila adanya bunga-bunga berwarna biru di laman. Pernah kak ana lihat bunga kekwa berwarna biru rupanya ia bukanlah asli sebaliknya di celup pewarna. Begitu juga bunga ros, rasanya tak pernah kak ana lihat di depan mata bunga ros berwarna biru.

Hari ini kak ana nak berkongsi 3 jenis bunga yang ada di laman rumah dan juga di kampung yang berwarna biru. Ianya pokok bunga ceraka atau plumbago, bunga telang di belakang rumah dan juga bunga kangkung di laman rumah arwah tok di kampung kak ana, Teluk Intan. Cantik dan sangat unik.


bunga ceraka biru

Bunga ceraka biru / plumbago 


Benih pokok ni kak ana warisi dari arwah opah di kampung dahulu. Pernah mati benih dan kak ana beli semula di nurseri Sungai Buloh. Dan yang terbaharu ni kak ana ambil benih dari laman wancu di Teluk Intan. Kecil sangat anak pokok ni dan alhamdulillah sekarang ia cepat membesar dan merimbun kuntuman bunga yang kecil-kecil berwarna biru membentuk kuntuman besar setangkai.

Pokok ceraka yang pernah kak ana jumpa setakad ini ada dua warna sahaja sama ada biru dan satu lagi berwarna putih. Ceraka putih kak ana belum dapat benihnya dan ada di rumah kakak sepupu di kampung. Kat sana kak ana lihat memang cantik. 

Penjagaannya mudah, perlu kan sinaran cahaya matahari direct untuk banyak berbunga dan siraman sehari sekali dah memadai. Cantas dahan-dahan kecilnya selepas habis berbunga dan In Shaa Allah.. ia akan kembali mengeluarkan sulur bunga baharu. 



bunga telang


Bunga telang nasi kerabu 

Satu lagi pokok bunga berwarna biru yang ada di kebun belakang rumah kak ana pula ni ialah bunga telang. Kak ana tanam dari semaian biji benihnya sahaja, senang sangat nak hidup dan ia jenis memanjat. Kena tanam jauh dari pokok-pokok lain kerana bila ia dapat merayap habis pokok di salutinya dengan salurpaut dan berbunga biru putih.

Bunga telang di jadikan pewarna semulajadi dalam menu masakan melayu dan nyonya khasnya. Warna biru nya akan keluar bila direndam dalam air panas atau suam. Cantik sangat. Kak ana pernah jadikannya pewarna nasi kerabu dan juga di jadikan minuman laici . Resepi nya di Air laici bunga telang



bunga kangkung biru

Bunga kangkung biru / morning glory


Bunga kangkung biru atau ada orang panggil bunga pukul 10 dan ada juga yang di kenali dengan nama morning glory. Banyak merimbun di para di hadapan rumah wancu kak ana di kampung. Jenis menjalar dan kalau dapat berbunga ia jadi meriah berwarna biru. Hat ni memang biru bukan ungu kerana ada yang berwarna ungu, pink dan putih.

Di tanam dari keratan batang kalau tak silap kak ana dan mudah hidup serta perlukan cahaya matahari direct. Cantik kalau di jaidkan pagar atau berpara di halaman. Kak ana tak ambil pun benih ni kerana halaman rumah tidak punyai ruang untuk ia menjalar, nanti tak pasal masuk rumah jiran pula kan.. 

Ada beberapa lagi pokok bunga berwarna biru yang pernah kak ana jumpa cuma tidak ada di laman kak ana atau di kampung seperti bunga hydrangea , bunga seperti ros jepun tetapi berwarna biru dan batang keras tidak sama seperti ros jepun, sayang nya kak ana tak dapat jumpa nama pokok bunga tersebut. 

In Shaa Allah jika kak ana terjumpa bunga-bunga berwarna biru kak ana akan kongsikannya di sini. Rasanya kebanyakan pokok bunga berwarna biru ini adalah dari luar negara di iklim yang sejuk sederhana berbanding di Asia. 

Apapun setiap satu ciptaan Tuhan adalah amat indah dan Maha Sempurna. Jika di dunia ini kita sudah terpegun dan ghairah dengan keindahan bunga-bungaan apatah lagi di syurgaNya kelak. Semoga kita sama-sama mencari redha Allah swt dalam setiap perkataan dan perbuatan dan menjadi penghuni di syurgaNya yang abadi.. aamiin

4 Comments

  1. Plumngo ni kak ada 3 color. Biru tua, biru muda dan putih

    ReplyDelete
  2. Bunga-bunga color biru memang jarang-jarang dapat tengok.
    Memang cantik color biru sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  3. Memang cantik.. skrg hanya ada bunga telang di rumah. Hari2 berbunga

    ReplyDelete
  4. warna bunga ceraka tu cantik...biru yang ala-ala baby blue

    ReplyDelete