Dua tahun dunia persekolahan anak-anak bagaikan kacau bilau dan berubah dengan drastik akibat ujian pendamik yang melanda dunia. Negara kita tidak terkecuali dengan ujian berat ini yang pada kak ana bagaikan ketidak normalnya perjalanan pelajaran anak-anak dari peringkat tadika hinggalah ke peringkat universiti. 

Pengenalan kepada PDPR , giliran hadir ke sekolah, kuarantin dan sebagainya menjadikan dunia pendidikan anak-anak sudah kucar kacir. Namun itu lah realiti normal baharu yang In Shaa Allah dengan status endamik mulai 1hb April 2022 nanti akan memberikan perubahan yang lebih baik hendaknya, Aamiin.

Berkisar pada kisah pembelajaran anak-anak, hari ini kak ana nak berkongsi sedikit info mengenai SAPS iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah oleh KPM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang memudahkan urusan kemasukan data pemarkahan oleh guru dan pihak sekolah serta mudah pula di capai oleh ibuabapa untuk menyemak  prestasi anak mereka dalam peperiksaan bagi setiap semesta secara dalam talian sahaja. 

Berbeza dengan zaman persekolahan kak ana sekitar tahun 1990-an dahulu, di mana ramai murid tidak menyampaikan keputusan peperiksaan atau dahulunya di panggil 'report card' kepada ibubapa apabila keputusan yang tidak memberangsangkan. Takut dimarahi jadi akhirnya , anak-anak memilih untuk mendiamkan jemputan guru untuk ibubapa ke sekolah dan pandai-pandai tandatangan sendiri kad laporan. 

Itu dahulu, namun kini anak-anak tidak boleh lagi melakukan perkara yang sebegitu sejak adanya satu Sistem Semakan Online untuk ibu bapa mengetahui setiap keputusan peperiksaan anak-anak. Ini lah yang di namakan SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang di bangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) .



Apakah fungsi SAPS (Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah )


Sebagai ibu bapa perlu peka dan prihatin akan setiap penambahbaikan yang di lakukan oleh Kementerian Pendidikan supaya semua maklumat penting yang ingin di sampaikan, terus sampai ke pengetahuan kita ibubapa. Sekali lagi, jadilah ibubapa yang peka dengan perkembangan prestasi anak-anak kita atau dalam kata lain, ambil berat supaya kita sama-sama dapat memperbaiki setiap kekurangan yang ada dalam pendidikan anak-anak, In Shaa Allah.

Salah satu sistem yang perlu di ambil tahu oleh para ibubapa dalam mempastikan ketelusan pendidikan anak-anak ialah SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Ya, pastikan kita sebagai ibubapa tahu akan kewujudan SAPS ini dengan jelas.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN, PPD.

Semakan keputusan peperiksaan online hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 serta pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Segala keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM. Peperiksaan sekolah termasuk Ujian 1 dan 2, Peperiksaan pertengahan tahun, Peperiksaan akhir tahun dan Peperiksaan percubaan. 

Ibubapa hanya perlu SAPS Login dan tersedia semua rekod pencapaian anak-anak untuk semakan secara online yang memudahkan pencapaian. Semoga ia sedikit sebanyak memberikan laporan pembelajaran yang telus dan terus kepada ibubapa dalam kita melayari kehidupan di dalam dunia baharu dengan norma yang kini menjadi sebahagian dari kehidupan kita semua. Walaubagaimana pun SAPS ini telah pun lama beroperasi sebelum dunia pendamik lagi dan semoga info ini sampai kepada mereka yang memerlukannya.. semoga bermanfaat. 

3 Comments

  1. Betul tu kak Ana...pembelajaran anak- anak terjejas sebab PDPR...anak SA pun terkesan teruk...sekarang dah half way SPM...harap- harap dia boleh buat dan SA cakap..try your best...apa aje keputusan SPM awak...kita terima...

    ReplyDelete
  2. harap2 ada sinar baru utk sistem pendidikan bagi tahun 2022 ni. letih dah berPDPR ni.
    In fact anak bongsu ammi yang sejak awal masuk tadika tahun 2020 dah mula dengan online classes...bila kena pergi sekolah secara fizikal sehari dua dia ok lepas tu dia kata nak kelas online...ehhhh risau ammi dia ni

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH CALON PEPERIKSAAN DAN IBU BAPA MENGETAHUI KEPUTUSAN DGN LEBIH CPT N LENGKAP

    ReplyDelete