Banyak kali juga kak ana dengar jenama aiskrim Mokti's ni jadi sebutan. Belum pernah merasa nya lagi sebab area kediaman kak ana ni tak ada pula outletnya. Pernah terbaca posting sahabat blogger kak ana, Aisya pun ada buka sebuah outlet di Melaka, ajak kak ana singgah kalau ke Melaka katanya. 

Lama kak ana mengenali Aisya yang dahulu merupakan penuntut di German kalau tak silap sewaktu kami sama-samadi bawah sebuah komuniti blogger. Tahniah Aisya dah kembali ke tanahair dan berjaya dalam bisnes.

Berbalik pada kisah aiskrim Mokti's ni, suami kak ana yang beriya sangat nak rasa. Sebelum ni kak ana pernah review sebuah kafe aiskrim gula apong juga di Damansara, sebuah cafe yang sangat estatik dekorasinya iaitu cafe Oh Apong


aiskrim mokti's


Aiskrim Mokti's

Dari pembacaan kak ana di internet, aiskrim gula apong ni sangat terkenal sekian lama di Sarawak sana. Padanlah kedua-dua cafe menjual aiskrim gula apong ni berkisar tentang pengalaman mereka menikmati aiskrim gula apong di Sarawak dan membawa resepi ni ke sini.

Sama seperti cafe Oh Apong, rangkaian cafe aiskrim Mokti juga pengasasnya adalah seorang muslimah iaitu puan  Siti Fatimah Adnan . Tahniah puan Siti Fatimah kerana Mokti's telah pun mempunyai lebih 80 outlet diserata tanahair.


AsikrimMokti's Bukit Sentosa


Dan outlet yang kak ana sekeluarga kunjungi baru-baru ini adalah di Bukit Sentosa. Kebetulan berada kat kawasan Bukit Sentosa kerana menghantar pulang kawan Adik Ika ke rumahnya. Kami waze dan cafe Mokti's Bukit Sentosa ni tak jauh dari lokasi.

Sedap ke aiskrim Mokti's ni ?

Mungkin.. kak ana tak pasti ketika kami berada di cafe Mokti's Bukit Sentosa ni,signature aiskrim Mokti's tak ada pula nak try, habis atau kenapa tak tahu lah. Jadi kami try yang aiskrim saiz M sahaja. Secara umumnya, harga asikrim Mokti's nii tidak lah mahal dan murah-murah sahaja berbanding jenama lain. 

Kalau dari segi rasa, aiskrim Mokti's tak kurang hebatnya. Berpadanan lah dengan harga . Cuma tak banyak pilihan topping. Rasa aiskrim nya masih okay pada kak ana. Tak boleh lah nak compare dengan aiskrim premium yang pernah kak ana rasa, pasti ada beza.

Tapi aiskrim Mokti's ni ada citarasanya yang tersendiri.Mungkin kalau kak ana berpeluang mencuba signature aiskrim nya lebih mewah dengan adunan topping dan add on barangkali kan. Dari segi rasa kak ana boleh bagi rating 7:10 . 

Cuma cafe di Bukit Sentosa ni kalau upgrade sikit dekorasi interiornya lagi cun.. Apapun all the best buat Mokti's Aiskrim dan semoga terus sukses. Aamiin.. In Shaa Allah

Harga dan menu aiskrim Mokti's 


menu , harga aiskrim mokti's
kredit foto FB Mokti's 

Kak ana pun tak ingat sangat perisa aiskrim Mokti's mana yang kami order petang tu. Tapi yang dalam cup medium tu lah dengan pilihan topping seperti rice coklat, corn flakes, nestum serta kacang tanah. Harga untuk Mokti's saiz M ni cuma RM4 sahaja. Murah sangat , kan.. 

Ada 3 pilihan aiskrim yang kami makan iaitu Apong Asli, Pandan dan Honeybee. Dan di cafe ini juga ada menjual pelbagai jenis askrim Mokti's di dalam fridge dari jenis ready to eat. Nampak macam aiskrim batang pun ada dalam peti sejuk depa. Rugi pula tak beli dan try hari tu. In Shaa Allah, ada rezeki kami singah lagi di mana-mana cawangan Mokti's dan cuba pula variasi aiskrim yang lain. 




Kak ana doakan semoga aiskrim Mokti's akan terus berkembang dan sukses dalam perniagaaan dan mampu bersaing dengan jenama aiskrim cafe yang telah pun ternama. Sedikit idea dari cafe dan food hunter macam kak ana nii, mungkin Mokti's boleh menambahbaik dekorasi interior outlet supaya lebih instagrammable dan menarik untuk lepak sambil makan aiskrim. 😊😊




7 Comments

  1. mujur la aiskrim ni tengok waktu pagi, kalau tengok waktu tengahari habisla lapar terus

    ReplyDelete
  2. Malunya orang bukit sentosa tak sampai lagi mokti ni.. tak jauh dah dari rumah haha.. dari sebelum ada outlet kat sini lagi nak cuba sampai la ke sudah tak pergi lagi haha. Nnti nak ajak yop cuba..

    ReplyDelete
  3. BOLEH CUBA AISKRIM JENAMA BARU

    ReplyDelete
  4. Di Melaka pun ada juga ya?
    Nanti tengok-tengok di mana.

    ReplyDelete
  5. Sy belum berkesempatan mencubanya..
    Di Sri Gombak ni pun ada kedainya.
    Selamat berpuasa buat Kak Ana sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. tak pernah dengar lagi pasal aiskrim ni tapi menu dia nampak menarik. syok la kak ana sebab dekat je dengan mokti, boleh makan selalu

    ReplyDelete
  7. Kat Temerloh pun dah buka antara port aiskrim murah kalau naka makan masa panas2. sedap lagi dengan topping nestum hehe

    ReplyDelete