Hari-hari kak ana tengok IG post Khairul Aming sepanjang seminggu dah Ramadan Mubarak 2022 ni. Setiap resepi tu pasti terliur nak cuba, kan. Semuanya nampak simple, bahan murah dan senang nak beli. Cuma kali ni resepi Ayam Mangga Thai ni cukup menggoda sanubari kak ana. Terus keesokkannya nak cuba buat sendiri di rumah.

Balik dari ambil Adik Ika dari Shah Alam, terus kak ana singgah kedai runcit dan pasaraya beli sos plum, ayam dan sebiji mangga. Tak dapat mangga muda mengkal, tapi dapat yang masak cuma tak terlalu ranum, sedang-sedang sahaja. Beli sebiji sahaja pun, jadilah..


resepi ayam mangga thai khairul aming


Ayam Mangga Thai resepi Khairul Aming


Bahan-bahan Ayam Mangga Thai resepi Khairul Aming

4 sudu sos plum 
6 sudu sos cili thai
2 sudu madu ( kak ana tak buh pun tak nak manis sangat ) 
garam
2 biji cili merah 
1/2 biji bawang merah
2 biji limau kasturi
daun ketumbar
300g dada ayam 
garam
lada hitam
tepung beras/tepung jagung/tepung bestari

Cara masak Ayam Mangga Thai resepi Khairul Aming



Ayam Mangga Thai resepi Khairul Aming


Langkah pertama kak ana sediakan ayam goreng nya terlebih dahulu. Gaulkan isi ayam yang telah di potong kecil-kecil bersama garam, lada hitam, tepung beras dan tepung jagung. Kak ana tidak menggunakan tepung bestari. 

Goreng dalam api perlahan sehingga garing dan tos. Ketepikan ayam goreng kita.

Langkah kedua sediakan sos mangga Thai. Hiris nipis bawang merah, dadukan cili merah. Satukan sos plum , sos cili thai dan madu kalau korang suka. Masukkan 1 sudu air jika terlalu pekat. Taburkan hirisan daun ketumbar dan perahan jus limau kasturi. Rasakan dengan garam.

Langkah ketiga, hiriskan mangga hirisan panjang-panjang. 

Langkah ke empat, untuk hidangan, pastikan bila nak makan baharulah satu kan sos plum, mangga dan ayam goreng untuk mendapatkan kunyahan ayam yang masih rangup dan garing. Jika kita campurkan awal-awal ia akan rasa lembik dan tak syok sangat nak makan. Ini petua dan tips dari Khairul Aming dan kak ana ikut kan sahaja, memang sedap. 

Ada rasa masam manis pada sos Thai tu dan kerangupan ayam goreng tepung bersatu. Sesuai untuk meratah dan makan dengan nasi dan tomyam pun sedap bak kata Khairul Aming dalam video nya. Selamat mencuba.. 




3 Comments