Sekali lagi di hantui resepi 30 hari Khairul Aming, kali ini kerang rebus ala Thai. Erm.. lama dah mengidam nak makan kerang rebus. Di kediaman kak ana ni jarang nak jumpa kerang saiz besar montel-montel yang segar. Kalau ada pun selalunya yang halus-halus. 

Tak macam di kampung halaman kak ana di Teluk Intan, kalau pii pasar dapatlah kerang hidup ternganga-nganga lagi dalam bekas buluh keranjang. Sekarang ni kerang harga pun makin mahal, masih kak ana ingat lagi kalau dahulu sekitar tahun 1990-2000 masih boleh dapat harga bawah RM5 sekilo. Laa nii baru kak ana beli RM15 sekilo dah. 


resepi kerang rebus Thai khairul aming


Disebab kan Kak Long teringin nak makan kerang rebus Thai, Khairul Aming , kak ana beli lah setengah kilo kerang di kedai Acheh kat taman ni. Rezeki pagi tu dapat yang sederhana saiznya dan masih hidup-hidup lagi. Maka terhasillah kerang rebus Thai resepi Khairul Aming untuk juadah buka puasa kami sekeluarga. 

Tips & cara rebus kerang elok masak sempurna 

Mula-mula kak ana nak kongsikan dengan korang cara nak rebus kerang biar masak elok cantik dan mudah nak kupas kulit kerang. Ada kala kita rebus kerang dia jadi terlalu masak sampai kecut dan ada kala ia belum masak sempurna dan masih berdarah. 

Dari video IG Khairul Aming ni juga kak ana belajar cara rebus kerang yang cantik masak nya dan senang nak kupas kulit kerang. Caranya ialah didih kan air sehingga mendidih, kemudian masukkan kerang yang telah di basuh bersih . Rebus selama 1 minit 30 saat sahaja. Jangan lebih jangan kurang dari itu. Kak ana siap letak timer kat kat phone nak pastikan ia tepat. 


tips rebus kerang masak sempurna dan mudah di kupas

Matikan api dan terus tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi ais supaya proses masak terhenti. Percaya lah inilah hasil nya kerang rebus korang dan sangat lah mudah untuk mengupasnya. Cuma kak ana rasa tips ni berjaya pada kerang yang segar dan hidup, kalau kerang yang dah mati mungkin tak jadi kut kan... 


Resepi kerang rebus Thai Khairul Aming 


Resepi kerang rebus Thai Khairul Aming

Okay jom kita sambung, siapkan kerang rebus Thai untuk Kak Long. Kerang rebus ni kak ana rebus dengan serai dan garam. Bila dah dapat kerang rebus yang cantik macam ni, susun dalam bekas dan ketepikan. Kita buatkan pula sos ala Thai nya. 

Bahan-bahan sos Thai 


5 ulas bawang putih
6 biji cili merah / cili api - ikut citarasa pedas masing-masing
1 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
3 sudu gula
perahan jus limau nipis
Daun ketumbar


resepi sos thai khairul aming


- Bawang putih dan cili merah di tumbuk kasar. 
- Satukan dalam mangkuk , masukkan sos tiram, sos ikan, gula dan daun ketumbar. 
- Gaul sebati dan perahkan jus limau nipis.
- Tuangkan ke atas kerang rebus dan siap untuk di nikmati..

Rasa dia sedap ke idak ? Sedap lah kan tapi kalau cicah lagi ngam kut dari tuang atas kerang tu sebab ia tak begitu merata pada isi kerang. Apapun satu menu yang sedap dan tidak berapa sesuai untuk di jadikan lauk, buat makan ratah-ratah lebih sesuai. Terima kasih Khairul Aming selalu kongsikan resepi-resepi yang sedap untuk kita cuba bersama. Banyak pahala buat beliau, aamiin.. 



2 Comments

  1. Tak boleh jadi ni... semalam kawan tunjuk gambar kerang rebus dia, hari ni Kak Ana pulak :D

    Sy suka makan kerang rebus cicah sambal kicap.

    ReplyDelete