Alhamdulillah .. semalam hari ke 5 kita semua umat Islam sedunia menjalani ibadah puasa Ramadan di tahun 1443H bersamaan 2022. Banyak yang kita harapkan setiap kali menjelangnya bulan keberkatan ini. Meningkat amal ibadah paling utamalah apatah lagi usia kian rapuh hari demi hari.

Tahun ini bagaikan sinar baharu menanti kita semua selepas dua tahun kita berpuasa di dalam situasi yang berbeza ketika di uji dengan pendamik. Tahun ini tiada lagi larangan untuk kita sama-sama menunaikan solat terawih dan berbuka puasa secara beramai-ramai. Inilah antara yang harus kita syukuri dan terus berdoa semoga keadaan akan semakin lebih baik hari-hari yang mendatang, Aamiin..


'SELERA RAMADAN CITA RASA MALAYSIA" DI OKAD EVENT SPACE BUKIT JELUTONG SHAH ALAM

Semalam kak ana dan suami dating berdua berbuka puasa di sebuah venue yang sangat indah dengan dekorasi ruang dalamannya, di hiasi bunga-bungaan berwarna putih, cahaya lampu kristal dan chandelier silauan cahaya romantik. Ala-ala di kayangan fairy tales gituew.. Sekali sekala kami me-time berdua berbuka puasa, maniskan hubungan yang dah terikat lebih 26 tahun ini.. Alhamdulillah atas nikmatnya..


'SELERA RAMADAN CITA RASA MALAYSIA" DI OKAD EVENT SPACE BUKIT JELUTONG SHAH ALAM 


okad event space


Yang kak ana maksudkan tempat cantik dan best untuk berbuka puasa di Shah Alam ni adalah OKAD Event Space, terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Betul-betul bersebelahan masjid Bukit Jelutong. Lepas iftar terus boleh ke masjid untuk solat terawih. Maghrib pula boleh kita tunaikan di surau yang terletak di aras 1 dan ground di OKAD Event Space ni sendiri.

OKAD event Space Shah Alam


OKAD Event Space, Bukit Jelutong merupakan “one stop centre" bagi pelanggan untuk mengadakan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, seminar, ulang tahun , majlis hari jadi dan pelbagai lagi termasuklah mengadakan bufet ramadan bertemakan “Cita rasa Malaysia” yang pastinya membuka selera pengunjung. 

Ini merupakan tahun kedua OKAD EVENT SPACE ( OKAD ) dapat melaksanakan bufet Ramadan dengan norma baru. Kak ana sendiri pun kali kedua dah berbuka puasa di OKAD kerana kak ana amat suka pada suasana yang tenang dan indah di samping menu-menu yang sedap kena dengan selera kampung. 

Jadi tahun ni sekali lagi kak ana nak war-war kan pada korang yang sedang tercari-cari tempat atau lokasi buka puasa yang best untuk bersama keluarga ataupun nak buat reunion dengan kawan-kawan pun sesuai sangat. Nanti boleh berposing sakan dalam ruang dewan makan di OKAD, pastikan lah janji pakai lawa-lawa dulu tau.. :) 




Menghidangkan pelbagai juadah istimewa untuk bufet Ramadan pada tahun ini bermula 07 April 2022 hingga 29 April 2022.  Pelbagai menu Cita rasa Malaysia yang dihidangkan semestinya lazat dengan menggunakan konsep stall yang unik dan akan membuat pengunjung rambang mata. Antara menu yang pastinya menambat hati  pengunjung ialah Nasi Serai Cik Bunga , Daging Masak Lemak Cili Padi Cik Bunga dan Lamb Grill yang merupakan “signature dish" bagi Selera Ramadan kali ini. 


OKAD Event Space

Seperti yang kak ana cerita awal-awal tadi lah kan, OKAD Event Space bukan sahaja terkenal dengan menu yang lazat dan memikat selera namun dekorasi yang dihias indah juga menjadi tarikan utama pengunjung seolah berada di dalam taman yang cantik dan menarik. 


Bufet Ramadan Shah Alam

Setiap kali buka puasa tak kira lah sama ada di rumah atau di luar, ais lah yang pertama kak ana cari. Bila ternampak sahaja deretan ais balang di ruang minuman , adoiyai menggoda sungguh dengan pilihan air balang yang pekat memikat hati. Kak ana minum ais bandung, kemudian try pula fruit punch dan last sekali ais jagung.. sedapnyaa korang... sejuk meresap ke tekak. 




Untuk sajian utama di stall " Selera Anggerik " kak ana memilih nasi minyak, daging hitam, ayam blackpepper, ayam masak merah. Berkuahkan gulai lemak nangka,, Masyaa Allah.. sedap sangat gulai lemak nangka di OKAD ni. 



Suami kak ana pula makan nasi minyak bersama ayam masak merah, gulai lemak daging di lawan pula dengan sambal keli berlada. Ermm.. gabungan yang mantap selera lah tu.. 





Lepas pekena nasi kami naik solat Maghrib dahulu di surau kemudian sambung pula menu makanan ringan lain yang di hidangkan di stall Suria sajian western seperti pasta, mushroom soup dan sebagainya. Nak makan mee goreng, nasi goreng dan kuewtiaw goreng pun ada jer.. 



Suami sambung makan spaghetti carbonara, mushroom soup cicah roti butter dan kak ana makan pula kuih muih dan kek yang di hidangkan di stall Srikandi.  





Penutup sebelum pulang kami makan pula lamb grill dan teh tarik yang sangat menyelerakan. Alhamdulillah. syukur atas nikmat rezeki yang di kurniakanNya. Sebenarnya banyak lagi pilihan menu makanan di Selera Ramadan OKAD ni, cuma kak ana ni jenis tangki kecil agaknya makan tak banyak tapi suka pelbagai pilihan ambil sikit-sikit buat rasa sampai kenyang. 


Okad Event Space


Bagi korang yang ingin mendapatkan pakej bufet ramadan di OKAD Event Space, boleh menghubungi wakil jualan OKAD, kerana kini OKAD memberikan harga yang berpatutan kepada semua peringkat usia namun yang menariknya bagi pemegang Kad OKU boleh mendapatkan harga yang paling istimewa. Ini membuktikan bahawa OKAD amat prihatin kepada setiap masyarakat yang ada. Namun begitu , SOP (Standard of procedure ) yang ditetapkan oleh kerajaan tetap perlu dipatuhi. 



Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, boleh menghubungi :

Cik Az +6012-6864515 

Pn Majidah +6017-6503436 

Cik Aisyah +6013-2231179 

Pn Nana +6019-3117443 






Harga Pakej ISTIMEWA RAMADAN di OKAD Event Space, Bukit Jelutong, Shah Alam

Bermula 7hb sehingga 29hb April 2022




Harga Bufet Ramadan 2022 


Harga Normal RM 69 Dewasa RM 39 Kanak-kanak / warga emas 

Harga Khas OKU RM 45 Dewasa RM 39 Kanak-kanak 

PAKEJ KORPORAT 1. BELI 10 MEJA PERCUMA :- 1MEJA 
DISKAUN 10% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA 



#bufetramadan #Ramadanbuffet #bufetramadanshahalam #okadeventspaceshahalam #ramadan2022 #OKADEventSpacebukitjelutong 
#buffetramadanOKAD



1 Comments

  1. WOW EKSKLUSIF TEMPAT BERBUKA PUASA MEWAH HIDANGANNYA

    ReplyDelete