Resepi lengat pisang emas
Dah dua kali kak ana repeat buat lengat pisang emas. Teringin pula tengok salah seorang penjual makanan viral tu buat dan jual . Nak beli jauh pula kedainya di utara sana. Harga pun boleh tahan sebab dia menggunakan bahan-bahan premium katanya dan ada edible gold flakes dan bunga-bunga, cantik sangat.
![]() |
lengat pisang emas |
Kak ana selalu juga beli pisang emas di kedai Acheh , sampai dua kali lah terjadinya lengat pisang emas yang resepinya kak ana dapat dari tiktok. Mudah dan sedap resepi ni, lain lah dari yang hat viral tu. Versi lengat pisang emas basic sahaja. Jom kak ana kongsikan bahan dan cara buat lengat pisang emas.
![]() |
lengat pisang emas |
Resepi lengat pisang emas
Bahan-bahannya :
Beberapa biji pisang emas - belah dua dan buang kulit
1 kotak kecil santan
Sedikit air untuk bancuhan santan
1 sudu besar tepung beras
1 sudu gula perang atau gula pasir putih
secubit garam
![]() |
lengat pisang emas |
Cara buat lengat pisang emas
1. Alas mangkuk dengan daun pisang jika ada untuk lebih aroma. Kalau tak ada pun tak pe, susun pisang emas yang di belah dua dalam mangkuk yang tahan panas kerana resepi ni menggunakan teknik kukus.
2. Dalam bekas satukan santan pekat ( campur air jika terlalu pekat ), secubit garam dan tepung beras. Gaul sebati.
3. Tuang ke dalam mangkuk yang berisi pisang . Pastikan pisang tak tenggelam dengan bahan santan, nanti tak cantik hasil lengat pisang kita.
4. Taburkan sedikit gula perang atau gula pasir di atas adunan.
5. Kukus di dalam kukusan sekitar 10-15 minit sehingga adunan santan pekat . Sejukkan dan sedia lah untuk hidangan minum petang .
![]() |
lengat pisang emas |
Beza lengat pisang dan pengat pisang
Dari rasa lebih kurang sahaja cuma lengat ni kurang manis dan lebih lembut lah rasanya kerana ia menggunakan teknik kukus berbanding pengat yang di masak atas api.
Lengat pisang tidak berkuah tetapi ia bertekstur pekat gedik-gedik gitu, manakala pengat pisang ni lebih kepada bubur yang berkuah santan boleh di hirup . Dua-dua pun sedap kalau kena dengan selera masing-masing.
Kuih-kuih lama ni memang wajar di kekal kan dan kak ana suka sahaja kalau di moden kan sedikit sebanyak untuk memberikan pilhan rasa yang lebih sedap. Cuma tak nak lah lengat pisang ni di cheese kan atau di coklat kan pula, itu dah jauh sangat lari dari citarasa Melayu nusantara, kan...
3 Comments
tak pernah mkn lengat pisang, tp nampak sgt sedap laaa
ReplyDeleteoooo beza ye lengat dengan pengat. Suka pengat pisang ni apa lagi kalau banyak sago bijinya. Kadang bila di pelbagaikan rasa hilang keasliannya.
ReplyDeleteMula tu saya baca pengat pisang, bila tengok resepi baru perasan lengat. Nak try la kak ana, mudah sangat ni, dan pastinya sedapkan. Lemak2 santan + manis2 pisang tu adui asyikkkkk :D
ReplyDelete