Selalu kalau Jumaat malam, kak ana akan ke Shah Alam untuk ambil Adik dari rumah sewanya bawa balik hujung minggu. Kami akan guna jalan belakang melalui Bandar Tasik Puteri, Puncak Alam, Alam Budiman dan terus ke Seksyen 7 Shah Alam. Jalan ni kurang jemmed dan tak lah sesak berbanding lebuhraya dan yang best tanpa tol ler. Jarak dan masa perjalanan pun tak banyak beza dari terpaksa sangkut jemmed di laluan masuk ke Shah Alam melalui jalan stadium dan area Giant sana tu.

Selalu kami akan singgah maghrib di Eco Grandeur Lab sebab ianya on the way dalam perjalanan kami pergi dan balik. Biasa lah anak-anak ni kalau singgah ada sahaja yang nak di makan. Macam-macam ada kiosk dan cafe makan di sini. Cuma ada juga cafe yang tak halal tapi depa dah buh siap-siap tanda non-halal cafe tu, usah la masuk ye dak. 


satay lab eco grandeur


Untuk makan malam di sini pada hujung minggu khasnya, sangat lah happening. Meriah dengan lampu-lampu , aktiviti riadah kanak-kanak dan pelbagai ruang makan dan supermarket pun ada. Pelbagai  menu dah kami cuba di sini dan pernah pun kak ana review mana yang berkenan dan kena dengan selera kami.

Satay Lab, Eco Grandeur


Malam tu kami cuba pula makan di cafe Satay Lab . Nak makan Thai food awalnya tapi tutup pula premis nya kami masuk hat sebelah di Satay Lab. Menyajikan menu makanan Malaysia seperti satay, roti john, sup gearbox, yong tau fu dan juga nasi-nasi serta minuman. 

Kami try makan yong tau fu dan nasi ayam grill untuk adik dan kak long. Lapar nasi budak berdua ni. Yong tau fu di Satay Lab ni sedap sangat, ala-ala yong tau fu pasar malam. Di hidang kan dalam set pilihan mengikut harga dari RM10 sepinggan. 

Kita boleh pilih nak makan dengan sos atau yong tau fu sup. Kak ana makan dengan suami sepinggan pun kenyang, Alhamdulillah. Kak ana ambil yang set RM10 sahaja malam tu sebab kak ana dah makan nasi sebelum gerak, anak-anak jer yang tak nak makan nasi di rumah, sampai sini lapar nasi. 


satay lab eco grandeur


Ini pula set nasi putih dengan ayam gril. Tak kurang juga sedap pada perapan ayamnya. Set ini kalau tak silap kak ana berharga sekitar RM12 kak ana tak ingat sangat harga pada menu nya. Tapi tak lebih RM12 laa. 

Di sajikan nasi putih, ayam gril yang bersaiz agak besar dan perapan grilnya sedap. Di makan bersama sambal gesek , ulam timun dan tomato, telur masin dan juga semangkuk sup daging ( sup kosong tanpa isi ) . Boleh terasa lah sup tu sup dagingnya walaupun sekadar kuah sup sahaja. 


sup bollywood satay lab
kredit fotoFB Satay Lab 


Memang berbaloi dan mengenyangkan untuk satu sajian. Itu sahaja menu yang kami makan malam tu , namun Satay Lab ni famous dengan sajian satay, sup gear box atau dalam menu depa tulis sup bollywood, roti john cheese dan sebagainya. In Shaa Allah lain kali kami try. 


kredit foto FB Satay Lab 



Pilihan menu mereka agak terhad tak banyak pilihan tapi setakad dua menu yang kak ana cuba alhamdulillah sedap dan kena pada selera kami. Air minuman pun ada pilihan panas dan sejuk. Malam tu kak ana dan kak long minum lemon asam boi suami dan  adik  minum minuman panas. 

Lain kali boleh lah cuba rasa satay depa pula yang di sajikan dalam pelbagai pilihan set harga. Kalau korang nak try jom ke Satay Lab di Eco Grandeur Lab, Puncak Alam naa.. 




4 Comments

  1. Pernah ke sini tahun lepas nak makan sate tapi tak dapat masuk sebab penuh.

    ReplyDelete
  2. gambar mula-mula tu pun dah buat orang terliur kak oi

    ReplyDelete
  3. Walaupun pilihan menu terhad tapi menu yang ada nampak sedaplah.

    ReplyDelete
  4. nampak sedap semuanya teringin nak cuba

    ReplyDelete