Tengah trend sekarang ni, wanita-wanita memakai inai di jari. Pelbagai produk ada dijual di pasaran. Ikutlah pilihan masing-masing asalkan ianya adalah halal dari segi syariah khasnya sah wuduk dalam pemakaiannya. Buka apa dalam keghairahan untuk mengikut trend apa sekali pun, kena ambil berat tentang syarat sah wuduk kerana ia berkait rapat dengan sah nya solat yang merupakan tiang agama. Lagipun solat itu wajib dan berinai itu tidaklah satu kewajiban pula. Hati-hati naa.. 

Apapun penyediaan inai-inai moden masa kini jauh lebih mudah untuk dipakai berbanding dengan pemakaian inai secara tradisional menggunakan daun inai. Zaman dahulu sekitar tahun 1990-an hingga awal 2000 , wanita masih menggunakan inai tradisonal daun pokok inai untuk berinai majlis perkahwinan atau sekadar suka-suka memakainya. 


inai daun pokok inai


Kalau ada inai sintetik atau inai segera pun produk kaum India yang di gunakan untuk henna mereka lukisann di tangan. Walau bagaimana pun perkongsian dari Ustazah Asmah Harun ada beberapa jenis inai yang tidak sah wuduk apabila boleh di kikis pada jari , ia bagaikan satu lapisan menghalang air meresap ke kulit dan jari, maka dengan itu perlu berhati-hati wahai muslimah..


daun inai


Kak ana sendiri waktu majlis perkahwinan dahulu memakai inai juga, inai dari daun pokok inai. Pengalaman sangat waktu tu, malam sebelum akad nikah di inaikan mak saudara sepuluh jari tangan dan jari kaki, kemudian ada pula bulatan di tengah tapak tangan dan tepi kaki. Ermm.. azab juga lah sepanjang malam dengan balutan plastik pada jari sampai ke pagi. Adoiyai.. kenangan sangat waktu tu.

Waktu remaja dahulu dan sampailah dan beranak pun kak ana suka pakai inai dari daun pokok inai ni kerana belakang rumah arwah mak kak ana ada pokok inai. Kalau balik kampung, arwah mak akan gilingkan daun inai sampai lumat dan pakai pada jari tangan. Kini semua itu kenangan terindah bila mak dah tak ada ni, tak ada siapa dah nak giling inai.. Subhanaallah.. 

Belakang rumah kak ana sendiri pun ada pokok inai yang kak ana ambil benihnya dari pokok arwah mak. Besar dah pokok inai dan baru-baru ni, kak ana teringin pula nak berinai semula, maklum lah tengah trend kan. Tapi kak ana menggunakan daun pokok inai dan Adik pun teringin nak pakai inai tradisional ni sama-sama. 


cara pakai inai tradisional


Kak ana kongsikan disini, cara dan proses memakai inai dari daun pokok inai, manalah tahu ada generasi moden nak cuba pula pakai inai tradisional kan.. Tapi jujurnya memang bukan proses yang mudah lah.. Kena ada kegigihan dan kesabaran juga.. Kalau malas korang beli sahaja lah inai moden yang sah wuduk naa.. 

Mula-mula kak ana petik dahan-dahan daun inai dari pokok. Pastu leraikan satu persatu. Kalau nak mudah menumbuk dan lumat halus, korang buang tulang tengah pada daun inai tu terlebih dahulu. Senang bila nak tumbuk, tapi proses ni pun renyah dah sehelai demi sehelai kena buang tulangnya, adoi..

Dah siap relaikan, tumbuklah dalam lesung batu hingga lumat. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya mudah lumat dan sebati. Dah siap, basahkan tangan dan mula lah membalut jari jemari korang satu persatu dengan sebatian atau pun pes daun inai ni. Balut kemas-kemas dan biarkan kering di jari.



Proses pengeringan ni amatlah ambil masa, sekitar 2-3 jam barulah kering. Bila kering salutan inai di jari ni akan gugur sendiri. Kalau zaman dahulu memang orang tua-tua tak bagi anak dara pakai inai siang-siang hari kononnya nanti warna tak merah. Sebenarnya simbolik sahaja tu, untuk elakkan anak gadis tak buat kerja rumah bila dah salut inai, sebab tu orang dulu-dulu pakai inai waktu malam. Lebih kelakar ada yang kata kalau pakai siang, nanti ayam nampak inai tak jadi .. lawak kan.. 


inai dengan daun inai


Dah kering di jari, korang basuhlah , bilas dengan air dan dapatlah hasil inai di jari. Ia bergantung pada daun inai juga, ada yang warna merah, oren dan ada yang tak berapa terang warnanya. Macam-macam petua lah zaman dahulu bila nak pakai inai ni supaya nampak merah, ada yang suruh tumbuk sekali dengan gambir, ada yang kata letak arang, letak nasi pun ada supaya senang lekat, haiii.. macam-macam petua orang tua-tua ni kan. 

Inai daun pokok inai ni hari demi hari ia akan turun warnanya ke kuku dari jari. Kian lama kian ke hujung dan akhirnya hilang lah warna. Nak nampak cantik dan terang warnanya boleh ulang pakai dua kali selang sehari lagi lah tebal dan terang hasil warna nya, itu pun kalau rajin lah kan.. 

Apapun inai tradisional dari daun pokok inai ni memang sah wuduk kerana bahannya bahan alami semulajadi, dan ia memang meresap ke dalam kuku sama resapan air wuduk di tangan dan jari. Apapun yang kita lakukan dalam kehidupan ini perlu sangat pada kepatuhan hukum syarak supaya terhindar dari melakukan perbuatan yang haram dan merugikan kita di akhirat nanti, In Syaa Allah.. sama-sama kita mencari redha Allah swt dalam apa jua tindakan kita di atas muka bumiNya yang sementara ini.. 



4 Comments

  1. Selain itu saya pakai inai Makkah tapi lama tidak pakai.
    Sekarang tidak boleh duduk diam tangan ini. Malam pula kena berhati-hati apabila tidur.
    Apapun belum pernah cuba inai jenis sekarang ini.

    ReplyDelete
  2. dana masa kawin dulu pun pakai inai daun kak, sepupu datang malam sehari sebelum nikah tumbuk inai daun ramai-ramai, boh gambir dan nasi nak bagi lekat. Dana lebih suka inai daun dari yang moden, suka bau daun yang sedap harum

    ReplyDelete
  3. Rasanya lama sungguh tak pakai inai, mungkin sejak lepas kahwin. Zaman remaja dulu memang selalu pakai inai.

    ReplyDelete