Dedulu kan, kak ana tak tahu apa maksud masak teknik tumis darat ni , sebab arwah mak kak ana , sedih pula bila menulis arwah mak sebab sebelum ni kak ana selalu terbitkan entri sebut mak, tapi kini mak dah tak ada... Banyak yang kak ana tulis resepi atau throwback ni berkisar kisah pengalaman dengan mak, lama Allah swt pinjamkan kasih sayang mak pada kak ana.. 


Cara masak tumis darat


Balik pada kisah tumis darat, arwah mak kak ana jarang masak dengan teknik tumis darat ni, jadi kak ana pun macam tak tahu sangat apa maksud tumis darat. Bila dah berkahwin, kenal dengan jiran-jiran dan kawan-kawan dari negeri berbeza barulah kak ana tahu apa itu masak dengan teknik tumis darat.


Cara masak tumis darat  

Senang sangat masak kari atau gulai atau pun masak sup bila kita masak dengan teknik tumis darat ni. Cuma rebus sekali semua bahan masakan, kemudian tumis bahan tumisan dan tuang ke dalam masakan yang dah siap masak. Itu lah maksud tumis darat. 

Kiranya tak perlu menumis di awal proses memasak, tetapi dah siap masak barulah tumis dan masukkan dalam masakan. Macam kat bawah ni kak ana share kan dengan korang, resepi masak sup ikan tumis darat. Sedap kejadiannya ..


Resepi sup ikan tumis darat


resepi sup ikan tumis darat


Kak ana masak sup ikan nyok-nyok , Subhanaallah.. ikan nyok-nyok ni antara ikan kesukaan arwah mak. Mak suka masak kari ikan nyok-nyok . Kan.. kak ana pasti akan teringat arwah mak bila terlintas sahaja kenangan bersama nya..

Bahan-bahan sup ikan tumis darat : 


1 ekor ikan 
1 ikat sup bunjut atau rempah sup
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
air secukupnya
1 batang daun celery 
1 batang lobak merah
daun sup dan daun bawang
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara masak sup ikan tumis darat 

1. Bawang putih dan halia di tumbuk kasar. 

2. Masukkan dalam periuk semua bahan ikan, lobak, celery, bawang putih, halia, rempah sup di bancuh dengan air dan didihkan sekali. Ikan masak kejap sahaja nanti hancur isinya kalau lama sangat. 

3. Hiris bawang besar atau bawang merah secukupnya dan tumis dalam kuali hingga garing.


resepi sup ikan tumis darat


4. Matikan api periuk sup dan tuangkan bawang tumis bersama minyak panas ke dalam periuk sup. 



resepi sup ikan tumis darat


5. Rasakan dengan garam secukupnya dan tabur kan daun sup dan daun bawang. 

Siap lah resepi sup ikan tumis darat versi kak ana. Mudah dan sedap sangat hirup sup ikan nyok-nyok. Kalau tak ada selera makan musim-musim tak sihat ni boleh lah try masak untuk keluarga. Selamat mencuba dan semoga ada manfaatnya.. In Syaa Allah... 


9 Comments

  1. sedapnya..mak nadia pu suka buat masak tumis darat..kami org Kedah

    ReplyDelete
  2. Kinah tau tumis darat ni pun lepas tgok pung pang rizalman. Sebelum ni tak pernah tahu pun

    ReplyDelete
  3. sedap nampak sup tu, nanti boleh cuba, mok mentua ikin pun kak ana selalu gak bab masak ada bagitaw pasal tumis darat tu

    ReplyDelete
  4. tumis darat ni selalu saya buat kalau masak sup tulang

    ReplyDelete
  5. Nampak mudah dan sedap resepi ni.

    ReplyDelete
  6. kuih kasidah pun boleh buat tumis darat

    ReplyDelete
  7. PC pun kadang suka tumis darat kak. Lagi kalau sup. Lagi satu kita boleh anggar minyak tumisan tu. Nak masuk seberapa.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya sup tu kak Ana. Hiris lada, perah limau nipis, hirup panas panas musim hujan ni..

    mama naniey suka masak tumis darat ni tapi naniey sendiri belum pernah buat lagi sendiri kat rumah masak tumis darat ni..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya sup ikaaaannnn.... tak pernah masak lagi cara tumis darat ni.. Ada beza rasa ke ek? nanti try lah. heheh

    ReplyDelete