Bila makin berusia ni selera kembali kepada makanan tradisional. Kalau dulu waktu kanak-kanak hingga ke alam remaja, memang tak lah nak makan kuih-kuih Melayu tradisional ni kan. Tapi sejak dari kecil antara kuih lama yang kak ana suka sangat makan adalah kuih putu Perak. 

Zaman tu sekitar tahun 1980 ke 1990an, kak ana kalau ke pasar malam, atau dulu kami panggil malam minggu di pekan Teluk Intan, pasti akan beli kuih putu Perak dan juga kuih tepung torak. Suka bebeno dua kuih ni. 

Sekarang ni putu Perak masih boleh kak ana jumpa lagi kalau ke pasar tani sekitar Rawang ni, tapi kuih tepung torak dah tak jumpa dah, walaupun ke pasar malam di Teluk Intan pun jarang ada. Bagi yang tak kenal atau tak pernah lihat tepung torak korang boleh klik di SINI , pernah kak ana terbitkannya beberapa tahun yang lalu. 


kuih putu perak


Kuih putu perak


Kak ana tak pasti, ejaan putu perak tu perak dengan huruf besar atau tidak. Dan kak ana pun tak pasti adakah perkataan perak tu merujuk kepada negeri perak atau pun bukan. Mungkin sebab kak ana asal negeri Perak dan makan putu perak di kampung waktu kecil-kecil dahulu , jadi kak ana rasa ia ada kaitan dengan negeri Perak ler.. 😁😁

Sekarang ni putu Perak jarang dah nak jumpa dan ada anak muda tak mengenali dan tak pernah pun merasainya. Harga sekarang pun dah mahal sebiji RM1 dah waktu kak ana beli di pasar tani baru-baru ni, depa jual 5 biji RM5 sebekas. 

Putu perak ni di perbuat dari tepung beras kisar dan berinti kelapa parut manis gula merah. Jika dahulu intinya cuma kelapa parut putih bergaram, kini dah ada perisa pandan juga. Nak kata sedap sangat tu tak lah. Ada rasa manis-manis dan lemak inti kelapa. 


Putu Bambu 



putu bambu

Kalau nak banding dengan putu bambu, putu bambu lagi sedap dari putu perak, pada kak ana lah.. Sebab putu bambu ni basah sedikit dan ada inti gula merah di dalam dan parutan kelapa parut di bahagian luarnya. 

Bahan asasnya tetap sama dan teknik masakan pun sama sahaja dengan menggunakan kukusan. Putu perak di kukus dalam acuannya, sama juga dengan putu piring. Tetapi putu bambu asli di kukus dalam keratan buluh. Sebab tu lah di namakan putu bambu. 

Setakad ini yang kak ana ingat, ada putu perak, putu piring, putu bambu dan putu mayam. Haa.. korang kenal ke idak jenis-jenis kuih tradisional yang kak ana nyatakan di atas tu ? 

Apapun semua nya sedap pada selera masing-masing dan ada nostalgia nya bila kita bercerita kisah kuih tradisional lama ni. kan.. Alhamdulillah atas pinjaman usia dariNya, banyak yang kak ana lalui pengalaman demi pengalaman sebelum sampai ke hujungnya.. syukur Ya Allah.. 

9 Comments

  1. saya vote putu bambu hihiihi tak tergerak hati nak cuba putu perak walaupun ada yang jual dekat sini

    ReplyDelete
  2. vote for putu bambu jugaks..makan plak panas2..dappp

    ReplyDelete
  3. dia pnya bahan macam putu piring ke kak? tak pernah jumpa atau makan putu perak kalau putu bambu atau putu piring tu biasa la jumpa nya

    ReplyDelete
  4. putu bambu mudah jumpa putu perak jarang2 ada

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kenal dan suka makan semua kuih kak ana sebut tu. Buatnya aje tak reti

    ReplyDelete
  6. iye kan.. putu perak ni kering sket, ada jual kat shah alam ni. dianggap kuih rare sebab klasik

    ReplyDelete
  7. Sy pernah makan Putu Perak ni, Kak Ana. Masa tu sy beli di Nasi Bamboo Sg Klah. Secara jujurnya, sy lebih gemar Putu Bambu dan Putu Piring. Eh, Putu Mayam pun sedap juga 😍

    ReplyDelete