Sebut betul-betul yer, kuih tepung torak namanya, bukan kuih tengkorak hehe 😊😊 Anak-anak ana bila ana sebut kuih tepung torak ni depa dah gelak dah, ada pulak nama kuih tepung tengkorak. Budak-budak ni manalah kenal kuih tradisional lama ni. Bila ana tunjuk kan boleh pula depa kata macam kuih pocong jer ibu. Haha!! Bentuk rupa parasnya memang macam pocong pun, punjut atas dan bawah dalam daun pisang.
Kuih tepung torak ni, ana jumpa di gerai kuih di Kampung Bahagia, Teluk Intan ketika ana balik kampung hari tu. Ana beli lah 3 butir nak bagi rasa anak-anak dan suami ana. Maklum lah kuih ni dah makin rare untuk di nikmati oleh generasi sekarang. Ana sekadar memperkenalkan kepada meraka, jangan tak kenal kata orang kan. Bila dimakan rasanya lemak manis sahaja. Tak ada inti pun dalamnya. Bahan asas tepung beras dan santan. Ketika ana kecil-kecil dulu gemar makan kuih tepung torak ni yang di beli di pasar malam minggu di Teluk Intan. Sekarang ni harganya 50 sen sebiji.
Resepi kuih tepung torak
Kut kut lah ada yang mencari resepi dan cara membuat kuih tepung torak ni, ana jumpa di blog resepiyangindah.blogspot.com . Kredit resepi buat pemilik blog 💕💕 Ana pun nak simpan sini,mana tahu ada masa nak juga mencuba membuatnya nanti, juadah santapan ibunda zaman dulu-dulu kan.
Bahan-bahan kuih tepung torak :
1 Cawan Tepung Beras
2 Cawan Santan
1/2 Cawan Gula
Air Daun Pandan - asli
Air Kapur
Garam *secukup rasa
Daun pisang
Tali / Getah
Cara membuat kuih tepung torak :
Pertama, campurkan Tepung Beras , Santan, Air Daun Pandan, Gula, Air kapur dan juga Garam ke dalam periuk.
Kacau adunan di atas dapur, dengan api yang sederhana sehingga sebati dan lekat.
Setelah sebati, sejukkan seketika.
Sementara itu, boleh ambil Daun pisang dan gulungkan dengan kayu bulat untuk dibuat kelongsong/torak.
Punjut di sebelah bawah dengan mengikatnya dengan tali atau getah.
Tuang adunan ke dalam torak.
Punjut di sebelah atas dan ikat dengan tali.
Rebus torak di dalam air hingga masak.
Kuih Tradisional Lama Tepung Torak
Reviewed by Ana Jingga
on
July 15, 2018
Rating:

First time tengok kuih ini..
ReplyDeleterare kan Sha :)
DeleteFirst time tengok dan for sure tak pernah makan lagi...sedap ye kak?
ReplyDeleterasa tepung beras bersantan je SA :) tak ada inti pun :)
Deleteblm pernah makan kuih ni.. first time tgk :)
ReplyDeletetu la rare ni ejulz :)
DeleteFirst time tengok dan dengar. Tap tak susah nak buatnya, cyma tak taulah selera anak2 kan.
ReplyDeletehaah rasa dia tepung beras bersantan je Cyma:)
DeleteCikla tak pernah mkn lagi kuih ni kak Ana. Mcm lepas pulak rupa dia kan
ReplyDeleteEhh typo .. Lepat 😂
DeleteZumal tak pernah makan, tak pernah jumpa orang jual kat perlis ni
ReplyDeletetak ada ye Zumal :)
DeleteSukatan air brp? Knp x tulis?
ReplyDeletetak baca eh :) itu bukan resepi saya, ada kredit buat pemilik resepinya , boleh tanya pada blog pemilik resepi asal tu ye :)
Delete