Kak ana dah lama kenal akan jenama Tasneem ni waktu mula-mula kak ana terlibat dengan kolaborasi untuk kerja-kerja review di internet. Malahan sehingga ke hari ini, bila sebut sahaja Tasneem pasti perkara pertama yang kak ana akan ingat adalah balm untuk bayi dan kanak-kanak. 

Kak ana sendiri pernah pakai balm Tasneem maklumlah kak ana ni selalu sangat sakit kepala dan berangin badan. Alhamdulillah cukup melegakan. Dan anak-anak buah kak ana waktu bayi dan kanak-kanak pun menggunakan balm Tasneem ni, amat serasi dengan mereka. 


Tasneem Marketplace


Baru-baru ini kak ana terbaca lah perkembangan terbaharu dari Tasneem dan teruja nak berkongsi dengan pembaca semua bahawa kini, Tasneem telah mengorak langkah ke hadapan dengan gabungan bersama 5 jenama ternama lain dalam sebuah platform marketplace. Lebih buat kak ana nak share dengan korang semua kerana ia juga mengajak kita semua khasnya suri rumah tangga untuk sama-sama menjana pendapatan melalui marketplace ini. 


Tasneem Marketplace


Jom kak ana huraikan apakah yang menarik yang dapat membantu kita semua khasnya kaum ibu untuk mendapat manfaat menjana kewangan dengan menyertai Tasneem Marketplace serta rakan kolaborasi yang lain. 


Kolaborasi Tasneem Natural & 5 Jenama Malaysia di Tasneem Marketplace Bantu Surirumah menjana pendapatan 


Tasneem Marketplace


Sebelum itu , kak ana nak perkenalkan dahulu di sebalik Tasneem Marketplace ini serba sedikit latar belakang jenama Tasneem. Tasneem Business Legacy sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi.

Apa yang menarik Tasneem kini telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace


Tasneem Marketplace


Adapun idea penubuhan gabungan usahasama ini dibuat adalah dengan niat untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana khasnya golongan suri rumah macam kak ana nii, dapat berpeluang sama untuk  menjana pendapatan tanpa modal. 


TasneemMarket place


In Syaa Allah dengan kesungguhan dan kerajinan diri masing-masing tidak mustahil mampu meraih keuntungan yang tinggi . Seperti platform lain , Tasneem Marketplace juga akan memberikan mendapat pelbagai ganjaran yang menarik atas setiap komitmen yang kita lakukan. 


Tasneem Marketplace


Untuk berjaya dan memperoleh keuntungan dalam apa juga perniagaan, usaha yang gigih, doa dan pastilah bertawakal kepadaNya merupakan kunci utama. Setiap kejayaan harus di mulakan dengan kerajinan dan kesungguhan diri sendiri mengahdapi setiap cabaran dan ujian yang hadir. Jangan putus asa dan jangan lupa memohon perlindungan dariNya.. 


Tasneem Marketplace


Berpegang dengan objektif Tasneem Marketplace untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. Sangat menarik tawaran yang diberikan, jangan lepas kan peluang naa..



Pihak Tasneem Marketplace (TMP)  meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022. Dan semoga usaha murni ini akan tercapai matlamatnya, In Syaa Allah.. 

Untuk itu, sekiranya suri rumah atau sesiapa sahaja di luar sana yang tertekan dengan pelbagai masalah kewangan dan ujian kehidupan, ingin mencuba mengubah hidup inilah peluangnya di mana ia tidak memerlukan modal untuk permulaan malahan pendaftaran adalah secara percuma. 


Tasneem Marketplace

Usah berlegah lagi, sila ke pautan yang kak ana berikan di bawah untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran serta info-info terkini : 


Laman web : www.tasneemmarketplace.com

Facebook : Tasneem Marketplace



Jangan kita sia-sia kan peluang yang hadir di depan mata, mana tahu dengan izinNya ia merupakan solusi yang telah lama kita tunggu untuk kehidupan yang lebih baik. Fahami segala syarat dan termanya dan teruskan jika kita yakin . Selamat maju jaya buat semua kak ana doakan yang baik-baik sahaja.. 




3 Comments