Birthday Adik Ika adalah pada 22hb September yang lepas. Kebetulan hari tu kak ana ada event di KL dan ayahnya pula kerja. Adik ada teman kan ibu nya ke event masa tu, dan kami cuma sempat raikan birthdaynya di Secret Recipe Sunway Putra Mall sahaja. Janji dah dengan dia hujung minggu nanti kita pii Sogo I-City Central cari hadiah dan ibu belanja hitea di Mardhiyyah Hotel. 


Borak Borak Cafe Mardhiyyah Hotel


Ahad tu kami bertiga pun ke Shah Alam, tepati janji untuk ke Sogo di Central I-City dan kemudian kak ana bawa di ke Mardhiyyah Hotel seperti yang di janjikan. Kenapa kak ana suka sangat bawa family makan di Mardhiyyah ni sebab pertamanya, pasti kerana keenakan menu-menu di sini yang kena dengan selera kami sekeluarga.


Borak Borak Cafe Hotel Mardhiyyah


Yang kedua kerana kak ana suka pada ketenangan bila makan di sini dengan alunan zikir penenang jiwa yang berkumandang dari lobby hotel hingga ke premis makan. Ketiga kerana ia punya surau yang luas dan sangat selesa, di mana setiap kali makan, kami akan solat di aras 4 Surau di Mardhiyyah sebelum balik.


Borak Borak Cafe Mardhiyyah Hotel Shah Alam

Dan untuk birthday Adik ni pula sebab nya dia suka sangat dengan masakan menu pasta carbonara di Mardhiyyah. Hampir setiap kali kami ke sini kalau tak menu Jepun, carbonara lah pilihan hatinya. Dan kali ini pertama kali kami memilih untuk menu minum petang atau hitea di Borak-Borak Cafe & Lounge. 

Sebelum ini kami dah 2 kali repeat makan tengahari di Royale Songket Selain Restoran Royale Songket, di ruang lobbi ni satu lagi venue F&B yang ada adalah Borak-Borak Cafe & Lounge ni laa.. Lebih kepada sajian minum petang seperti pasta, sandwishes, kek, pastri, cookies dan minuman. 


Borak-Borak Cafe & Lounge, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Borak Borak Cafe Hotel Mardhiyyah Shah Alam


Cake hunter macam kak ana ni pastilah akan try kek yang ada di kaunter, semua nampak sedap. Jom kak ana nak share dengan korang apakah menu yang kami nikmati petang itu untuk meraikan belated birthday Adik . 



Borak-Borak Cafe & Lounge , Mardiyyah Hotel Shah Alam

Inilah dia pasta carbonara kesukaan Adik setiap kali kami ke Mardhiyyah Shah Alam nii. Rupanya beza sajian hidangan masakan di Royale Songket dengan Borak Borak Cafe untuk menu pasta carbonara. Di sini ia lebih ringan tetapi tetap premuim dan sedap. 




Sempat lah kak ana cuba sesudu dua dan sos carbonara nya cukup lemak dan berkrim di satukan dengan kepingan ayam , dua pilihan cendawan dan taburan cheese serta herba. Memang sedap dan Adik pun suka. Ayah nya juga makan menu yang sama licin sepinggan, Alhamdulillah. 


Borak Borak Cafe , Mardiyyah Hotel Shah Alam

Untuk minuman petang itu ayah nya memilih cappuccino panas , kak ana jus epal dan adik punya mestilah special mocca sejuk. Pelbagai pilihan minuman boleh korang pilih kalau ke sini. 




Dan sebenarnya ada juga set hi-tea tetapi kak ana tak order sebab ia kena tunggu 45 minit untuk preparation. Sebab kami datang walk in dan set hi-tea perlu reservation atau pre-order terlebih dahulu. Sebab tu kak ana pilih menu ala-carte sahaja petang tu. 




Untuk birthday cake pilihan adik di Borak Borak Cafe , Mardhiyyah pula adalah red velvet. Sedap rasa kek premium dan topping cukup rasa masam manis cream cheesenya.

red velvet cake


Untuk pilihan kak ana,saja lah kak ana tanya staff cafe hat mana yang dia recormended untuk kak ana cuba, atau pun senang cerita kek mana paling sedap kat sini . Dia pun cadangakan kak ana try three layers cake dan Masyaa Allah memang sedap sangat-sangat. Kak ana suka ketiga-tiga lapisan kek nii.. Adoiyai terliur balik dah nii..


Borak Borak Cafe Mardhiyyah


Biasa makan berempat, kali ni bertiga, teringat pula pada Kak Long dan menantu kak ana Aiman di Bangi. Kak Long dah tinggal di Bangi laa nii ikut suaminya kerja kat sana. Kak ana tapau kan lah dua potong kek untuk depa dan kebetulan nak ke Bangi selepas nii. 


Mardhiyyah Hotel Shah Alam


Aiman pun birthday nya pada 17 September yang lalu, jadi kak ana pilih chocolate cake dan rainbow cake untuk kak long. Alaa depa pandai-pandai lah kongsi berdua.. rasa sorang sikit ye dak .



rainbow cake


Borak Borak Cafe Mardhiyyah Hotel Shah Alam

Jadi kalau korang nak lepak santai dalam situasi yang sangat menenangkan, boleh lah ke Borak Borak Cafe di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam. Nak staycation sini pun menarik kerana terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam. Semoga bermanfaat.. 

4 Comments

  1. Berpinar mata kita pagi2 tengok berderet kek, sedapnya!

    ReplyDelete
  2. selesa cafe ni makanan pun sedap semua

    ReplyDelete
  3. aduh duh terliur tengok carbonara tu kak Ana. Hepi belated birthday Adik Ika

    ReplyDelete
  4. waduh semuanya nampak menggoda

    ReplyDelete