Birthday hi-tea untuk Adik di Borak Borak Cafe ,Mardhiyyah Hotel Shah Alam
Birthday Adik Ika adalah pada 22hb September yang lepas. Kebetulan hari tu kak ana ada event di KL dan ayahnya pula kerja. Adik ada teman kan ibu nya ke event masa tu, dan kami cuma sempat raikan birthdaynya di Secret Recipe Sunway Putra Mall sahaja. Janji dah dengan dia hujung minggu nanti kita pii Sogo I-City Central cari hadiah dan ibu belanja hitea di Mardhiyyah Hotel.
Ahad tu kami bertiga pun ke Shah Alam, tepati janji untuk ke Sogo di Central I-City dan kemudian kak ana bawa di ke Mardhiyyah Hotel seperti yang di janjikan. Kenapa kak ana suka sangat bawa family makan di Mardhiyyah ni sebab pertamanya, pasti kerana keenakan menu-menu di sini yang kena dengan selera kami sekeluarga.
Yang kedua kerana kak ana suka pada ketenangan bila makan di sini dengan alunan zikir penenang jiwa yang berkumandang dari lobby hotel hingga ke premis makan. Ketiga kerana ia punya surau yang luas dan sangat selesa, di mana setiap kali makan, kami akan solat di aras 4 Surau di Mardhiyyah sebelum balik.
Dan untuk birthday Adik ni pula sebab nya dia suka sangat dengan masakan menu pasta carbonara di Mardhiyyah. Hampir setiap kali kami ke sini kalau tak menu Jepun, carbonara lah pilihan hatinya. Dan kali ini pertama kali kami memilih untuk menu minum petang atau hitea di Borak-Borak Cafe & Lounge.
Sebelum ini kami dah 2 kali repeat makan tengahari di Royale Songket Selain Restoran Royale Songket, di ruang lobbi ni satu lagi venue F&B yang ada adalah Borak-Borak Cafe & Lounge ni laa.. Lebih kepada sajian minum petang seperti pasta, sandwishes, kek, pastri, cookies dan minuman.
Borak-Borak Cafe & Lounge, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam
Cake hunter macam kak ana ni pastilah akan try kek yang ada di kaunter, semua nampak sedap. Jom kak ana nak share dengan korang apakah menu yang kami nikmati petang itu untuk meraikan belated birthday Adik .
Jadi kalau korang nak lepak santai dalam situasi yang sangat menenangkan, boleh lah ke Borak Borak Cafe di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam. Nak staycation sini pun menarik kerana terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam. Semoga bermanfaat..
4 Comments
Berpinar mata kita pagi2 tengok berderet kek, sedapnya!
ReplyDeleteselesa cafe ni makanan pun sedap semua
ReplyDeleteaduh duh terliur tengok carbonara tu kak Ana. Hepi belated birthday Adik Ika
ReplyDeletewaduh semuanya nampak menggoda
ReplyDelete