Tak lama lagi selesai lah pengajian Adik di UiTM Shah Alam dalam ijazahnya, In Syaa Allah. Empat tahun pengajian, 2 tahun secara online kerana ujian pendamik dan sem akhir kembali ke kampus. Duk rumah sewa agak tidak selesa padanya, terpaksa lah ulang alik hantar ambik dia bila ada kelas bersemuka ni fakulti, jadi sepanjang sem akhir ni boleh katakan setiap minggu ke Shah Alam.. sabar je laa kan, demi anak..

Tengahari tu dah tak tahu nak lepak makan mana, kami ke Mardhiyyah Hotel & Suites di bandaraya Shah Alam untuk singgah lunch. Kak ana memang kerap ke sini atas jemputan media dan kali ni maii dengan suami dan anak-anak, nak belanja depa lunch hotel.


Mardhiyyah Hotel & Suites food review

Selepas proses ubahsuai, akhirnya cantik dan moden sangat interior design di lobi dan restoran Royale Songket di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam ni. Sesuatu yang kak ana paling suka berada di sini adalah alunan zikir-zikir dan selawat sentiasa berkumandang bila kita berada di lobi dan juga F&B outlet. Sangat menenangkan dan Mardhiyyah mengamalkan hotel berkonsep Islamic sepenuhnya. Surau pun luas dan sangat-sangat selesa. Tahniah dan Alhamdulillah.. 


Royale Songket Restaurant


Kami memilih untuk makan tengahari di Royale Songket Restaurant di Mardhiyyah Hotel& Suites, Shah Alam. Cantik kan dah nampak lain sangat selepas di ubahsuai dalamannya. Selesa dan luas. Bagi yang selalu ke sini, pasti tahu sangat dah menu-menu hidangan di Mardhiyyah antara yang tersedap di Shah Alam. Kak ana suka sangat makan kat sini..

Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam

Terletak bersebelahan lobi utama sahaja di sebelah kanan. Di sini ada dua pilihan untuk makan tengahari sama ada ala-carte atau pun buffet. Berapa harga buffet lunch di Mardhiyyah Hotel & Suites ni korang boleh lah check di FB atau IG depa, sebab kak ana cuma makan menu ala-carte sahaja hari tu. 

Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Antara minuman kami hari tu teh o ais lemon untuk suami, kak ana pilih jus tembikai, Adik dengan jus epal dan Kak Long pula jus nanas. Kan main order jus buahan semuanya sebab kami nak makan nasi, lapar sungguh sebab balik dari beli barang-barang nak buat hantaran akad nikah Kak Long di GM, Klang sebelum nya, hujan pula tu tambah lah kelaparan. 


Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Suami dan Kak Long pilih menu dalam set bento untuk makan tengahari depa berdua. Kan main lagi di hidangkan dalam set bento comel dengan aneka laut bersama nasi. Kak ana tak ingat rasanya nasi minyak ni pilihan suami . Ada di sertakan udang, telur , daging kambing bersama papadom dan acar buah. 


Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Hat set bento untuk Kak Long ni , nasi beriayani bersama daging , ayam masak merah, ikan , papadom dan juga acar timun. Memang sedap sangat kesemua masakan di Mardhiyyah ni kak ana rasa setiap satu menu dalam set bento depa dua beranak. 



Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Kak ana nak cuba pula menu nasi lemak bunga telang di sini , kira nak taste lain sikit dari set nasi bento. Sedap secukup rasa, sambal nasi lemak di masak bersama tauhu cukup pedas manisnya. Kak ana suka pula , nanti boleh lah try masak sambal nasi lemak dengan tauhu ni kan..

Di sertakan ayam bakar, telur rebus, telur mata , kacang goreng dan ikan bilis goreng serta acar timun. Rare kan.. dah ada telur rebus sebiji tambah pula telur mata. Ikan bilis goreng depa punyalah rangup dan sedap, kak ana duk ratah hat tu sampai licin.. 


Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Ermm.. Adik ? Macam selalu lah, menu dia paling lewat sampai sebab dia pilih makanan Jepun , set chicken Donbori kalau tak silap. Nasi beras jepun , ada ayam , sos dan salad. Dalam nasi tu ada telur separuh masak. 

Sedap katanya, kak ana pun suka makan nasi beras Jepun ni dan ayam tu sedap bersama salad dengan dressing kesukaan kak ana roasted sesame. Jangan risau kerana ke semua menu di Mardhiyyah Hotel & Suites adalah dengan pensijilan Halal, Jakim. Makanlah tanpa was was apa sahaja menu pilihan korang. 


Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Terdapat pelbagai pilihan menu sama ada tempatan, western , makanan Cina dan Jepun juga ada di dalam menu. Ikutlah pilihan dan citarasa masing-masing. Masakan bertaraf hotel ni punyai nilai estatiknya yang tersendiri. 

Untuk kak ana, cukup selesa dan kena dengan selera kak ana sekeluarga kerana kami agak kerap juga makan di sini. Korang juga boleh menginap di hotel dan suites , berada di tengah-tengah bandaraya Shah Alam. Kak ana sangat suka dengan konsep Islamic di Hotel Mardhiyyah & Suites, Shah Alam nii dan semoga akan terus sukses di setiap masa mendatang, Aamiin.. 

2 Comments

  1. Hotel islamik…Alhamdulillah. Semoga semakin banyak hotel dengan konsep begini. Senang hati bila melangkah masuk.

    Nasi lemak bunga telang, uniknya.
    Memang best kalau dapat makan nasi lemak dengan bilis rangup. Biasa juga dapat yang liat.

    ReplyDelete
  2. cantik hotelnya makanan sedap selesa berlama

    ReplyDelete