Viral kejap hari tu cendawan enoki resepi Anju di sosial media khasnya di tiktok. Kat rumah kak ana memang rajin ada stok cendawan seperti enoki, shitake, cendawan butang dan cendawan tiram. Anak-anak suka makan cendawan-cendawan ni. 

Kalau cendawan enoki sebelum ni kami suka masuk dalam tomyam tak pun buat kudapan enoki goreng tepung rangup garing. Sedap ya amat jadikan snack kudapan. Yang laa nii, viral punya pasal Adik try la buat resepi cendawan enoki style Anju buat tapi hat ni versi Adik laa.. 


resepi cendawan enoki Anju


Sedap ke cendawan enoki butter ni ? Pada kak ana okay je laa, sedap sangat tu tak lah tapi boleh lah nak buat ratah-ratah makan gitu-gitu. Nak jadi kan lauk dengan nasi tak sesuai nanti tak berasa pula dia. Cara masak pun mudah sangat, jadikannya makanan segera kalau lapar. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak masak cendawan enoki resepi Anju tapi versi Adik.. 

Resepi cendawan enoki butter 


Bahan-bahan:

Cendawan enoki
Butter
Bawang putih - dadu halus
Sedikit air
Stok ayam
cili flakes 
hirisan lemon 

Cara masak cendawan enoki butter 


1. Bersihkan cendawan enoki ( boleh beli di pasaraya ) , potong bahagian bawah separuh buang bahagian yang agak keras.

2. Panaskan pan, masukkan sedikit butter dan tumis bawang putih hingga kekuningan sahaja.

3. Masukkan cendawan enoki dan kacau perlahan, Tambah kan air sikit jerr kalau terlalu kering.

4. Tambah butter lagi sikit kat atas dan tambahkan sikit stok ayam atau garam. Kalau dah tabur stok ayam tak perlu garam dah, nanti terlebih masin.

5. Angkat dari pan dan buh laa dalam pinggan. Kena makan panas-panas kalau sejuk dah tak sedap nanti.

6. Perahkan jus lemon dan taburkan cili flakes untuk citarasa pedasnya. 

Selamat mencuba naa.... 

4 Comments

  1. Sama kak, selalu masak air je klau ada cendawan, tapi en. suami sejak akhir2 ini minta dibelikan enoki dan cili flake suka makan cara begini agaknya dpt idea dr situ kot.

    ReplyDelete
  2. Semalam beli yong tau foo pun penuh dengan cendawan ni

    ReplyDelete
  3. Tgk gak duk lalu lalang resipi ni kak ana tapi lya lum cuba lagi. Biasa cendaean enoki ni lya buh dlm tomyam atau sup sayur . Nnt nak try la masak cam gini. Tq kak ana kongsi resipi.

    ReplyDelete
  4. Selalu masak sup je kalau ada cendawan enoki kat rumah. Macam menarik untuk dicuba resepi ni.

    ReplyDelete