Dua tahun kita di uji dengan pendamik yang banyak mengajar dan mendidik kita tentang aspek kebersihan dalam kehidupan. Hinggalah ke hari ini,ia banyak merubah rutin kehidupan manusia agar lebih peka pada kebersihan dan penjagaan diri dan persekitaran dalam dan luar rumah.

Bagi kak ana sendiri, walaupun situasi kini telah berubah kepada endamik, namun rutin penjagaan kebersihan masih di teruskan dan mengamalkan langkah berjaga-jaga. Jika berada di tempat sesak dan tertutup, kak ana masih memakai pelitup muka dan penggunaan sanitizer serta tisu basah.


Carina tisu


Tertarik nak kongsikan dengan korang semua satu jenama rangkaian pengeluaran produk penjagaan kebersihan diri dan rumah iaitu CARINA , yang mana kini sedang berlangsungnya kempen We Love We Care untuk kita semua. Jom kenali dahulu latar belakang jenama Carina dan apakah yang istimewa mengenai kempen We Love We Care sehingga menawarkan hadiah yang lumayan untuk kita sertai.


Rangkaian tisu Carina di pasaran 


Untuk pengetahuan kita semua, Carina ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia. Sangat menarik perhatian kita semua kerana tisu Carina yang menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli yang memberikan keselesaan kepada pengguna disamping mengekalkan standard kualiti produk. 

Jadi ia adalah pilihan terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana Carina tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, justeru menjadikannya lembut pada kulit dan tahan lasak.

Dihasilkan di tanahair kita sendiri pastilah Carina dicipta mengikut keperluan dan kehendak penduduk serta iklim Asia Tenggara.  Rangkaian jenama Carina adalah di yakini bersih, berkualiti dan mesra alam kerana ia larut dalam air, yang bukan sahaja mampu melindungi insan malahan alam sekitar dari tercemar dengan sisa buangan. Terbaik!! 

Produk tempatan dari Lembah Klang ini pastilah mampu menawarkan harga pasaran yang jauh lebih murah berbanding produk import serta mempastikan bekalan produk yang sentiasa ada di pasaran. 


rangkaian tisu Carina


Rangkaian Tisu Carina didatangkan dalam pelbagai saiz, pelbagai jenis untuk kegunaan sepanjang hari seisi rumah .Jom kak ana share dengan korang ada 4 siri tisu keluaran Carina yang relevan untuk kegunaan setiap hari di dalam atau di luar rumah. 

Siri Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) - Carina Dry Tissue 

Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.


tisu Carina


Terdiri daripada :

1. CARINA Handkerchief Tissue
2. CARINA Wallet Tissue
3. CARINA Box Tissue 
4. CARINA Facial Cotton
5. CARINA Cotton Bud


CARINA Handkerchief Tissue 



CARINA Handkerchief Tissue


CARINA Handkerchief Tissue atau lebih kepada tisu sapu tangan dalam bahasa kita ni la. Saiznya yang comel mudah di bawa ke mana-mana di dalam beg tangan atau buh dalam poket baju pun lepas dah. Ia bagaikan sehelai sapu tangan putih yang amat lembut untuk mengelap bibir atau tangan yang basah. 

Diperbuat daripada 100% Pure Virgin Pulp . Setiap satu pek kecil terdiri daripada 8 helai tisu yang mempunyai 3 lapisan ( 3 ply ). Dijual di pasaran dalam 10 pek setiap satu. 


Carina handkerchief tissue

 

CARINA Wallet Tissue

Carina Wallet Tissue dengan pembungkusan yang mengikut agak trending dan terkini pada kak ana. Nama lagi wallet tissue ia bagaikan dompet yang berisi tisu untuk kegunaan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Comel sangat.


Carina wallet tissue


Setiap satu pek kecil ni boleh di buka kepada dua bahagian berpoket yang menempatkan kepingan tisu. Terdapat 10 keping tisu putih lembut 100% Pure Virgin Pulp yang terdiri dari 3 lapisan ( 3 ply ). Di jual di pasaran dalam 3 pek bungkusan. 


CARINA Box Tissue 


Carina tisu kotak


Adalah rangkaian tisu kotak yang biasa di pasaran , Setiap kotak terdapat 90 helai facial tisu lembut dengan 2 lapisan ( 2 ply ). Ia juga diperbuat dari 100% Virgin Pulp yang amat lembut pada setiap sentuhan tetapi tahan tidak mudah terkoyak bila di gunakan. 


Carina tisu kotak


CARINA Facial Cotton 


CARINA


Dua rangkaian penjagaan kecantikan dan kebersihan berasaskan kapas dari CARINA ada lah CARINA Facial Cotton untuk membersih wajah dari kesan solekan serta CARINA Cotton Bud untuk menjaga kebersihan cucian anggota tubuh dan sapuan ubatan dan sebagainya.  

CARINA Facial Cotton adalah untuk kegunaan menanggalkan solekan, pembersih wajah, losyen dan krim di wajah secara hygienic. Diperbuat daripada 100% Pure Cotton atau kapas asli, dengan kelembutan ultra serta bebas dari serabut. 




Ia tidak mengandungi bahan synthetic fiber dalam kandungan pembuatannya dan sesuai untuk kegunaan pembersihan bayi dan kanak-kanak juga. Ia menyerap kotoran dan basahan dengan pantas untuk mendapatkan hasil pembersihan yang terbaik. 




CARINA Cotton Bud 


CARINA Cotton Bud


Hat ni kak ana panggil pengorek telinga laa kan, walaupun banyak lagi kegunaan yang boleh di gunakan dengan nya. Sesuai juga untuk memakai solekan mata, membersihkan bahagian bayi yang kecil dan untuk menyapu krim atau ubatan pada kulit yang cedera atau sakit. 

CARINA Cotton Bud bahagian atas dan bawah nya adalah di hasilkan dari 100% Pure Cotton atau kapas asli yang selamat untuk kegunaan serta berkualiti tinggi. Datang dalam dua pek di pasaran sama ada 3 pek dalam satu set 160 batang atau pun dalam bekas plastik 400 batang. 


Siri Peralatan Dapur (Kitchenware) CARINA

- Siri Tisu Dapur CARINA menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.


tuala dapur Carina


Carina Kitchen Tissue atau tisu dapur ini juga di hasilkan dari 100% Pure Pulp yang juga lembut tetapi lasak pada penggunaannya. Setiap satu roll terdiri dari 60 helai tisu 2 lapisan dan di jual di pasaran 2 roll salam satu pek. 


Carina kitchen tissue

Benda wajib ada di dapur kak ana, yang kak ana gunakan untuk membersihkan permukaan dapur selepas memasak. Juga sebagai pengelap pinggan mangkuk selepas di basuh, mengeringkan tangan , mengelap tumpahan dan sebagainya seribu satu kegunaan di dapur. 


Siri Penjagaan Kesihatan (Health Care) CARINA

Siri CARINA Wet Tissue mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.


CARINA WIPES


Terdapat dua siri di bawah kategori Carina Wet Tissue atau Tisu Basah ini iaitu : 

1. CARINA Wet Wipes
2. CARINA Antibacterial Wipes 


Carina Wet Wipes 


Carina wet wipes


Pada kak ana sendiri, amat menjadi keperluan untuk sentiasa ada bekalan tisu basah di rumah selepas di didik era pendamik yang lalu. Kegunaannya sama penting dengan pemakaian sanitizer . Salah satu perlu ada di dalam beg tangan atau di letakkan di rumah. 

Tekstur Carina Wipes yang lembut, sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan. Setiap pek Carina Wet Wipes terdapat 30 helai tisu basah yang bebas alcohol dan paraben serta 99% Pure Water

Ia sesuai untuk kegunaan semua jenis kulit termasuk lah bayi dan kanak-kanak. Mengandungi  ekstrak Aloe Vera untuk dua kali melembabkan kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak atau melekit pada pengunaan. 

Diperbuat daripada material kapas lembut yang tebal yang memberikan kelembutan pada sentuhan permukaan namun lasak pada penggunaannya. 


Tisu Basah Carina


CARINA Antibacterial Wipes 

Siri kedua dalam kategori Carina Wet Wipes adalah CARINA Antibacterial Wipes . Ia mempunyai 99.9% perlindungan Anti Banteria dengan ekstrak Aloe Vera dan juga Vitamin E . Bebas Paraben & Alcohol yang lembut pada kulit tetapi tebal tekstur untuk kegunaan lasak harian. 

Setiap pek mengandungi 70 helaian pada saiz 150x200 mm. Ia antara keperluan penting dalam penjagaan kebersihan diri dan persekitaran masa kini untuk melindungi keluarga dari jangkitan virus berbahaya yang mudah merebak. 



4. Siri Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) CARINA 


Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.


Dimana boleh membeli rangkaian produk CARINA ? 


Mudah sahaja, rangkaian produk Carina boleh diperolehi di pasaraya seperti Aeon Big, Aeon Wellness, Econsave, Mydin, NSK, Hot Mart dan farmasi atau kedai runcit di serata negara. Boleh juga membeli secara online di Shopee , Lazada & TopzMall 

Layari mana-mana sosial media CARINA untuk butiran lanjut dan promosi: 

Carina MY Instagram: https://www.instagram.com/carina.malaysia/




Seperti di awal tadi ada kak ana ceritakan mengenai kempen CARINA " We Care, We Love "
menjelang tahun baharu 2023 untuk kesinambungan kehidupan selepas pendamik dengan menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran.






Melalui kempen "We Care, We Love", CARINA menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang #CarinaCares untuk semua.


Untuk meraikan kempen ini korang boleh mendapatkan set Gift Box yang mengandungi CARINA Facial Cotton 160's , CARINA Box Tissue 90's, CARINA Handkerchief Tissue, CARINA Cotton Buds 400 tips, CARINA Wallet Tissue, CARINA Antibacterial Wipes 70's, CARINA Cotton Bud 480's dan CARINA Wet Wipes 30's . 

Di dalam Gift Box juga terselit Shope Online Voucher bernilai RM5 . Serta AngPao bertuah yang membolehkan memenangi RM88 TNG e-wallet. Dapatkan di pasaraya AEON Big terpilih, Mix Outlet di IOI City Mall, Hot Market di Berjaya Time Square atau di Tong Hup Trading di Melaka pada harga promosi cuma RM29.90 ( N.P RM35 ) atau secara online di Shopee dan Lazada pun ada~~.


CARINA We Care We Love


Dah beli tu jangan lupa sertai peraduan CARINA Review & Win dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM45,000 menanti 300 pemenang untuk 3 CARINA Cash Voucher setiap satu. All the best !!!  

Jumlah 100 pemenang untuk *MENANGI 3 bulan Bekalan Rumah setiap bulan
Jumlah bernilai RM 150 / Pemenang
 
Cara MENYERTAI:

1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok

2. Beritahu sebab korang akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok

3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post adalah public).

*tertakluk terma & Syarat



#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove
#beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature





4 Comments

  1. banyak tisu pilihan sesuai kegunaan tu

    ReplyDelete
  2. Sally kalau nampak tisu jenama Carina, Sally beli sbb tertarik dengan pembungkusan yang menarik berwarna ungu dengan pokok bunga Lavender. I is tak boleh tgk purple kalerrr~ hahaha

    ReplyDelete
  3. betul kak ana... tisu ni memang penting .. pergi mana-mana kena sedia tisu.. baru selesa jalan2 dengan family

    ReplyDelete