Adik dengan Kak Long selalu laa sebut kalau depa hang out atau ada gathering dengan kengkawan waktu menuntut di UiTM Shah Alam dulu, port biasa depa makan adalah di Polperro . Laa nii Alhamdulillah dua-dua dah pun tamat pengajian degree depa kat UiTM Shah Alam. 

Walaupun hampir setiap minggu kami ke Shah Alam , baru kali ni diizinkanNya kak ana dan suami singgah makan di Polperro Steak House yang terletak di Seksyen 7 , Jalan Kristal. Sebelum ni lalu lalang juga area sini dan ada satu lagi outlet Polperro dekat stadium sana nun. 

Adik laa rindu nak makan Polperro katanya, dan kebetulan kami berada di Shah Alam kami pun singgah makan lewat petang juga hari tu. Biasa lah kak ana selalunya hujung minggu brunch awal pagi, dah nak petang lepas-lepas zohor baru cari makan tengahari.


Polperro Steak House , Seksyen 7 Shah Alam


 Polperro Steak House , Seksyen 7 Shah Alam


Sampai kat sini tak ramai sangat pengunjung ,mungkin masih awal sangat dalam sekitar jam 2:30 petang lebih kurang. Memang trend kini kena order makanan guna scan , pilih menu dan buat bayaran di kaunter. Gitu konsep nya.. tiada lagi pelayan ambil order di meja naa.. 

Konsep ini kak ana rasa kerana kebanyakan pengusaha F&B kekurangan staff . Jadi ia lebih kepada contactless serta jimat kan kos untuk pekerja. Mungkin laa.. Dan pada kak ana tiada masalah pun kerana majoriti rakyat Malaysia kini pasti ada data internet dah kan.


Polperro Steak House , Seksyen 7 Shah Alam


Polperro Seksyen 7, Shah Alam memang banyak tempat duduk di sediakan dan kak ana perhatikan ia sangat santai dan ramai yang selesa untuk lepak di luar yang terbuka daripada memilih makan di ruang dalam yang berhawa dingin. 

Sebab tengahari ,kami pilih makan kat dalam laa waktu tu, tapi kalau malam waktu kak ana lalu lalang selalunya nampak ramai pilih lepak di luar, sangat meriah. Selepas buat pilihan menu dan bayar, menu pun akan di hantar ke meja. 


Polperro Steak House , Seksyen 7 Shah Alam


Cuma kat sini terlalu ramai penjaja datang ke meja menjual pelbagai makanan. Dah macam duk makan kat Chow Kit suatu masa dahulu, ada warga tempatan jual popcorn, kerepek dan ada juga warga asing dan pengemis yang jual tisu ke meja makan kami tengahari tu.

Sebenarnya agak lama juga kak ana tak jumpa jurujual maii meja makan macam ni. Rupanya masih ada di sekitar Shah Alam nii. Kalau benda tu kita perlu atau ingini boleh je beli tapi kalau dah ramai memang tak terbeli laa kan. Okay jom tengok antara menu yang kami makan tengahari tu. Melalut laa pula yer.. 


Polperro Steak House , Seksyen 7 Shah Alam


Adik pilih menu Chicken Grill Blackpepper hat gambar atas nun. Dihidangkan dalam pinggan ayam grill bersama coleslaw, mashed potato, vege dan blackpepper sauce . Portion ayam memang besar dan mengenyangkan. Blackpepper sauce pun cukup rasa, sedap . Harga untuk menu ini cuma RM13.90

Kak ana yang lapar nasi tengahari tu pilih menu Tempura Fish Fried Rice. Memang sedap, nasi goreng di hidang bersama kepingan ikan dori salutan tempura yang garing dan lembut isi ikan dalamnya. Hidangan dalam pinggan dengan portion nasi goreng yang agak banyak juga bersama telur mata, keropok sayur serta sambal belacan. Paduuu !! Sedap berbaloi sangat pada harga RM12.90 sahaja. 


Polperro Steak House , Seksyen 7 Shah Alam

Kak Long yang masih alahan pagi sejak mengandung nii masih tak boleh nak makan nasi. Pilihannya Fish & Chip. Menghidangkan fillet ikan dory garing, fries, coleslaw, sayuran ,mashed potato dan juga tartar sauce sebagai dipping sauce nya. Set ni berharga RM12.90 juga. 


Polperro Steak House , Seksyen 7 Shah Alam

Suami kak ana nak makan burger jer katanya, tapi bukan burger biasa , kat sini dia pekena Grill Lamb Burger yang berharga RM13.90. Set burger kambing grill untuk patty seberat 180g yang cukup sedap dan juicy tak terlalu kering. Di hidangkan pula dengan fries, cheesy sauce, chili sauce dan mayonesse. Agak ganas juga lah platting depa tercacak pisau kat tengah burger tu huhu :) 

Kat sini juga ada pelbagai pilihan menu termasuk lokal dan juga western. Ada juga Platters set serta side dishes untuk korang pilih. Dan minuman pun sedap ais asam boi tuu kak ana berkenan sungguh. 

Macam selalu hasil dari carian di internet kak ana jumpa lah info menu makanan di sini adalah Halal dan produk Muslim malahan di miliki oleh pemilik Muslim sendiri. Alhamdulillah.... Polperro ada banyak outlet di sekitar Selangor ni, korang cari lah yang terdekat naa untuk mencuba nya sendiri. Semoga Polperro akan lebih sukses di masa depan, Aamiin... 


1 Comments

  1. terperanjat kita kak ana tengok pisau pacak burger tu seram hahaha

    ReplyDelete