Resepi sotong blackpepper bersama cendawan shiitake
Hari-hari masak ni,mesti buntu fikir menu apa pula nak jadikan santapan keluarga. Ni laa dilema kita mak-mak setiap hari. Kadang-kadang buntu kan. Sebab tu kak ana suka je kongsi gambar-gambar menu makanan di Instagram.
Tak kira lah sama ada makan kat luar atau masakan,paling tidak pun inspirasi buat follower nak pii makan mana hujung minggu atau kongsi idea masakan. Kak ana sendiri suka follow IG makanan ni untuk dapat idea yang sama dari depa.
Tak timbul la isu riak ke nak menunjuk ke, memang bukan lah makan kat tempat-tempat mahal, makan gerai pun kalau best kak ana upload juga. Sama juga menu masakan, bukan menu kayangan pun yang kak ana masak, menu harian jer untuk mencetus idea buat follower dan juga pembaca blog.
Hari ni kak ana baru balik dari Segi beli barang dapur. Sempat beli sotong kecil-kecil jer saiz nya. Murah jugalah. Bawa balik bersihkan dan masuk petisejuk kejap sementara fikir nak masak apa dengan sotong. Cadangan awal nak buat tomyam tapi tak cukup bahan. Sudahnya terhasillah sotong masak blackpepper atau lada hitam bersama cendawan shiitake.
Resepi sotong masak lada hitam bersama cendawan shiitake
Tak ada pula kak ana ambil foto bahan-bahan masakan resepi sotong masak lada hitam bersama cendawan shiitake sebab ambil gambar menu yang dah siap terhidang sahaja. Asalnya untuk upload di IG tapi boleh juga jadikan entri blog. Lebih ramai dapat manfaat, mudah-mudahan.
Teringat kata-kata Ustaz Wadi Annuar, share resepi masakan ni boleh dapat pahala, bila orang ikut resepi dan masak untuk keluarga. In Syaa Allah... Aamiin.
4 Comments
Yeay...x pernah buat menu ni..nak cuba la mana tau bleh guna resepi kak ana utk menu bekal
ReplyDeleteThanks Kak Ana...nanti boleh try...tak pernah makan lagi sotong black pepper ni ...
ReplyDeleteMenu yang belum pernah saya cuba, sotong blackpepper ada letak cendawan shitake. Terima kasih kak.
ReplyDeletegugat iman ni tngok masakan tuu.. hehe. tp busyra tak makan cendawan shiitake. kalau beli sizzling selalu bagi dekat kwn.. haha
ReplyDelete