Resepi gulai siput sedut belimbing buloh
Adik Ika laa suka sangat makan siput sedut ni. Kalau makan nasi campur di kedai yang ada jual menu siput sedut, pasti dia akan ambil semangkuk dan menyedut dengan ayahnya. Entah apa lah yang dia berkenan sangat makan, kak ana pun tak tahu laa.
Baru-baru ni sekali lagi kami ke Pantai Remis, Jeram , Selangor. Kat situ kalau hujung minggu ada pasar segar jual ikan dan makanan laut. Kak ana belilah sepaket siput sedut yang nampak dah di bersihkan berharga RM10 sahaja.
Bawa balik, esoknya kak ana nak masak lemak dengan belimbing buloh jeruk. Belimbing buloh jeruk ni adalah cara kak ana simpan buah belimbing buloh untuk tahan lama. Alhamdulillah memang bertahan sejak kak anaa jerukkannya dari bulan Oktober 2022 yang lalu. Caranya ada kak ana kongsikan di SINI .
Boleh la try pada yang ada buah belimbing buloh di pokok kadang-kadang banyak sampai tak tahu nak buat apa. Buah pun jenis bermusim kan. Masa ada banyak lah bila tak ada sebutir pun tak ada. Jom lah kak ana kongsikan resepi cara kak ana masak siput sedut masak lemak atau orang utara ni semua pun panggil gulai bersama belimbing buloh.
Resepi masak lemak siput sedut bersama belimbing buloh
Bahan-bahan masak lemak siput sedut belimbing buloh
Siput sedut - bersihkan betul betul supaya tak ada pasir atau lumpur yang masih melekat padanya dan potong ekor belakangnya supaya mudah di sedut
Buah Belimbing Buloh - anggaran 5-10 biji ikut lah tapi jangan banyak sangat nasi masam gulai kita
Cili api - ikut kepedasan masing-masing
Santan pekat
Kunyit hidup atau serbuk
Garam secukup rasa
Daun kunyit
3 Comments
Wak pun suka siout sedut
ReplyDeleteKat sini ada yang jual siput sedut siap potong bontot.
Tinggal basuh dan masak aje
lama tak makan masak lemak siput sedut ni.
ReplyDeleteUishhhh.. sedapnya.. Menambah2 ni kalau makan nasi. surppppp duk sedut
ReplyDelete