Kalau sebelum ni kak ana pernah cerita mengenai menu mee tarik Warisan kesukaan Adik . Kali ini Adik juga lah, gemar sungguh dengan menu makanan cina ajak kami makan pula di restoran Mee Hiris China Muslim , di Setia City Mall.

Sajian mee hiris ni merupakan mee tradisional di negara China untuk komuniti Muslim di sana. Dan dari carian info di laman https://www.meehirischinamuslim.com/ , menu di restoran Mee Hiris China Muslim ini adalah Halal .


Mee Hiris China Muslim


Mee Hiris China Muslim 


Cantik dan klasik dekorasi di restoran Mee Hiris China Muslim di cawangan Setia City Mall . Kat sini juga masih menggunakan menu manual untuk ambil order di mana akan ada staff yang datang ke meja. Buat pilihan dari menu dan nanti depa akan hantar. 

Kami makan berempat , entri ni sebelum bulan puasa . Dan hanya sempat kak ana terbitkan bila dah 9 hari kita berpuasa di tahun 2023 ni. Alhamdulillah. Waktu tu hanya kak ana, suami, Adik dan Kak Long sahaja. Kami pun buat pilihan menu. 


Mee Hiris China Muslim


Wajib lah kan di meja mana-mana restoran mee hiris atau mee tarik mesti ada sebekas chili oil. Hat di Mee Hiris China Muslim , chili oil dia tak terlalu pedas. Kiranya kak ana si pengidap gastric ni masih mampu laa nak makan dengan mee atau nasi goreng.

Sedap sangat chili oil kat sini, kak ana suka. Tak terlalu tengit rasa cili nya juga. Kena sangat dengan selera kak ana . Paling penting, kak ana suka pada mangkuk kecil bertutup bercorak orientalnya nii.  Kenan sungguh laa.. nanti pi cari kat Nae Kitchen :) 


Mee Hiris China Muslim


Ini minuman kesukaan Adik, kak ana tak pasti tak ingat dah sama ada ia green tea ataupun herba jasmine tea. Chinese Tea ni selalunya tanpa gula. Kak ana tak tahu laa kenapa Adik suka sangat minum teh tawar-tawar ni hehe :)  Ada campuran herba dan daun teh asli di dalam minuman ni. 


Mee Hiris China Muslim


Yang skema dua gelas ni minuman untuk kak ana dan kak long. Air pink lemonade dan Mango Juice. Ayah minum teh o panas jer.. Senang kan pak pak ni punya pilihan air. Tak macam kita perempuan ni nak yang sedap-sedap manjang. 


Mee Hiris China Muslim


Pilihan Adik, Mee Hiris With Chicken. Mee hiris ni rupa dia lebar-lebar sama macam kuewtiau. Sedap juga rasa mee dia tak jauh beza dengan mee tarik. Cuma berbeza pada teknik nya sahaja yang ini ia di hiris nipis ke dalam air panas. 

Menu mee hiris dengan ayam ni cukup rasa oriental, sedap kurang berminyak dan ada rasa perapan pada hirisan ayamnya. Ada juga sayur sawi pak choi di dalam kuah sup putih kesukaan kak ana. Kak ana memang suka makan menu dengan sup putih jernih ala chinese ni. 

Ada keuinikan rasanya yang tersendiri. Korang kalau suka pada menu masakan cina boleh sangat try makan di Mee Hiris China Muslim .


Mee Hiris China Muslim


Kak ana pula mencuba menu Mee Hiris with Sliced Beef. Sama rasa dengan pilihan ayam di atas, cuma bezanya ia menggunakan isi daging lembu yang di hiris nipis. Tak kurang sedap juga dan kalau ikut menu tradisional Mee Hiris ni memang akan di makan dengan sup daging lembu mengikut catatan di laman web depa. Kerana menu mee hiris ni adalah dari komuniti Muslim di sana. 


Mee Hiris China Muslim


Yang pasti, korang kena makan mee hiris sup ni dengan chili oil yang disediakan. Baharulah memberikan rasa kick pada menu. Sebab menu masakan sup putih langsung tak pedas. Kita orang melayu ni kalau tak pedas langsung tak ngam laa kan. Sebab tu lah di sediakan chili oil. Buh la mengikut kepedasan masing-masing. 



Mee Hiris China Muslim


Kak Long dan ayah depa nii, pilih makan nasi goreng. Ada tiga pilihan nasi goreng sama ada, nasi goreng udang, nasi goreng ayam dan nasi goreng telur. Menu nasi goreng ni citarasa nasi goreng cina. Sedap rasa dia. 

Ayahnya pilih nasi goreng ayam dan kak long nasi goreng udang. Kena makan dengan chili oil juga lah baru sedap sebab ia juga tidak pedas. Tapi sedap. Kak ana rasa dan kak ana suka..


Mee Hiris China Muslim


Sayang sangat kat sini tak ada menu pencuci mulut. Kebanyakan restoran makanan Cina jarang nak dapat dessert kan. Kami ambilah set dumplings ayam ni. Bagi penggemar dumplings pasti akan suka. Kak ana okay je dengan menu dumplings kat sini. Sedap inti ayam dia. Makan juga dengan dipping sauce chili oil.


Mee Hiris China Muslim

Walau apa pun kak ana tetap berkenan sungguh dengan set pinggan mangkuk kat Mee Hiris China Muslim . Pinggan mangkuk porcelin berwarna putih biru dengan corak oriental memang kesukaan kak ana.

Makan tengahari kami berempat hari tu, Adik yang belanja. Maklum lah anak dah bekerja sekarang, syukur dapat dah merasa anak menantu belanja makan sekali sekali. Kesemua yang kami makan di atas ni dalam sekitar RM100 sahaja. Harga standard makan di restoran dalam mall laa kan. 

Alhamdulillah ianya sedap dan kena pada selera kami sekeluarga dan boleh lah repeat di lain masa nanti, In Syaa Allah. 

2 Comments