Adik Ika suka sangat lah kalau makan tauhu telur ni. Tak pun tauhu lembut, pun kesukaan dia sangat. Tapi mudah je nak sediakan menu dengan tauhu telur sebagai juadah. Paling kerap kukus dan tumis dengan isi ayam bersos tiram. Hat tu pun sedap.

Resepi kali ni kak ana try masakkan tauhu telur dengan udang bersos pula. Nampak di tiktok dan bahan pun mudah, kak ana try. Alhamdulillah memang sedap dan sajian dua dalam satu kekdahnya. Kita boleh makan tauhu telur bersama telur dadar dan juga sambal sos udang sebagai topping. Kan cepat dan senang kerja mak-mak di dapur. 


Resepi tauhu telur sambal sos udang


Resepi tauhu telur sambal sos udang


Meh laa kak ana kongsikan dengan korang pula resepi mudah dan sedap, khas buat penggemar tauhu telur atau ada orang panggil tauhu jepun atau tauhu lembut.Tauhu telur ni korang boleh beli dipasaraya atau kedai runcit. Pastikan cari yang ada logo Halal Jakim naa.. Barulah yakin dan tanpa was-was, In Syaa Allah.. 

Bahan-bahan yang kak ana gunakan :

1 pek tauhu telur - belah dua di bahagian tengah dan keluarkan, pas tu potong tebal bulat supaya tak hancur bila di goreng nanti. 

2 biji telur 

Secubit garam

Serbuk lada sulah

1 sudu kecil tepung jagung - untuk merangupkan telur dadar kita. 


Caranya : 


telur dadar crispy


1. Dadarkan 2 biji telur, masukkan garam, serbuk lada sulah dan tepung jagung. 

2. Panaskan minyak dan goreng telur dadar dalam kuali leper untuk mudah nak masakkan tauhu telur. 




3. Aturkan tauhu telur dalam telur dadar dan tutup kuali kejap hingga garing. Tak perlu terbalikan nanti pecah. Tapi kalau korang terre terbalikkan,boleh je, jangan bersepai dah :) 

4. Angkat baik-baik dengan senduk leper ke dalam pinggan. 




Bahan untuk udang bersos :

Isi udang 
2 ulas bawang putih 
1 ulas bawang merah besar
sos cili
sos tiram
sos ikan - tak perlu lagi garam
2 batang baby corn atau jagung kecil- potong dadu kecil
Cili merah atau daun bawang untu hisan

Cara masak udang bersos 


1. Tumis bawang putih dan bawang merah. 

2. Masukkan baby corn.

3. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos ikan dalam 1 sudu 

4. Masak baby corn hingga lembut seketika, buh air sikit jika terlalu kering.

5. Masukkan isi udang dan taburkan hirisan cili merah. 




Dah siap, boleh tuangkan udang bersos kita ke atas tauhu telur dadar tadi. Tak perlu garamdalam sos udang kerana kita dah buh sos ikan, tapi kalau tak ada sos ikan korang percikkan sedikit garam naa. Sajian ni cepat dan sedap di makan ketika masih panas. Selamat mencuba naa.. Semoga bermanfaat, Aamiin... 






2 Comments

  1. 3 in 1 nih...pembuka selera time sahur..

    ReplyDelete
  2. senang resipi ni..boleh lah try..kadang kebuntuan juga nak masak menu apa terutama tengah puasa ni..

    ReplyDelete