Sedap! Patut lah viral menu baharu Ayam Kilau The Chicken Rice Shop
Punya laa kak ana ngidam nak merasa menu baru The Chicken Rice Shop sempena bulan puasa ni kan.. Akhirnya dah nak penghujung Ramadan baru dapat merasa. Itu pun bukan dapat dine-in di restoran TCRS tapi kak ana tapau je bawa balik.
Beberapa kali juga try nak dine in di TCRS di mall, sedih sangat semua outlet kebanyakannya full house. Sedap sangat kut ye sampai full house manjang booking table untuk buka puasa. Jangan kempunan pula nanti, kak ana kirim kat suami, minta tapau kan set Ayam Kilau TCRS ni.
Alhamdulillah.. malam tadi merasa dah menu TCRS Ayam Kilau. Sedap weiii.... patut lah selalu sold out. Rugi kalau tak sempat merasainya. Beza lah dari menu-menu yang biasa kita makan di TCRS sebelum ni.
Ayam Kilau TCRS ni adalah ayam goreng yang rangup bersama taburan krup krup. Di makan pula bersama sambal hijau dan ulam-ulaman berserta tempe dan tauhu goreng. Mana tak sedap. Nasi ayam TCRS ni tak yah cerita lah, nasi dia sahaja pun dah sedap.
Kak ana ambil set menu untuk seorang makan sahaja. Murah korang, ayam dia besar dan set ni sekali ais bandung cincau serta sup dan sayur pak choy sos tiram kesukaan kak ana. Semua tu berharga RM28.90 sahaja.
Ada juga set untuk berdua dan empat orang. Ikutlah pilihan masing-masing kan. Dan setiap menu kombo Ayam Kilau ni di serta kan menu side dish berbeza dan amat berbaloi. Ini kak ana kongsikan dengan korang antara menu kombo Ayam Kilau TCRS.
Ayam Kilau The Chicken Rice Shop
Meal A (Set 1 orang)
- Ayam Kilau (saiz 1/4 ayam)
- Sayur Pak Choy dengan sos tiram (saiz kecil)
- 1 mangkuk nasi
- 1 sup
- 1 air minuman Slurpp Bandung*
- Harga: RM28.90
Meal B (Set 2 orang)
- Ayam Kilau (saiz 1/4 ayam)
- Satu ayam hidangan saiz individu (Pilihan roast/steamed/soy sauce)
- Nyonya Pai Tee (saiz biasa)
- Sup Sai To Fish Ball (saiz biasa)
- Sayur Pak Choy dengan sos tiram (biasa) ATAU Spicy Savoury Ladies’ Fingers (biasa)
- 2 mangkuk nasi
- 2 sup
- 2 Slurrrp Bandung*
- Harga: RM63.90
Meal C (Set 4 Orang)
- Ayam Kilau (saiz 1/2 ayam)
- Ayam saiz 1/4 (Pilihan: roast/steamed/soy sauce)
- Nyonya Pai Tee (besar)
- Penang Rojak (besar)
- Penang Famous Chicken Rolls (3 keping)
- Sayur Pak Choy dengan sos tiram (besar) ATAU Spicy Savoury Ladies’ Fingers (besar)
- 4 mangkuk nasi
- 4 sup
- 4 Slurrrp Bandung*
- Harga: RM114.90
*Slurrrp Bandung ala carte beharga RM10.90 satu gelas
*Tambah boba untuk minuman pilihan anda dengan harga RM3 segelas
Kenapa Ayam Kilau?
Berkenaan pemilihan perkataan ‘kilau’, TCRS mendapat inspirasi daripada seni pertahanan diri silat. Dimasak dengan gabungan perapan secukupnya, rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, apatah lagi apabila digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd mengakui bahawa setiap budaya memiliki cara masak yang unik dan tradisional. “Kami teruja kerana dapat mereka cipta menu baharu bersempena bulan Ramadan dan Hari Raya dan kami juga mengalu-alukan semua orang, tidak kira yang tua ataupun muda untuk mencubanya. Pasukan kami telah bertungkus-lumus menyesuaikan resipi untuk musim perayaan ini dan kami berharap semua berpeluang mencuba Ayam Kilau”.
The Chicken Rice Shop amat menitikberatkan citarasa para pelanggannya dengan menyediakan pelbagai jenis menu bersesuaian dengan hari perayaan dan TCRS bermatlamat untuk terus menginovasi menunya supaya ianya senantiasa dapat dinikmati demi menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang menu baharu Ayam Kilau, boleh layari
Website : www.thechickenriceshop.com
Facebook : https://www.facebook.com/thechickenriceshop
Instagram: https://www.instagram.com/thechickenriceshop/
0 Comments