Resepi tumis petola ular ala mamak
Suami kak ana laa suka makan sayur petola ular ni, dan agak lama juga kak ana tak masakkan untuknya. Baru-baru ini terjumpa di pasaraya dan kak ana beli lah sebatang. Bukan boleh beli banyak pun, anak tak suka makan sayur sangat.
Sebatang saiz kecil jer harga dalam RM1.20 sahaja. Bawa balik kak ana masakkan resepi kesukaannya, tumis dengan rempah kari ala-ala restoran mamak. Cuma kak ana buat ia basah sedikit dan tak lah kering sangat macam di kedai mamak nun.
Sedap makan sekali sekala, kalau ada peria pun kak ana suka masak gini. Ada rasa rempah dan kak ana goreng juga dengan udang kering dan sebiji telur yang di pecahkan. Meh laa kak ana kongsikan resepi untuk korang, kut kut laa ada yang nak mencuba...
Resepi petola ular tumis ala mamak
Bahan-bahan :
1 batang sayur petola ular
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit udang kering
1 sudu serbuk rempah kari
1 biji telur
garam dan minyak untuk menumis
Cara masak petola ular tumis kari ala mamak
1. Petola ular ni korang kena kikis kulit luar yang hijau tu atau hiris nipis permukaan kulitnya. Kemudian belah dua dan potong nipis-nipis. Tak perlu rendam atau basuh dengan air garam kerana ia tidak pahit seperti peria.
2. Tumbuk atau blend bawang merah, bawang putih bersama udang kering.
3. Tumis kan bahan tumbuk dalam kuali, masukkan serbuk rempah. Kalau kering sangat masukkan air sedikit.
4. Bila dah pecah minyak bolehlah masukkan sayur petola ular.
5. Bila dah agak lembut sayur, pecahkan sebiji telur dan dadar dalam sayur sebati. Rasakan dengan garam secukupnya.
Siap dah menu sayur petola ular tumis kari ala kedai mamak. Kalau suka kering korang masaklah hingga kering naa.. Selamat mencuba ...
6 Comments
sedap petola ular masak gini biasanya masak sayur bening saja
ReplyDeleteSaya pernah nampak tapi tak pernah cuba sayur ni kak
ReplyDeleteOh, yg ni panggil petola ular ya, badannya macam licin sikit ek. Masak air sedap tak?
ReplyDeleteoo..sayur ni, pernah tgk tapi x tau la dipanggil petola ular.. nampak dapp tu
ReplyDeleteso far tak penah jmpa lagi petola ular.. nampak sedap la masak kari mamak
ReplyDeleteselalu nampak tp tak berani nak beli sebab tak tau nak masak apa. so ni nnt mana tau boleh mencuba.
ReplyDelete